Pages

Sunday 25 November 2012

Rujukan : Tugasan Blog...


Rujukan:

1. www2.blogger.com
2. http://jitzu.ukm.my/web20/ 
3. http://bloggingsteps.com/kit
4. http://www.educatorstechnology.com/
5. http://blog.mixterr.com/apa-itu-blog-what-is-blog/
6. http://kepentinganblogpendidikan.blogspot.com/ 
7. http://www.slideshare.net/krisrocs/blogging-platforms-for-educators-compared
8. http://web20intheclassroom.blogspot.com/2008/10/ways-to-use-blogs-in-your-  
        classroom.html 
9. http://jasonrenshaw.typepad.com/jason_renshaws_web_log/2011/12/blogging-with-
        students-2- choosing-a-blogging-platform.html
10. Sarah A, Mohd Ali & Hadi Khosravi (Jan, 2012), “ EVOLUTION OF THE WORL WIDE 
      WEB : FROM WEB 1.0 TO WEB 4.0”, International Journal Of Web & Semantic Technology 
       Vol 3, No.1.
11. Umesha Naik & D Shivalingaiah (2008), Comparative Study of Web 1.0, Web 2.0 and 
        Web 3.0, International CALIBER (pge 499-507).

9.0 Contoh Blog Pelajar, Kelas dan Guru Yang Terbaik


1. http://edublogs.misd.net/theskinny/ 

2. http://gwegner.edublogs.org/

3. http://ithink.edublogs.org/2007/05/29/school-uniforms/  


8.0 Cara-cara Guru Boleh Mengaplikasikan Blog di Dalam Bilik Darjah.

Pemilihan menggunakan blog seperti edublog menyediakan banyak aplikasi. Aplikasi-aplikasi ini boleh dikongsi sama ada dalam kalangan guru, pelajar atau komuniti.

Cara pertama untuk guru yang ingin mengaplikasikan blog dalam bilik darjah ialah berkongsi bahan, berita, maklumat serta artikel pada blog. Bahan-bahan yang baru dimuatnaik ke dalam blog akan terpapar pada masa itu dan ini akan memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat tersebut. Guru boleh menukarkan blog tersebut secara peribadi dan hanya boleh dikomen oleh pelajar-pelajar sahaja.

Selain daripada itu, cara yang lain adalah membina blog yang memudahkan perbincangan dalam talian berlaku. Misalnya guru boleh mengadakan ruangan untuk ber’chatting’ sesama pelajar serta guru. Walaupun begitu, pastikan perbincangan tersebut hendaklah menjurus kepada isu-isu semasa atau yang berkaitan dengan pembelajaran. Perbincangan yang diadakan lebih kepada yang berbentuk forum yang mana guru akan menyediakan soalan dan pelajar boleh memberi pendapat serta idea masing-masing mengenai forum tersebut. Guru juga hendaklah menyediakan ruangan untuk pelajar memberi idea atau komen masing-masing berkaitan gaya pembelajaran pada hari itu serta boleh juga mengutarakan cadangan-cadangan baru untuk pembelajaran yang akan datang.

Cara yang seterusnya adalah guru boleh mempelawa ibu bapa sebagai pengikut (followers) dalam blog mereka. Ini kerana mereka boleh berbincang mengenai masalah pembelajaran anak mereka. Ibu bapa boleh menghantar komen-komen yang melibatkan masalah pembelajaran atau disiplin mengenai anak mereka kepada guru yang berkenaan. Guru juga boleh berkongsi dengan ibu bapa tentang apa sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Dengan ini ibu bapa akan dapat mengetahui pembelajaran serta aktiviti yang disertai oleh anak mereka.

Cara yang seterusnya adalah dengan menggabungkan blog-blog pelajar yang lain dalam ruangan blog guru. Guru boleh ‘link’kan alamat web blog-blog pelajar nya supaya pelajar lain boleh melihat blog rakan-rakan mereka yang lain. Mereka boleh bertukar-tukar maklumat di samping berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka.

