Pages

Sunday 30 December 2012

Tugasan Individu Moses anak Etap PT122159CT

Bergambar Bersama Buku:


1.0 Tugasan Powerpoint
http://www.slideshare.net/mosesetap/slide-luluhawa-15799336

Tugasan 1.1 Tugasan Infographic

http://www.slideshare.net/mosesetap/petir-dan-kilat-15799361

Tugasan 1.2 Excell

http://www.slideshare.net/mosesetap/latihan-excell-diploma-moses

Tugasan Edmodo


1.  Perniagaan di sekitar Jalan UMS. Modal RM iJuta.  Apakah perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda untung?
Jawapan:
Dengan bermodalkan RM 1 juta, saya akan membuka sebuah kedai dobi yang turut menyediakan perkhidmatan wifi di dalamnya.  Kedai dobi tersebut akan saya bina di kawasan komersial University Apartment. Dengan itu saya akan membeli kira-kira 15 buah mesin basuh dengan anggaran perbelanjaan RM 25 ribu. Di samping itu saya akan menyediakan meja dan kerusi untuk pelanggan menunggu, kelengkapan wifi, dan juga makanan ringan untuk dijual di premis saya. Bagi memastikan perniagaan saya untung, saya akan turut menggunakan kaedah layan diri dan dan by hand, perkhidmatan melipat, mensterika dan menyimpan pakaian pelanggan saya. Untuk tujuan tersebut, saya akan menggaji sebilangan kecil pekerja sahaja tetapi dengan gaji yang lumayan bagi meningkatkan motivasi pekerja saya. Perkhidmatan wifi yang saya sediakan adalah untuk tujuan digunakan secara berbayar oleh pelanggan saya ketika menunggu pakaian mereka siap untuk dibasuh.
2. Bagaimana memastikan perniagaan itu 100% untung? Apa faktor yang difikirkan sebelum dan semasa perniagaan itu dijalankan?
Jawapan :
Untuk memastikan perniagaan saya itu 100% untung, saya akan cuba menggunakan pelajar-pelajar UMS untuk mempromosikan perniagaan saya selain daripada menggunakan medium internet. Antara faktor sebelum dan semasa yang saya akan fikirkan pula adalah seperti berikut:
Sebelum:
 i.) kedudukan restoran saya adalah terletak berhampiran  dengan kawasan tumpuan orang ramai dan majority penduduk yang tinggal di situ adalah golongan pelajar dan golongan orang yang bekerja. Kebanyakkan mereka adalah golongan orang yang sibuk dan ini telah membataskan masa mereka untuk membasuh pakaian mereka.
Semasa:
i. Saya akan mengenakan caj yang murah untuk mencuci pakaian iaitu RM3 bagi setiap perkhidmatan mencuci dan maksimum RM 20 bagi perkhidmatan istimewa yang diminta oleh pelanggan saya. Bagi perkhidmatan wifi pula, saya akan mengenakan caj sebanyak RM 2 per laptop

3. ) Teori Multimodality
Jawapan:
 Teori multi modaliti bermaksud para guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. ini kerana pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yang pelbagai menurut Howard Gardner. Ini bermakna sebahagian pelajar lebih suka memahami apabila mendengar, sebahagian pelajar yang lain lebih suka memahami apabila melihat manakala yang lainnya lebih suka memahami apabila melihat dan mendengar. Oleh sebab itu, software pendidikan perlu memuatkan kombinasi teks, grafik, suara, animasi dan video dengan lebih bijak. Perkembangan ini yang disebut dalam media pendidikan dengan istilah multimedia. 






Tuesday 25 December 2012

TUGASAN_INDIVIDU MAUREEN BANDANG (PT122144CT)


1.0 TUGASAN POWERPOINT


2.0 TUGASAN EXCEL



3.0 TUGASAN INFOGRAFIK



4.0 TUGASAN www.edmodo.com

     1. Saya mahu menjalankan perniagaan pasar raya 'fresh mart'. Produk yang ingin saya jual adalah barangan basah sahaja seperti daging segar, sayur-sayuran,produk berempah. Saya akan memastikan bahawa pembekal membekalkan barangan yang segar supaya perniagaan saya tidak rugi dan kepuasan para pelanggan sentiasa terjamin.

      2.Lokasi perniagaan, peluang, promosi perniagaan bagi menarik pelanggan (pengiklanan, promosi), akaun untung rugi-sistem pengurusan yang sentiasa dikemaskini.


3. Multimodaliti adalah kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam sesuatu bidang.Dalam pendidikan, multimodaliti merupakan sistem pendekatan pembelajaran yang pelbagai. Misalnya, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan hendaklah berasaskan kepada kecerdasan individu tertentu. Menurut Howard Gardner, terdapat 9 jenis kecerdasan yang ada pada setiap individu iaitu, visual, linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, spatial dan naturalis.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah releven dengan kebolehan pelajar menerima, memahami dan mengaplikasi pengajaran yang telah disampaikan. Penggunaan kaedah visual seperti tayangan gambar, multimedia boleh diaplikasikan kepada pelajar yang cenderung ke arah sikap tersebut. Manakala kaedah audio juga boleh digunakan untuk menarik perhatian/minat pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar juga perlu diketengahkan untuk guru lebih memahami apa jenis pembelajaran yang diperlukan. Memerhati tingkah laku pelajar merupakan salah satu cabang untuk para guru mencari kaedah pengajaran multimodaliti. Ini bermakna, melalui teori ini, tiap individu mempunyai cara pembelajaran yang berbeza.

4. 
i)                    Penggunaan video dan stail pembelajaran adalah mungkin strategi yang berpusat kepada pelajar. Video boleh digunakan dalam set induksi sebagai bahan ransangan untuk satu-satu topik pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, video boleh digunakan juga jika guru memilih strategi berpusatkan bahan. Video dimainkan dan guru sejurus selepas itu bertanya tentang tindak balas yang diberikan oleh murid untuk video tersebut. Video sesuai digunakan untuk aktiviti pengukuhan juga bagi memberi pemahaman yang lebig kepada para pelajar. Faedah menggunakan video dalam pendidikan adalah untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran pelajar. Selain itu, kejadian yang berlaku di luar boleh dirakamkan dan ditunjukkan kepada pelajar untuk memberi pemahaman yang lebih kepada para pelajar. Sebagai contoh dalam subjek Geografi, jika guru mengajar tentang topik Luluhawa, agak sukar untuk pelajar menggambarkan bagaimana proses tersebut berlaku jika hanya diberikan penerangan sahaja. Jadi, untuk memberi pengukuhan yang lebih kepada pelajar, guru boleh menunjukkan video kejadian proses luluhawa tersebut..Video boleh digunakan dalam set induksi atau semasa pengukuhan.

ii)                   Video dan ubiquitos pula adalah yang mana pelajar boleh mengakses video dimana sahaja pada bila-bila masa. Ubiquitos juga dikenali sebagai U-learning yang mana ia adalah satu keadaan pembelajaran yang boleh diakses dalam pelbagai konteks dan situasi. Antara ciri-ciri U-learning adalah kebolehcapaian yang tinggi yang mana pelajar boleh akses dokumen, data dan video dari mana-mana sahaja. Maklumat yang disediakan adalah beradasarkan permintaan mereka. Oleh itu, ini adalah lebih berpusat kepada pembelajaran kendiri. Jika ada capaian internet di mana-mana, pelajar boleh mengakses video dari mana-mana juga. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut ingin memahami dengan lebih jelas lagi kejadian letupan gunung berapi, pelajar boleh mengakses video tersebut asalkan ada internet. Interaktiviti mereka juga berkembang dengan berkongsi fakta atau penemuan baru dengan kawan dan jika mereka melayari web 2.0 seperti blog, mereka boleh berinteraksi dengan pembangun blog tersebut untuk pertanyaan lanjut.


iii)                 Higher Order Thinking Skills (HOTS) merujuka kepada pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan aras dalam Taksonomi Bloom, ianya melibatkan proses analisis, penilaian dan sintesis. Untuk mewujudakan pelajar supaya memiliki HOTS, kaedah pembelajaran haruslah berbeza. Penggunaan video sebagai medium pengajaran ini juga sesuai. Tetapi pada peringkat respon pelajar, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang memerlukan pelajar memanipulasi maklumat dan idea yang mereka temui dalam tontonan video tersebut. Sebagai contoh, dalam subjek Sains, video yang ditayangkan adalah berkaitan dengan pembinaan buku skrap. Pada bahagian aktiviti guru boleh meminta pelajar supaya membuat buku skrap sendiri. Dengan ini, segala maklumat yang disampaikan dalam bentuk video tersebut boleh diaplikasikan oleh pelajar dengan menjana idea serta memanipulasi maklmuat dari hasil tayangan video berkenaan buku skrap tersebut.
iv)                 Kemahiran sosial adalah tingkah laku yang prihatin dalam melakukan hubungan interpersonal secara efektif. Respon yang diberikan boleh secara lisan atau buka lisan. Misalnya penggunaan video untuk menyampaikan maklumat dalam pembelajaran, kemudian pelajar tersebut boleh berbincang mengenai video yang terpapar. Dengan ini, tingkah laku akan berubah melalui proses pembelajaran. Pelajar juga akan bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak faham apa kandungan yang ada dalam video tersebut.

v)                  Peningkatan kesedaran akan berlaku sekiranya video yang dipaparkan mempunyai nilai-nilai murni pada akhir bahagiannya. Ini bermakna, kandungan video tersebut bukan hanya semata-mata mementingkan jalan pennceritaan tetapi skrip juga harus mengandungi nilai moral. Misalnya dalam subjek sejarah boleh menyangkan tentang proses-proses kemerdekaan Malaysia. Pada akhirnya, pelajar akan sedar bahawa betapa sukarnya untuk pemimpin kita mendapatkan proses kemerdekaan. Ini akan memberi kesedaran kepada mereka supaya mencintai Negara Malaysia.

5. Kekangan menggunakan video di dalam kelas.

1.   Peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang.
Kos pengurusan dan kewangan sekolah bukan hanya untuk membina infrastruktur, malah ada banyak lagi kegunaan yang lain yang mana merupakan asas kepada pembelajaran. Kadang kala di sekolah yang di luar Bandar dan pedalaman, penggunaan video ini tidak mampu untuk dilaksanakan kerana masalah insfrastruktur yang lain seperti ketiadaan bekalan elektrik. Jadi pembelajaran menggunakan video di dalam kelas tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kemudahan LCD dan skrin putih.

2.   Masa yang terhad.
Biasanya dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, masa yang diperuntukkan adalah dalam 40 minit untuk satu-satu masa. Dengan menggunakan kaedah video, kemungkinan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Perancangan yang dibuat oleh guru mungkin adala banyak aktiviti yang memerlukan pelajar berbincang, sesi soal jawab dengan pelajar dan sebagainya. Ini akan menyebabkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi sekiranya menggunakan video.

3.   Guru kurang kemahiran mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat juga guru yang kurang kemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemungkinan kandungan yang terdapat dalam video tersebut tidak sesuai dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Ini tidak akan dapat memberikan apa-apa input kepada pelajar. Selain itu, ada juga sesetengah guru yang kurang mahir dalam penggunaan ICT, LCD projector.

 6. Bagaimana menggunkan video di dalam kelas? Sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum
Tentukan objektif video ditayangkan di dalam kelas. Adakah video tersebut nanti mampu memberi input kepada pelajar serta bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari itu. Pilih video yang sesuai dan ahkir sekali sekurang-kurang ada nilai moral. Kalau perlu pra-tontonkan video tersebut dahulu kepada guru-guru lain dan minta pendapat adakah video tersebut relevan dengan kehendak subtopic serta sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Guru juga perlu melakukan suntingan awal terhadap video tersebut dan boleh membuang mana-mana bahagian yang tidak perlu di samping untuk menjimatkan masa dengan memendekkan masa dalam video tersebut. Persediaan ini terus dilakukan sehingga masuk ke kelas dan terus memasang video tersebut. Ini adalah untuk menjimatkan masa.

Semasa
Guru hendaklah memastikan ruang kelas itu selesa, susunan tempat duduk kemas dan teratur supaya pelajar boleh melihat dan mendengar video yang dipaparkan secara baik. Guru memastikan kelas dalam keadaan senyap dan focus untuk melihat tayangan video. Pelajar diminta mencatat apa yang mereka dapat/input yang mereka dapat dari tayangan video tersebut.