Seterusnya adalah guru juga boleh berkongsi tentang rancangan pengajaran hariannya di dalam blog. Ini juga membolehkan pelajar mengetahui topik apa yang akan dipelajari dan mereka boleh membuat persediaan sebelum pembelajaran dimulakan. Dengan ini kebarangkalian untuk hasil pembelajaran menjadi lebih memberangsangkan adalah lebih tinggi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik jika pelajar lebih aktif di dalam kelas.

Cara yang seterusnya adalah guru boleh membuat blog untuk menubuhkan satu kelab, kumpulan pelajar, acara atau pasukan sukan. Ini adalah untuk menarik minat para pelajar supaya dapat menggunakan perisian blog dengan lebih interaktif. Pelajar boleh berkongsi minat serta berbual mengenai hobi mereka dalam blog sebegini. Kemungkinan juga pelajar boleh merangka satu acara dalam perkongsian mereka dalam blog ini iaitu seperti mengadakan pertandingan dalam sukan dan permainan. Pelajar juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang membina untuk kelab. Sebagai contoh bagai Kelab Sains, mereka boleh membuat buku skrap. Ini secara tidak langsung mewujudkan pembelajaran di luar bilik darjah yang mana turut memberi manfaat kepada para pelajar.

Cara yang seterusnya adalah mendapatkan maklum balas atau mengumpul maklmuat dari blog guru atau blog pelajar. Guru boleh menggunakan komen serta idea-idea dalam forum yang telah dikemukakan oleh pelajar untuk mengumpul data maklum balas kaji selidik. Daripada komen-komen ini juga guru boleh menilai kelemahan serta membuat perancangan-perancangan yang lebih baik serta mengadakan aktiviti yang lebih menarik di masa akan datang.

Penggunaan blog dalam bilik darjah amat relevan jika kemudahan, gaya pembelajaran serta tahap pemikiran pelajar berada di peringkat yang baik. Penggunaan blog ini boleh disesuaikan di sesetengah sekolah sahaja di Negara kita berbanding di Negara Barat.

7.0 Manfaat Daripada Penggunaan Blog Dalam Pendidikan.

Potensi faedah seperti yang dikenal pasti oleh pakar pembelajaran Fernette dan Brock Eide dan dipetik oleh Will Richardson (2006) di Blog, wiki, podcast, dan lain-lain alat web untuk kelas termasuk yang berikut:

i. Boleh menggalakkan pemikiran kritikal dan analitikal. 
Peter Duffy, Pegawai Pembangunan Pendidikan di Hong Kong Polytechnic University, dan Dr Axel Bruns, Media dan Komunikasi, Industri Kreatif fakulti ahli di Queensland University of Technology, mencadangkan bahawa pelajar boleh mendapat manfaat daripada struktur blog dalam beberapa cara. Sebuah blog menyediakan pelajar dengan peluang untuk menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal dan menggunakan bahasa dan penulisan prinsip yang menunjukkan pemikiran analitikal dan kefahaman. Sekiranya pelajar diberi peluang menulis tugasan untuk posting blog, mereka akan mempelajari banyak manfaat seperti komitmen, penjadualan dan perancangan. Dapat dilihat juga bahawa kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam menghantar penulisan secara on-line. Pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan di samping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Melalui blog juga ia mampu menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis. 

Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod atur cara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Dengan ini pelajar akan belajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs. Blog lebih senang diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta reka bentuk yang boleh di ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna. Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan pengguna yang lain. Hal yang demikian kerana menurut Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) dikongsi dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi. Penggunaan blog sebagai medium penghubung membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (NurAzza, 2009). Melalui blog, guru dan pelajar boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.  

ii. Boleh menggalakkan pemikiran kreatif, intuitif dan bersekutuan (pemikiran kreatif dan bersekutuan berhubung dengan blog yang digunakan sebagai alat sumbang saran dan juga sebagai sumber untuk interlinking, mengulas pada idea-idea yang saling berkaitan).
Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung secara online dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk guru dan pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga satu medium yang boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru. Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah. 

Selain itu, manfaat penggunaan blog dalam pendidikan juga dapat dilihat melalui fungsi blog itu sebagai medium untuk melakukan aktiviti forum. Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Apa yang penting adalah guru perlu menggalakkan penyertaan pelajar untuk terlibat dalam forum tersebut.

iii. Boleh menggalakkan pemikiran beranalogi.
Di mana pelajar dapat membuat perbandingan berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti blog, email, video dan banyak lagi.

iv. Potensi untuk akses meningkat dan pendedahan kepada maklumat yang berkualiti. Gabungan interaksi bersendirian dan sosial.
Sebagai pelajar pelbagai kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah boleh digunakan untuk menulis blog, disamping menggunakan blog untuk mencari bahan ilmiah. Misalnya, apabila diberi satu topik untuk ditulis, pelajar adalah berkemungkinan untuk mencari data yang menyokong pandangan mereka. Mereka mungkin mencari kandungan daripada pelbagai sumber dan melalui percubaan dan kesilapan, di samping turut akan mempelajari perbezaan antara sumber-sumber yang tepat atau tidak. Blog adalah alat pendidikan yang berkesan dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus atau sebagai usaha kredit tambahan. Namun demikian, blog perlulah relevan terhadap bahan yang dipelajari di dalam kelas.

v. Pengajaran dan Manfaat Pentadbiran
Duffy dan Bruns mengatakan bahawa faedah blog kepada pelajar adalah dengan menyediakan sokongan tambahan untuk hal ehwal pentadbiran kelas. Sebagai contoh, dalam tambahan kepada surat-menyurat rasmi bertulis antara guru, pelajar dan ibu bapa, blog boleh berkhidmat sebagai lokasi pusat yang mengandungi bahan yang berkaitan dengan kelas, seperti kalendar peristiwa, jadual tugasan dan sukatan pelajaran kursus. Dengan keupayaan untuk menyokong gambar digital dan video, blog juga boleh menjadi tempat perhimpunan untuk pelajar untuk melihat imej dan video aktiviti kelas, atau yang berkaitan dengan matapelajaran. Guru juga boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita. Jelaslah, penggunaan blog pada masa kini banyak membantu dalam meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia.

6.0 Tips Blogging untuk Guru.

Tips untuk guru menggunakan blog di dalam bilik darjah:

Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri ataupun blog peribadi. Malah ada yang memiliki sehingga  5 buah blog. Oleh itu, ramai juga para pendidik yang menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan outlet ini sebagai sebuah alat bantu mengajar di dalam kelas. 

Akan tetapi, kegunaan blog di dalam bilik darjah kini tidak terhad kepada menjadi tempat untuk meninggalkan kerjarumah ataupun mengongsikan pengumuman. Berikut adalah beberapa tips untuk  guru melaksanakan P&P menggunakan blog di dalam bilik darjah:

Kolaborasi:
Salah satu kaedah terbaik untuk mengintegrasikan blog di dalam bilik darjah adalah dengan menggunakannya untuk tujuan melaksanakan perbincangan dan projek kolaboratif.  Murid-murid boleh mengutarakan idea mereka, memberi komen tentang perbincangan, refleksi mereka terhadap tugasan dan pensyarah dan banyak lagi. Blog boleh menjadi tempat kepada para pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk mengongsikan idea  dan boleh juga digunakan oleh guru untuk membimbing perbincangan yang turut melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.

Refleksi:
Murid-murid boleh menggunakan blog sebagai satu ruang untuk mengongsikan refleksi mereka terhadap tugasan yang sukar. Guru perlu memberi suatu persoalan yang membangkitkan keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian.  Dengan menulis respon mereka dan menjawab tugasan tersebut di dalam blog, maka respon mereka itu boleh dilihat oleh rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

Penulisan:
Dengan adanya blog, ia telah menggalakkan pelajar untuk mencari bahan rujukan secara online. Maka dengan itu, penulisan boleh bertingkat daripada akademik kepada berbentuk peribadi seterusnya memajukan kemahiran penulisan dan luahan peribadi.