Selepas.
Guru hendaklah mengemas peralatan yang digunakan dan diletakkan seperti sedia kala. Guru boleh meminta pandangan pelajar tentang apa input yang mereka perolehi dari video tersebut untuk memastikan mereka mengikuti kaedah pembelajaran tersebut atau tidak.



7. SOALAN NOMBOR 3

Manipulatives
Examples
How to use
Objective
1.Objek sebenar
 (Real objects)
(Realia Asli)
Alatan kaji cuaca
(Relia Asli)
Termometer
Anemometer
Barometer
Tolok hujan
Petunjuk arah angin
Alat pelindung Stevenson
Solarimeter
Termograf
Perakam hujan



Pameran (Exhibits)

-Guru boleh menyediakan satu makmal geografi untuk meletakkan alatan kaji cuaca ini.

-Alatan ini hendaklah disusun rapi di dalam makmal geografi.

-Memandangkan lokasi perletakan alatan ini di dalam makmal kemungkinan alatan yang dipamerkan adalah alatan   yang tidak berfungsi lagi tetapi hanyalah dijadikan sebagai pameran supaya pelajar dapat melihat sendiri jenis-jenis alatan untuk mengukur keadaan cuaca. (kecuali alatan yang boleh berfungsi di dalam bilik seperti termometer dan barometer).

-Setiap alatan yang dipamerkan   hendaklah disertai informasi berupa jenis alatan, kegunaan alatan serta cara serta bila alatan tersebut digunakan.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengenalpasti jenis-jenis alatan kaji cuaca.
2.       Mengetahui fungsi-fungsi jenis-jenis alatan kaji cuaca
3.      Membandingkan kegunaan serta jenis alatan kaji cuaca antara satu dengan yang lain.
2.Model
Globe

Model pepejal

-Model globe dibuat untuk mewakili bumi yang mana saiznya dibina berdasarkan skala pengecilan tertentu.Globe   yang dibuat adalah lebih kecil dan menyerupai objek sebenar (bumi).
-Benua-benua yang ditunjukkan pada globe ditegaskan lagi dengan warna-warna yang berlainan, disertakan dengan nama benua, lautan, garisan-garisan yang terdapat di bumi.
-Setiap lokasi yang terdapat di muka bumi ditegaskan dengan warna, bentuk dan label tertentu.
-Globe boleh dipusingkan mengikut arah lawan putaran jam secara perlahan-lahan untuk menunjukkan bagaimana bumi kita berputar.
-Perlakuan ini akan dapat merangsang minda pelajar bahawa bumi kita berputar mengikut arah lawan putaran jam.
-Guru boleh menunjukkan kedudukan benua, lautan, serta garisan yang terdapat pada globe.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengetahui kedudukan benua-benua, garis lintang dan bujur serta lautan di bumi kita.
2.       Mengetahui bahawa bumi berputar mengikut arah lawan putaran jam.
3.       Mengenalpasti 5 jenis benua di muka bumi.
4.       Mengenalpasti garis bujur serta garis lintang yang terdapat pada bumi kita.
5.       Mengetahui rupa sebenar bumi kita berdasarkan globe.
3.Mock-ups
Letusan Gunung berapi-(hands-on experiences)
(Model yang dibuat    daripada
Serbuk pencuci
Soda bikarbonat
Cuka
Pewarna merah dan kuning



Cara menghasilkan letusan gunung berapi.

1.       Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas plastik.
2.       Masukkan pewarna merah dan kuning.
3.       Masukkan serbuk pencuci.
4.       Masukkan cuka.
-Selepas cuka dimasukkan buih   yang berwarna jingga keluar yang mana ianya menyerupai gunung berapi.
-Buih bewarna jingga terhasil daripada tindak balas soda dan cuka yang mengandungi asid.
-Ianya menyerupai gunung berapi.

Guru memberikan penerangan berkaitan dengan eksperimen yang telah dilakukan.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengetahui bagaimana fenomena letusan gunung berapi berlaku.
2.       Memahami kesan-kesan terhadap alam sekitar sekiranya berlaku letusan gunung berapi di negara kita.
3.       Mengalami sendiri pengalaman –pengalaman menghasikan model yang boleh membantu menggambarkan kejadian yang berlaku dalam dunia sebenar.


SOALAN NO.4

Kajian lapangan
SubjekGeografi
Tajuk: Jenis dan taburan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Sub tajuk: hutan hujan tropika/ khatulistiwa.
Lokasi kajian lapangan : Taman Hutan Hujan Sandakan Sabah.    http://www.sandakanrfp.sabah.gov.my/
Objektif kajian lapangan:
Objektif kajian lapangan ini dijalankan adalah supaya pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan hutan hujan tropika.
2.       Mencirikan pelbagai jenis tumbuhan di kawasan hutan hujan tropika.
3.       Menyemai semangat cintakan alam sekitar .
4.       Melihat secara realiti keadaan kawasan hutan hujan tropika di Malaysia.
Aktiviti-aktiviti
1.       Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan penyeliaan oleh guru pengiring.
2.       Pelajar-pelajar akan diberikan taklimat dalam kumpulan masing-masing berkenaan dengan kajian lapangan.
3.       Pelajar –pelajar mula melawat kawasan hutan tersebut.
4.       Pelajar-pelajar diminta untuk mencatat jenis tumbuhan yang mereka lihat berdasarkan kepada label yang diberikan serta berdasarkan penerangan yang diberikan oleh pemandu pelancong di kawasan itu.
5.       Pelajar-pelajar akan diminta untuk membentangkan hasil pengalaman mereka (jenis tumbuhan, ciri-ciri tumbuhan serta cara pemeliharaan hutan tersebut)

 8. 
     8.1.   Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?

Literasi video merupakan satu eleman yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini diperlukan untuk digunakan dalam melihat video serta menghasilkan video. 5 konsep utama untuk memahami literasi video adalah:
a.    Penulis menghasilkan mesej.
b.    Setiap mesej yang dihasilkan mempunyai format yang tersendiri dan unik.
c.    Setiap penonton mengintepretasikan mesej secara berbeza.
d.    Setiap mesej yang ingin disampaikan mengandungi nilai dan sudut pandangan tertentu.
e.    Kebanyakkan mesej yang disusun / dihasilkan untuk mempromosikan satu-satu tujuan tertentu/khusus.