Kelas Bimbingan:
Murid-murid biasanya memerlukan bantuan lebih untuk memahami konsep. Oleh itu, guru bolehlah mencipta blog dengan pelbagai bahan rujukan tambahan daripada bahan bacaan kepada bahan latihan untuk memberikan murid bantuan yang mereka perlukan. Guru perlu lebih banyak meninggalkan video, bahan bacaan dan bahan audio di dalam blog untuk tujuan rujukan dan membantu pelajar yang memerlukan bimbingan.

Pengurusan bilik darjah:
Blog adalah merupakan satu cara mudah untuk menyelaraskan pengumuman dengan tugasan di bilik darjah. Guru boleh menggunakan blog untuk meninggalkan kerja rumah, maklumbalas dan juga memerikan makluman mengenai keperluan dan aktiviti kelas pada masa akan dating.  Ia juga merupakan satu tempat untuk berkongsikan tentang beberpa anugerah ataupun beberapa gambar yang diperoleh daripada acara-acara tertentu.

Portfolio Dalam Talian:
Murid-murid boleh  menghasilkan suatu portfolio dalam talian yang boleh digunakan untuk mengukur kemajuan di dalam matapelajaran sepanjang semester persekolahan dalam setahun, dan juga boleh digunakan untuk suatu projek jangka panjang yang memerlukan rujukan. Ianya juga sangat berguna untuk membolehkan murid-murid melihat apa yang telah mereka hasilkan dan bagaimana  kemajuan mereka.

Kebaikan blog:
Murid-murid pada hari ini adalah masyarakat digital yang lahir dalam satu dunia di mana komputer dan teknologi lain telah ada dan berada dimana-mana sahaja di dalam persekitaran mereka. Mereka telah membesar dengan  e-mel, sms, dan juga telefon bimbit. They grew up with e-mail, texting, and cell phones sehingga aktiviti mengajar mereka menggunakan teknologi tidak ubah seperti sesuatu yang semulajadi  sejak mereka lahir.
Blog juga telah menggalakkan motivasi pembelajaran.  Dengan menggunakan blog di bilik darjah, murid-murid boleh mengembangkan kreativiti dan interaksi yang kadang-kadang sukar untuk dilihat di dalam bilik darjah. Ianya juga telah memberikan peluang memberikan pendapat dan luahan untuk pelajar-pelajar  yang malu untuk bercakap secara bersemuka. 
Selain itu, blog turut menawarkan satu perantara yang membantu pelajar dengan kemahiran membaca dan menulis.Ia memberikan pelbagai bahan dalam satu forum online dan dalam masa yang sama mereka boleh mendapat beberapa permainan, berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun membaca tentang perkara-perkara yang disukai oleh mereka.

5.0 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Menggunakan Blog Dalam Bilik Darjah.

Penggunaan blog dalam bilik darjah memberi pelbagai manfaat. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru sekiranya ingin menggunakan blog di dalam bilik darjah. Ini adalah untuk memberi input serta mendapat output yang baik dan berguna dalam kalangan pelajar.

Perkara asas yang perlu ada di dalam bilik darjah jika ingin menggunakan blog adalah peralatan. Peralatan ini termasuklah laptop sama ada untuk guru atau pelajar, LCD dan juga internet. Sekiranya sekolah tersebut tidak menyediakan jaringan internet di dalam kelas, guru boleh menggunakan bilik atau makmal komputer atau pusat akses sekolah. Dengan ini barulah blog dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkara kedua yang perlu diambil kira oleh guru semasa menggunakan blog dalam bilik darjah ialah terlebih dahulu mengetahui jenis blog yang akan digunakan. Guru harus memilih jenis blog yang ingin digunakan serta apakah tujuan pemilihan jenis blog tersebut. Misalnya adakah blog tersebut digunakan untuk subjek-subjek tertentu atau untuk projek-projek yang berkaitan dengan pembelajaran. Terdapat 3 jenis tapak blog yang biasa digunakan iaitu http://blogspot.com, http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/. Guru-guru boleh memilih jenis tapak blog yang sesuai dengan pengajaran mereka. Biasanya, guru-guru disarankan untuk menggunakan edublog kerana ianya lebih menjurus kearah pendidikan dan lebih bersifat pelbagai guna.