     8.2.   Nyatakan 5 konsep utama menonton dan menghasilkan video.

           5 konsep utama menonton video
a.    Siapa yang menghasilkan mesej yang terdapat dalam video?
b.    Apakah teknik kreatif yang boleh menarik perhatian saya?
c.    Bagaimana pelbagai penonton memahami mesej yang dipaparkan secara berbeza?
d.    Apakah nilai, gaya hidup dan sudut pandangan yang diketengahkan atau elemen ini hanya diabaikan?
e.    Apakah tujuan mesej tersebut dipertontonkan?
5 konsep utama menghasilkan video.
a.    Apa yang saya ingin hasilkan?
b.    Adakah mesej menggambarkan pemahaman yang betul, kreativiti dan teknologi?
c.    Adakah mesej saya mengagumkan serta menarik perhatian penonton?
d.    Adakah saya faham dan mengekalkan kerangka nilai, gaya hidup dan sudut pandangan ?
e.    Adakah saya mengatahui tujuan secara dengan berkesan.

   8.3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video dengan cara:
a.    Maklumat lebih realistik
Penggunaan video mampu memaparkan maklumat secara menyerupai keadaan sebenar. Ini membolehkan pelajar seolah-oleh merasakan mereka berada dalam suasana yang digambarkan. Guru boleh menghasilkan video berkaitan dengan bumi,serta kehidupan dan juga ekosistem yang terdapat di dalam bumi. Objek yang sukar ditunjukkan dalam dunia sebenar dapat ditayangkan menggunakan video. Pelajar merasakan bahawa mereka seolah-olah berada di tempat itu atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Pelajar juga akan mendapat pengalaman secara visual.

b.   Mampu merangsang pelbagai deria
Jalinan audio, grafik meningkatkan lagi proses penyampaian maklumat kepada pelajar secara lebih mudah dan berkesan. Misalnya pelajar akan menumpukan perhatian mereka kerana video mampu ditonton serta didengar penceritaannya.

c.    Meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik
Penggunaan video mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Ada dalam kalangan pelajar yang lebih memahami dengan cara melihat serta mendengar berbanding membaca teks dan penerangan yang diberikan oleh guru. Pelajar boleh berbincang dengan rakan setelah selesai menonton video.

  8.4. Senaraikan dan terangkan bagaimana 4 jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

i.             Dokumentari
Kejadian sebenar boleh dirakam atau didokumentarikan ke dalam bentuk video untuk ditayangkan. Dokumentari boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk fakta, bukan fiksyen dan versi fiksyen yang mengandungi fakta. Dokumentari memaparkan kisah sebenar dalam situasi sebenar. Misalnya rancangan National Geographic boleh membantu pelajar memahami kejadian sesuatu fenomena dalam dunia  yang sebenar. Sebagai contoh dalam subjek Geografi memerlukan seseorang pelajar memahami bagaimana fenomena gempa bumi berlaku. Pendokumentarian berkaitan dengan fenomena ini dalam National Geographic menambahkan lagi pemahaman pelajar berkaitan dengan topik yang telah dipelajari. Ini kerana ianya adalah berdasarkan fenomena sebenar.

ii.           Pendramaan
Biasanya pendramaan yang selalu ditayakan adalah dalam Kesusasteraan Klasik. Pemahaman terhadap Kesusteraan ini agak sukar sekiranya pelajar membaca teks sahaja. Ini kerana bahasa yang digunakan juga agak sukar untuk difahami. Apabila ditayangkan dengan video pelajar memiliki peluang untuk belajar secara lebih mendalam apabila mereka dapat membandingkan atau membezakan antara drama dan juga teks. Dalam membantu pembelajaran pelajar, guru boleh ‘mendramakan’ sesuatu content pembelajaran yang sedia ada dalam bentuk cerita ( KOMSAS) untuk subjek Bahasa Malaysia, lagu sreta puisi. Dengan ini, jalan penceritaan atau mesej yang hendak disampaikan lebih mudah difahami oleh pelajar apabila menonton drama tersebut. Misalnya dalam bahagian KOMSAS (komponen sastera) ada beberapa jenis puisi tradisiobnal yang menggunakan bahasa lama, guru boleh mewujudkan watak dalam kalangan pelajar dan merakam dalam bentuk drama supaya penyampaiannya lebih mudah.
iii.            Penceritaan video.
Penceritaan bertujuan untuk menghiburkan dan memberi maklumat. Dalam pembelajaran, guru boleh menggunakan video yang menayangkan tentang penceritaan mengenai perubahan iklim, hidupan liar, tumbuhan semula jadi. Penceritaan boleh dibuat secara bersiri. Ini membolehkan pelajar tahu tentang kesinambungan cerita tersebut. Walaupun begitu, penceritaan juga merupakan kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar dalam pelbgai peringkat umur. Penceritaan ini membantu pelajar supaya ebih kreatif dalam menghasilkan penulisan, kemahiran visual serta kemahiran menghasilkan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar menghasilkan idea melalui penceritaan. Sepanjang proses ini, pelajar boleh belajar bersama-sama dan belajar dari antara satu sama lain.

iv.          ‘Virtual Field Trips’
Penayangan video jenis ini boleh membantu pelajar dalam pembelajaran dengan cara membawa pelajar ke suatu tempat yang mana tidak mungkin akan dapat dijejaki oleh mereka. Biasanya ia adalah jauah dari tempat asal kita. Misalnya boleh melihat dan melawat melalui tayangan video ke Lembah Amazon, Tembok Besar China. Ini akan menyebabkan pelajar seolah-olah berada dalam situasi dan tempat tersebut. Dengan ini, gambaran tentang informasi berkenaan tempat berkenaan (biasanya dalam bentuk teks, penyampaian maklumat oleh guru dan internet) lebih jelas. Pelajar menjadi faham dengan lebih mudah kerana melihat sebenar apa yang digambarkan semasa proses penceritaan atau pembacaan melalui teks.

    8.5. Nyatakan proses memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
i.             Memilih
Pelbagai video yang disediakan dan boleh diakses. Misalnya yang disediakan oleh pihak pertubuhan dan kerajaan, agensi swasta, pusat sumber sekolah dan banyak lagi. Pelabagai video tersedia yang dibiayai oleh pihak-pihak sebegini. Tujuan mereka mempromosikan video adalah pelabagai. Misalnya pihak kerajaan adalah untuk memaparkan berkaitan dengan tabiat yang sihat, kepelbagaian sumber dan tujuan penggunaan taamn-taman rekreasi. Kadangkala ada dalam kalangan penaja ini yang menayangkan kandungan video yang tidak sesuai dengan pengajaran kerana tujuan mereka adalah berbeza. Misalnya ada yang menayangkan tentang minuman keras dengan tujuan untuk mempromosikannya. Oleh itu guru haruslah sentiasa melihat siapa yang menaja video tersebut supaya tidak bercanggah dengan pembelajaran.
ii.           Menilai
Selepas memilih video yang berpotensi untuk dijaikan sebagai bahan pengajaran, guru hendaklah menilai sebaiknya isi kandungan video tersebut sama ada ia sesuai serta boleh mencapai objektif pengajaran. Menggunakan boring pentaksiran adalah cukup untuk seseoranga guru menilai kesesuaian video tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran.

 9. Proses reka bentuk visual perlu dimulakan dengan mengumpul atau menghasilkan visual secara individu dan elemen teks yang hendak digunakan. Dengan ini pereka tahu keperluan dan apa yang menarik minat pelajar berkaiatn dengan topik dan merangka atau memilih objektif yang hendak dicapai melalui visual yang dirancang. Ciri-ciri reka cipta visual adalah visual yang mudah, jelas dibaca dan juga difahami. Selain itu mesej yang terkandung dalam visual tersebut dapat ditafsir dengan berkesan. Visual yang baik juga akan mewujudkan interaksi yang aktif antara pelajar dan juga guru. Selain itu, keseimbangan, warnapenyusunan serta mesej yang ingin ditonjolkan dalam video juga menarik.
   


Monday 24 December 2012

WEB 2.0



WEB 2.0
Seiring  perkembangan  ilmu  dan  teknologi,  media  yang  sering  digunakan dalam  proses pembelajaran ialah media pembelajaran melalui internet. Pembelajaran melalui  internet  telah  mula  mengorak  satu  langkah  baru  di  mana  satu  kaedah pembelajaran  melalui  kemudahan  aplikasi  Web  2.0  mula  diperkenalkan. Aplikasi Web 2.0 kini menjadi alat pengajaran  yang sering digunakan di peringkat pengajian tinggi
Aplikasi  web  2.0  bukanlah  merupakan  perkara  baru  dalam  dunia  internet.  Jika sebelum  ini  masyarakat  hanya  menggunakan  web  untuk  mencari  maklumat  semata-mata,  tetapi  dengan  kewujudan  web  2.0  ,  komunikasi  dapat  dijalankan  secara  dua  hala selain  menjadikan  komunikasi  begitu  berkesan,  pantas  dan  mudah.  Masyarakat  bukan sahaja  dapat  melayari  web  malah  dapat  mempamerkan,  memperluaskan  dan  berkongsi kreativiti  mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.
Penggunaan aplikasi Web 2.0 seperti rangkaian sosial semakin popular bukan sahaja di kalangan generasi muda malahan di kalangan korporat. Penggunaannya semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Facebook, Friendster, MySpace, Blog dan Twitter merupakan laman web rangkaian sosial yang aktif di Malaysia. Tidak dinafikan setiap laman web tersebut mempunyai keistimewaannya tersediri dan saling bersaing antara satu sama lain dalam menambat hati pengguna internet.

SEJARAH WEB 2.0
Web 2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web 2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang 23 pelbagai dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula kandungan dan sebagainya.




DEFINISI WEB 2.0
Menurut Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau satu inovasi kepada web 1.0 (lebih kepada penambahbaikan kepada web 1.0). Hal ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan, fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.
Umumnya web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan, kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog, jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web 2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi. Ini adalah bergantung kepada pengguna itu sendiri samada ingin memuatkan sesuatu yang benar atau salah, baik atau buruk, kerana segalanya bergantung kepada pengguna itu sendiri
CIRI-CIRI WEB 2.0
1. Web sebagai platform. .
F Platform  di  sini  membawa  maksud  tempat  sesuatu  aplikasi  dijalankan. Contoh  platform  yang  terkenal  adalah  Windows,  di  mana  ada  aplikasi-aplikasi  seperti  Microsoft  Office  dan  Adobe  Photoshop.  Menggunakan internet sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di  atas  internet  dan  bukan  di  atas  satu  sistem  operasi  tertentu.  Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana sistem operasi. Kelebihannya  ialah  aplikasi-aplikasi  web  2.0  ini  tidak  lagi  terbatas penggunaannya  kepada  satu  sistem  operasi  sahaja.  Malah  kita  tidak  perlu untuk memasukkan apa-apa sistem untuk menggunakannya.

2.  Gabungan maklumat dan pengetahuan.
F Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara  kolektif.  Hasilnya  ialah  satu  medan  pengetahuan  yang  sangat  besar hasil daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang dapat kita lihat  adalah  Wikipedia.  Wikipedia  adalah  ensiklopedia  atas  talian  (online) yang  membolehkan  semua  orang  untuk  membuat  dan  mengedit  artikel  yang dipaparkan.  Hasilnya  adalah  sebuah  ensiklopedia  atas  talian  besar  yang sangat  lengkap  artikelnya.  Contoh  yang  lain  adalah  del.icio.us,  di  mana semua  orang  akan  memaparkan  link-link  menarik  yang  mereka  temui  di internet.  Melaluinya  kita  dapat  melihat  pelbagai  bahan  yang  menarik  hasil gabungan  ribuan  orang.  Jaringan  pengetahuan  ini  ibarat  sel-sel  otak  yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.