Selain itu, guru juga hendaklah memastikan kandungan blog tersebut sesuai dengan keperluan atau kehendak satu-satu kursus atau subjek. Misalnya dalam kandungan blog tersebt mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kursus, objektif kursus, sumber-sumber tambahan yang boleh diperlukan bagi melengkapkan lagi maklumat yang ada dalam pembelajaran kursus atau subjek tersebut. Guru-guru juga hendaklah memastikan pelajar membuka laman blog yang telah disediakan supaya pelajar mendapat input yang sama dan memberi perhatian semasa proses pembelajaran di dalam kelas tersebut. 

Guru boleh menyediakan blog secara berasingan antara guru dan pelajar tetapi pastikan saling berhubungan antara satu dengan lain. Blog pengajar atau guru boleh terdiri daripada ‘main blog’ dimana guru boleh memberi komen-komen am berkaitan tentang kemajuan para pelajar dalam pembelajaran mereka. Sementara itu bagi blog pelajar pula, yang mana pelajar boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan lain berkaitan tugasan serta projek yang diberikan oleh guru.

4.0 Langkah-langkah Membina Blog.

Langkah-Langkah Membina Sebuah Blog:


3.0 Platform Blogging Percuma Untuk Guru dan Pelajar.

3.1 Bahagian Pertama.
Senarai platform blog di mana guru boleh mencipta dan tuan hosts Blogs bilik darjah.

i. ePals
ePals sosial rangkaian yang dioptimumkan untuk pembelajaran K-12. Lebih setengah juta  bilik darjah dalam 200 negara dan wilayah telah menyertai Masyarakat Global ePals.
                       http://www.epals.com/


                                                                                                                                          ii. Kidblog                                                                                                                                                             Kidblog mudah, tetapi alat yang berkuasa membenarkan pelajar untuk menerbitkan catatan namun guru hendaklah sentiasa memantau dan melakukan kawalan mengekalkan terhadap blog pelajar.            
            http://kidblog.org/home.php

                       iii.        Edublogs
     Perkhidmatan blogging pendidikan yang popular seluruh dunia. Edublogs mudah untuk   dibina dan mudah diurus oleh pelajar juga guru disamping itu ia cepat untuk mereka bentuk termasuklah video.
            http://edublogs.org/


iv.   Blogger
Merupakan weblog percuma daripada google untuk berkongsi teks, photo dan video. Ia juga merupakan paling banyak digunakan untuk perhubungan dengan dunia luar. Anda boleh menggunakan berepa banyak blog percuma melalui akaun google.


                      v.        Posterous
      Posterous merupakan blogging yang ringkas yang telah mula digunakan sejak May 2008. Posterous bertujuan untuk tidak menimbulkan kekecohan dan tiada tekanan dalam blog. Anda tidak perlu untuk mendaftar (sign up), tidak perlukan sebarang kod, tidak perlu tahu bagaimana hendak membuat sesuatu Cuma perlu menghantar email untuk membina blog posterous anda dan anda boleh berkongsi idea dan juga media.


                                                                                                                                                                                                             
 viWordpress
           Wordpress merupakan sumber blogging terbuka yang terkenal. Sebagai pengguna Wordpress, anda perlu mempunyai pilihan untuk membina blog wordpress di server anda sendiri (percuma) atau membuat WordPress-hosted blog di WordPress.com. 