3. Kekuatan data.
F Kekuatan web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh  asas data yang kuat dan unik. Contohnya seperti aplikasi carian web Google,  yang  mana  kekuatannya  terletak  pada  pengumpulan  dan  pengurusan  data  bagi  laman-laman  web  di  internet.  Amazon.com  juga  adalah  salah  satu  contoh yang boleh kita lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan  hanya  lengkap,  tetapi  juga  lengkap  dengan  aplikasi  seperti  review,  kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.

4. Kitaran kemaskini perisian.
F Tidak seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua atau  tiga  tahun  sekali  misalnya  Microsoft  Office  versi  97,2000,  XP,  dan seterusnya,  aplikasi  web  2.0  seringkali  dikemaskini.  Contohnya  Google, seringkali  dikemaskini  data  dan  programnya  tanpa  perlu  menunggu  waktu-waktu yang tertentu.

5.  Model aturcara yang mudah.
F Aplikasi  web  2.0  menggunakan  teknik-teknik  model  aturcara  yang  mudah seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula layanan  suatu  aplikasi  web  2.0  membentuk  layanan  baru.  Contohnya  adalah Google Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps  yang menggabungkan  layanan  Google  Maps  dengan  Craigslist.  Layanan    seperti ini  yang  menggabungkan  layanan  dari  aplikasi-aplikasi  lain  dikenali  dengan istilah mashup.

6.  Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).
F Aplikasi  web  2.0  mampu  berintegrasi  melalui  pelbagai  alat.  Ianya  bukan  hanya  terbatas  kepada  platform  komputer  sahaja.  Contohnya  adalah  iTunes dan  TiVo.  iTunes  dari  Apple  dapat  berintegrasi  dari  server  Internet  (dalambentuk  muzik  online),  ke  komputer  pengguna  (dalam  bentuk  program iTunes), hinggalah ke mobile device (dalam bentuk iPod).

7.  Rich user experiences.
F Aplikasi  web  2.0  mempunyai  antara  muka  pengguna  yang  hebat  walaupun hanya  beroperasi  di  dalam  browser.  Teknologi  seperti  AJAX  membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas (response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email ini memiliki antara muka  pengguna  yang  hebat.  Dengan  menambah  pelbagai  aplikasi  di  dalam email  seperti  IM  (Intstant  Messaging),  pengguna  dapat  berinteraksi melaluinya.





 PERBEZAAN WEB 2.0, WEB 3.0 DAN WEB  4.0

JENIS WEB
KETERANGAN

WEB 2.0
F web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.
F Web 2.0 adalah penyelesaian  untuk mempercepatkan beberapa kawasan-kawasan seperti, rangkaian sosial (Twitter, TinyPic, Picassa, laman perkongsian video seperti (youTube, 3gpvideos, dan sebagainya), Wikipedia, Blogger, Wordpress dan  blog
 WEB 3.0
F  Web ini dikenali sebagai  sebuah laman web Semantik
F Laman web ini berfungsi sebagai Mengatur,  susunan dan penstrukturan data yang dicari di internet untuk membuat ia diperolehi dan praktikal oleh program-program dan perisian. Tujuannya adalah untuk membuat web boleh dibaca oleh mesin terlalu dan bukan sahaja  ia boleh dibaca sahaja oleh manusia.
F SVG (Grafik Vektor Diskala) adalah antara web 2.0 dan web 3,0. Kebanyakan laman web yang sudah mula menggunakan teknologi ini untuk mempamerkan kandungan riang. Seperti Animasi Flash yang  telah digunakan  daripada teknologi ini untuk melancarkan kandungan yang lebih tinggi animasi tanpa  berat "fail filem" yang biasa.
F  kelajuan laman web 3.0 adalah bergantung pada  kualiti laman web .
WEB 4.0
F web 4.0 merupakan sebuah laman web “simbiotik" .Web simbiotik, adalah metadata yg telah diatur sebelumnya  ia lakukan di web 3.0, yang boleh berinteraksi dalam Symbiosis





APLIKASI WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN.
Kemunculan  aplikasi  web  2.0  seperti  blog,  wikis,  facebook  dan  Youtube  telah membawa  perubahan  terhadap  konsep  dan  kriteria  e-pembelajaran  Web  1.0.  E-pembelajaran  pada  peringkat  awal  lebih  tertumpu  kepada  strategi  penyebaran  maklumat. Sistem P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada  aspek  renungan  dan  kolaborasi  antara  pelajar  melalui  penggunaan  teknologi komunikasi.  P&P  dengan  menggunakan  aplikasi  Web  2.0  ini  menekankan  aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking).  Selain itu,    P&P  dengan  menggunakan  aplikasi  Web  2.0  turut  menyenaraikan  ciri-ciri  yang bersifat  digital,  mobil,  berkait  atau  connected,  peribadi  (personal),  ciptaan  dan  terbuka.   Menurut  Ehlers  (2009),  sistem  P&P  yang  melibatkan  aplikasi  Web  2.0 boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang berikut:
F Pembelajaran  bersifat  ubiquitous  iaitu  pembelajaran  boleh  berlaku  di mana-mana. 
F Pembelajaran  sepanjang  hayat:  Pembelajaran  tidak  terikat  kepada  mana-mana  institusi  Pembelajaran  berlaku  dalam  komuniti  pembelajaran. Pelajar  melibatkan  diri  dalam  komuniti  pembelajaran  yang  terbuka  dan komuniti pembelajaran yang terhad 
F Pembelajaran  bersifat  formal  dan  tidak  formal,  boleh  berlaku  di  rumah, tempat kerja atau pada masa lapang.
F Pembelajaran  tidak  lagi  bergantung  sepenuhnya  kepada  pengajar  atau institusi pengajian.