      vii. TypePad
            Ini satu lagi tapak blogging yang mendapat reputasi melalui rangkaian penggunanya. Ia juga mempunyai ciri anti spam  yang sangat kuat.
            http://www.typepad.com/



viii. Live Journal
LiveJournal, dahulunya didirikan oleh Six Apart dan ditulis dalam PERL, berbeza daripada blog major yang lain kerana ia adalah komuniti unik dan mempunyai ciri rangkaian sosial. ‘Friend list’ disediakan untuk mereka yang mempunyai akaun LiveJournal untuk menghubungkan antara satu sama lain dan ‘friends page displays’ adalah LiveJournal posts yang dihasilkan oleh rakan. 
http://www.livejournal.com/
 ix. Drupal
      Walaupun Drupal adalah mempunyai tujuan kandungan sistem pengurusan yang umum, orang lebih menggunakannya sebagai blog. CMS adalah percuma dan sumber terbuka tetapi anda perlu host blog di website sendiri. Drupal adalah sumber komuniti terbuka yang besar dan ia mempunyai banyak template disediakan daripada penyumbang dan kumpulan pembangunan Drupal.



                 x. 21 Classes
       21 classes menawarkan fungsi blogging yang lengkap untuk guru perseorangan. Ia sama dengan mana-mana perkhidmatan blog lain seperti WordPress atau TypePad, guru boleh menulis blog peribadi dan menulis cerita dan melihat komen yang ada. Menggunakan fungsi bilik darjah, guru boleh membina akaun bagi pelajar untuk mereka baca dan komen penulisan tersebut.
            https://www.21classes.com/



xi. Moodle
Moodle adalah Course Management System (CMS), yang dikenali juga sebagai Learning Management System (LMS) atau a Virtual Learning Environment (VLE). Ia merupakan aplikasi web percuma yang membolehkan tenaga pengajar menggunakannya untuk menghasilkan tapak pembelajaran online yang efektif.

                       xii.        Tumblr
        Tumblr ialah fusion menarik antara full-fledged blog dan Twitter fee dikenali sebagai short-form atau micro blogging, cara blogging dalam Tumblr blog ialah fokus dekat dan post yang biasanya fokus terhadap media seperti gambar dan video berbanding Twitter tetapi formal dan ia sebagai post blog yang biasa. 
            https://www.tumblr.com/

3.2 Bahagian kedua:
Alat percuma untuk guru membina website dan webpage ringkas.
  
                        i.        Wix.
Wix merupakan website yang dibangunkan sendiri oleh anda. Ia merupakan alat online percuma untuk membina dan menghasilkan sendiri website anda. Ia dibangunkan melalui kekuatan, rakan pengguna dan wix memberikan kawalan ke atas reka bentuk web tanpa memerlukan anda tahu mengenai tentang kod dan program.


 ii. Google sites
Google sites adalah percuma dan mudah untuk membina dan berkongsi webpages. Jika anda mempunyai akaun google, terdapat pelbagai template yang ditawarkan yang boleh digunakan dan menghasilkan tapak anda.


                       iii.        Schoolrack
Schoolrack menyediakan perkhidmatan percuma untuk guru k-21 dan fakulti untuk membina website kelas dan berkongsi maklumat secara online dengan pelajar dan ibubapa.


                        iv.        Webs
Web adalah perkhidmtan yang lain dimana anda boleh membina website dengan percuma dan boleh menyimpan apa sahaja daripada teks hinggalah multimedia.

                        v.        Yola
Yola adalah perkhidmatan terbaik yang menyediakan website percuma. Anda akan dapat host website dengan mudah dan boleh memilih template yang telah disediakan.

                        vi.        Whatfolio
Whatfolio adalah perkhidmatan online percuma yang mempamerkan hasil kerja digital anda. Whatfolio pada dasarnya, homepage yang memperlihatkan hasil dan apa yang telah anda buat.

                        vii.        Weebly for education
Weebly for education termasuklah semua pembangunan website dan alat carian blogging dalam cirri tambahan weebly terutama untuk pendidikan.

      viii.        Webnote
Webnote alat yang pantas dan mudah untuk dibina dalam website. Ringkas, online dan percuma. Ia turut menyediakan berates-ratus template percuma  digunakan untuk tetapan website anda.


      x.        Check This
Check this adalah perkhidmatan yang pantas untuk dibangunkan dan menyiarkan webpage. Ia adalah antara yang paling ringkas.
      xi.        PageoRama
pageoRama juga ringkas dan percuma untuk membina webpage. Cuma pilih nama pada page anda, letakkan tajuk dan taip pada kandungan.