Berdasarkan pada ciri-ciri tersebut  bolehlah  dirumuskan  bahawa  e-pembelajaran  konvensional  lebih  bersifat  kepada  penyebaran  maklumat,  manakala  e-pembelajaran  menggunakan  aplikasi  Web  2.0  memberikan  penekanan  kepada  strategi pengajaran  dan  pembelajaran  yang  bersesuaian  dalam  persekitaran  sosial. 
Disamping itu juga, ciri-ciri  e-pembelajaran  berubah  selaras  dengan  kemajuan  dan  pembangunan teknologi  pendidikan.  E-pembelajaran  pada  peringkat  awal  lebih  tertumpu  kepada strategi  penyebaran  maklumat misalnya, LMS  (Learning  Management  System)  digunakan  oleh IPT sebagai pelantar (platform) untuk menyampaikan bahan pembelajaran secara talian. Kebanyakan  bahan  pembelajaran  adalah  di  dalam  bentuk  teks  atau  persembahan  dan lebih  bersifat  informasi  dan  individualistik.  Walaupun  strategi  pembelajaran  lebih berpusatkan  pelajar,  kolaborasi  aktif  antara  pelajar  dengan  pelajar  yang  lain  masih  di tahap  minimum. Kolaborasi  aktif  hanya  berlaku  di  dalam  chat  groups  atau  bulletin  board  antara  pelajar apabila  mereka  menghadapi  masalah  dalam  menyelesaikan  tugasan.  kebanyakan institusi pengajian tinggi yang mengamalkan e-pembelajaran belum lagi  mencapai  tahap  yang  tertinggi  iaitu  menggunakan  sapenuhnya  teknologi  web  2.0. IPT  masih  lagi  menggunakan  modul  instruksional  kendiri  yang  diakses  dalam  laman web atau LMS, dan mencari maklumat dalam Google.  Sebagai contoh, SmartUMS mempunyai beberapa alat Web 2.0 yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar UMS dalam (P&P) seperti forum, Wiki dan chat. Antara alat-alat ini, forum ialah alat yang paling kerap diguna untuk membincang tajuk-tajuk akademik seperti tugasan dan sebagainya.Tujuan utama penggunaan forum oleh pensyarah UMS ialah keinginan untuk mengetahui idea dan pendapat pelajar terhadap pemahaman sesuatu topik yang diajar. Forum dalam SmartUMS mempunyai siri perbincangan yang dikenali sebagai“ threads ” yang bermula sebagai pertanyaan dan diikuti oleh jawapan dan jawapan kepada yang lain. Perbincangan sebegini boleh menampung maklum balas yang tidak terhingga dan oleh itu sebenarnya forum mencetuskan perbincangan antara ramai pengguna dan bukan setakat seorang atau dua sahaja.Selain daripada menggunakan forum untuk perbincangan idea, pendapat dan komen pelajar, pensyarah UMS juga menggunakan blog dalam P&P.
Begitu juga dengan Chat  adalah adalah merupakan platform yang efektif sebab fungsinya hampir dapat menggantikan kuliah pensyarah memandangkan ia membenarkanpelajar bertanya soalan dan pensyarah dapat menjawab dengan serta merta.Selain menggunakan SmartUMS dalam P&P, pensyarah UMS juga menggunakanalat-alat Web 2.0 lain dalam web. Salah satunya ialah rangkaian sosial menggunakan Facebook. Facebook digunakan untuk menjalin hubungan yang lebih baik denganpara pelajar UMS dari segi mengkaji cara hidup mereka serta mengetahui tahap pembelajaran mereka di UMS. Melalui Facebook, pensyarah dan pelajar UMS banyak berkongsi pendapat dalam bentuk emel dan instant messaging.
Penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau  individu  semakin  popular.  Blog  merupakan  salah  satu  platform  terbaik  untuk digunakan  dalam  pendidikan  kerana    blog  merupakan  saluran  info  yang    mudah diselenggara,  malah  boleh  didapati  dengan  percuma.  Guru  dan pensyarah  tidak  perlu menguasai  kemahiran  pengaturcaraan  (programming)  untuk  menghasilkan  laman  blog mereka  sendiri.  Blog  menyediakan  peluang  kepada  para  blogger  untuk  mengumpulkan kumpulan komu iti daripada masyarakat luar yang boleh terdiri daripada pelbagai pihak yang  berbeza  latar  belakang  sebagai  komuniti  di  dalam  blog.  Blog  dapat  memberi  kuasa  kepada  kanak-kanak  atau  pelajar  mudasatu  suara  yang  akan didengari  oleh  komuniti  umum.  Terdapat  beberapa  organisasi  blog  yang  menyediakan tapak  blog  secara  percuma.  Contohnya  http://blogspot.com/  ,  http://wordpress.com  dan http://edublogs.org/. Guru  atau  pensyarah  tidak  harus  ketinggalan  mempelajari  cara  membangunkan blog,  mengaplikasi  prinsip  pedagogi  dalam  menggunakan  blog  apabila  mengendalikan sesuatu  kursus,  dan  mengeksploitasi  kemudahan  yang  ada  dalam  blog.  Berbanding dengan  format  html  untuk  sesuatu  laman  web  yang  menggunakan  teknologi Web  1.0, format  blog  menggunakan  teknologi  Web  2.0  adalah  lebih  mudah  digunakan  dan  memenuhi ciri-ciri teknologi masakini. . Kesemua menu, paparan  tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia.

Penggunaan Rangkaian Sosial Dalam Pendidikan   merupakan  salah  satu  aplikasi  Web  2.0  yang  menjadi kegilaan  remaja    pada  masa  kini.  Seperti  yang  diketahui,  majoriti  golongan  remaja merupakan pelajar. Oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium rangkaian  sosial  ini  untuk  mendekati  para  pelajar.  Facebook  merupakan  salah  satu rangkaian  sosial  yang  sering  digunakan  pelajar.  Pelbagai  aplikasi  yang  terdapat  di Facebook seharusnya digunakan oleh guru dan pensyarah di dalam proses P&P. Contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook itu  sendiri  yang  mana  para  pelajar  dan  pensyarah  boleh  berbincang  dan  berkomunikasi mengenai  sesutu  topik  pembelajaran  di  dalam  kumpulan  tersebut.  Di  samping  itu, pensyarah  ataupun  pelajar  boleh  memuat  naik  nota.untuk  sama-sama  berkongsi maklumat.  Keistimewaan  aplikasi  memuat  naik  video  di  dalam  Facebook  juga  boleh digunakan  oleh  para  pelajar  dan  pensyarah  dengan  memuat  naik  video  yang  berkaitan dengan topik pembelajaran.
 Manakala, penggunaan laman perkongsian Media dalam pendidikan  aplikasi  perkongsian  media  seperti  Youtube,  Scribd  dan  Flickr  juga  dapat menyumbang  terhadap  bidang  pendidikan.  Penggunaan  aplikasi  Youtube  contohnya dapat  membantu  para  pelajar  berkongsi  dan  bertukar-tukar  maklumat  berkaitan  sesuatu video.  Para  pelajar  biasanya  lebih  tertarik  dan  lebih  mudah  memahami  pembelajaran yang melibat pelbagai media seperti grafik, video, animasi dan bunyi. Selain itu, aplikasi Scribd juga dapat membantu dalam bidang pendidikan kerana para pelajar dapat memuat turun  nota-nota  berkaitan  pelajaran  yang  dikongsi  oleh  pengguna  di  seluruh  dunia. Perkongsian bijak ini membantu pelajar menerokai dan meluaskan pemahaman mereka mengenai sesuatu topik pembelajaran.