2.0 Perbezaan Blog dan Website


2.0 Perbezaan Blog dan Website
Perbezaan pertama antara blog dan website adalah dari sudut capaiannya (akses). Website 1.0 hanya satu laman yang statik atau hanya berfungsi untuk memaparkan maklumat. Maklumat yang dipaparkan hanya boleh dibaca sahaja. Berbeza pula dengan web 2.0 atau blog, yang mana maklumatnya boleh dibaca dan juga ditulis. Pembaca atau pengikut (followers) blog boleh memberikan komen terhadap artikel-artikel yang dimuatnaik oleh blogger ke dalam blog.
 Perbezaan yang kedua pula adalah dari sudut paparan maklumat. Bagi website, maklumat yang dipaparkan adalah agak jarang dikemaskini. Walaupun dikemaskini, namun ianya agak sukar bagi mereka yang kurang mahir dalam komputer dan juga pembinaan laman web. Bagi blog pula, ianya cukup mudah untuk dikemaskini dan sentiasa memaparkan hasil tulisan atau penulisan terbaru dalam lamannya. Artikel-artikel yang baru ditulis (published) akan dipaparkan di bahagian atas manakala artikel yang lama akan berada di bahagian bawah (reverse chronological order).

Perbezaan yang seterusnya adalah berkaitan dengan penglibatan pengguna dalam web ini. Bagi laman web 1.0 ianya kurang interaktif dan hanya melibatkan ‘client-server’. Interaksi atau liputannya agak terhad kerana maklumat boleh dibaca sahaja berbanding dengan blog. Blog adalah melibatkan rangkaian atau jaringan ‘peer to peer’ yang mana terdiri dari beribu pengguna berbanding laman web. Laman web 1.0 lebih dikenali sebagai laman web sahaja yang mana menunjukkan bahawa tidak melibatkan banyak rangkaian pengguna kerana sifat yang statik. Manakala laman web 2.0 yang berupa blog pula adalah laman web sosial yang melibatkan ramai pengguna. Ini kerana ianya merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get).
Selain daripada itu, web 1.0 yang hanya berfungsi untuk memaparkan maklumat lebih digunakan dalam bidang bisnes, berita serta iklan. Biasanya maklumat yang terpapar adalah berupa katalog, iklan-iklan serta berita yang terdapat dalam surat khabar dan majalah. Manakala bagi web 2.0 iaitu blog pula boleh dipelbagaikan fungsinya iaitu podcasting, photoblog dan vlog. Podcasting merupakan audio blog yang mana apabila pelawat membuka blog tersebut, mereka boleh mendengar serta memuat turun audio yang terdapat dalam blog tersebut. Photoblog pula lebih keada photograph yang mana menyediakan blog yang dipenuhi oleh gambar, imej yang dipaparkan beserta dengan teks. Manakala bagi vlog pula adalah yang berupa video blog. Apabila satu-satu artikel atau teks diterbitkan dalam blog, ianya akan diikuti oleh video klip dan pengguna boleh berbincang mengenai video tersebut. Ianya terpulang kepada blogger untuk memilih sama ada menghasilkan blog berupa bisnes, blog peribadi dan juga ‘content blog’.


Selain itu perbezaan yang lain adalah dari segi kandungan bahasa program. Bagi web 1.0 ianya tampil dengan bahasa program HTML. Bagi web 2.0 iaitu seperti blog ianya tampil dengan bahasa program  XML. Manakala pengelolaan kandungan bagi web 1.0 adalah secara taksonomi atau direktori dan web 2.0 adalah secara folksonomi atau tag. Berikut adalah perbezaan secara ringkas antara web 1.0 dan juga web 2.0.



Ringkasnya, perbezaan antara web 1.0 dan 2.0 adalah amat ketara. Blog merupakan salah satu daripada web 2.0. Walau bagaimanapun. Web 2.0 adalah hasil transformasi dari web 1.0. Kekurangan ciri-ciri yang ada pada web 1.0 mencetuskan pelbagai aplikasi dalam web 2.0.