 Selain itu, penggunaan Wiki dalam Pendidikan  menjadi salah satu platform baru  yang unik dalam  penyebaran maklumat. Melalui wiki pengguna bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap  data  yang  disumbangkan  kepada  pengguna  lain.  Perkembangan  ini  membuka satu  lembaran  baru  dalam  dunia  pendidikan.  Enseklopedia  bebas  sepertin  Wikipedia merupakan  contoh  terbaik  bagaimana  sistem  wiki  berfungsi  sebagai  sumber  rujukan pendidikan  dalam  pelbagai  bahasa.  Selain  itu  inovasi  terkini  wiki  diperkenalkan  oleh Wikispaces  (www.wikispaces.com)  sebagai  salah  satu  platform  perkongsian  maklumat pendidikan.  Potensi  penggunaaan  wiki  amat  luas  dan  mampu  berkembang  pada  masa akan datang dalam pelbagai bidang yang lain.

            Sebagai kesimpulan,Kebanyakan IPT di Malaysia menggunakan teknologi Web 2.0 dalam prosesPengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk para pelajarnya. Pada hari ini, kebanyakan IPT dan IPTS terutamanya IPTA melaksanakan Web 2.0 melalui Learning Managament System  (LMS) seperti Moodle yang merupakan satu perisian sumber terbuka yang percuma.Teknologi Web 2.0 memberi peluang dan pelantar kepada para pensyarah dan guru untuk menyediakan pelbagai aktiviti akademik untuk pelajar berinteraksi secara efektif dengan mereka. Penyertaan yang terhad di dalam bilik darjah atau dewan kuliah menyebabkan wujudnya desakan atau keperluan untuk pelajar berinteraksi dalam talian supaya mendapat maklum balas yang lebih efektif untuk topik-topik pembelajaran. Tugasan-tugasan di bilik darjah tamat apabila kelas tamat. Ini bertentangan dengan prinsip dan konsep Web 2.0 di mana pelajar masih giat terlibat dalam blog atau forum untuk membincang, mengubah dan menambah isi kandungan tugasa. Dengan membenarkan pelajar menggunakan alatan Web 2.0, pensyarah dan guru sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan pembelajaran secara independen dan berkongsi pembelajaran dengan rakan sebaya.
Oleh itu, Web 2.0 untuk pendidikan bukan hanya untuk tujuan sosial tetapi seharuslah aktivitinya dijalankan secara kolaboratif.Kebanyakan alatan Web 2.0 adalah berkaitan dengan sidang video (podcasting ),blogging, tagging,rangkaian tanda buku sosial (sosial bookmarking ) dan rangkaiansosial. Terdapat beratus-ratus alat atau perisian Web 2.0 tetapi kebanyakan alat-alat yang popular adalah berkaitan dengan blog, forum, Wikis and rangkaian sosial.





1.0 TEORI PEMBELAJARAN
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran  memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan atau perbualan seharian.Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat teori yang  utama, iaitu behaviouris, kognitif, dan konstruktivisme.

2.0 TEORI BEHAVIOUSRIS
Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. 
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada  peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.  Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah  dipelajari.

3.0 TEORI KOGNITIF
Teori  kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
Pengaplikasian teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara aktif.Contohnya, memberi kawalan kepada pelajar dan mematikan pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa.Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan.Oleh itu teori ini dapat melatih pelajar belajar sesuatu dengan kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja.   Teori pembelajaran ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan ibu bapa tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak untuk memperolehi, menstruktur semula dan mengkaji pengatahuan untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Disamping itu, juga ia membantu pelajar memahami, mengingati, membanding serta menilai pengatahuan baru dalam operasi mental bahkan teori ini juga banyak membantu guru membuat ramalan awal dan perancangan yang sistematik.
Pembelajaran berasakan teori kognitif, adalah pembelajaran yang berlaku melalui pemprosesan maklumat dalam minda seseorang pelajar. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Oleh itu setiap pelajar seharusnya digalakan memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya dapat menjadi pemikir yang aktif dan dapat bertindak balas dengan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat








 TEORI KONSTRUKTIVISTIME
Konstruktivisme adalah satunfahaman bahawa murid membina sendiri pengatahuan atau konsep secara aaktif berdasarkan pengatahuan atau pengalaman sedia ada.Dalam proses ini murid akan mentesuaikan pengatahuan yang diterima dengan pengatahuan yang sedia ada untuk membina pengatahuan baru.Briner (1999), berpendapat murid membina pengatahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengatahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya dalam situasi baru dan mengintegrasikan pengatahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
            Mengikut kefahaman konstruktivisme pula, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid


PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Oleh sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong pembelajaran konstruktivisme.Di antara peranan guru dalam pembelajaran jenis ini adalag seperti berikut;
F Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain.
F Menggalakkan murid menerangkan ida mereka serta menghargai pandangan mereka.
F Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
F Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
F Menggalakkan urid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, menerka dan membuat hipotesis.
F Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
F  Menggalak pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
F  Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam membuat rancangan, proses, dan penelitian.
F Manakala murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;Setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Mereka perlu berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan


Oleh yang demikian, teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman pengatahuan,idea konsep yang dibina secara aktif berdasarkan pengalaman lepas dan dan pengatahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri,interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan metakognitif bahkan pembelajaran ini memberikan penekanan terhadap pembelajaran yang bermakna serta mengalakan murid-murid membuat penyiasatan dan menilai untuk memandu pembelajaran mereka.