Pages

Sunday, 25 November 2012

8.0 Cara-cara Guru Boleh Mengaplikasikan Blog di Dalam Bilik Darjah.

Pemilihan menggunakan blog seperti edublog menyediakan banyak aplikasi. Aplikasi-aplikasi ini boleh dikongsi sama ada dalam kalangan guru, pelajar atau komuniti.

Cara pertama untuk guru yang ingin mengaplikasikan blog dalam bilik darjah ialah berkongsi bahan, berita, maklumat serta artikel pada blog. Bahan-bahan yang baru dimuatnaik ke dalam blog akan terpapar pada masa itu dan ini akan memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat tersebut. Guru boleh menukarkan blog tersebut secara peribadi dan hanya boleh dikomen oleh pelajar-pelajar sahaja.

Selain daripada itu, cara yang lain adalah membina blog yang memudahkan perbincangan dalam talian berlaku. Misalnya guru boleh mengadakan ruangan untuk ber’chatting’ sesama pelajar serta guru. Walaupun begitu, pastikan perbincangan tersebut hendaklah menjurus kepada isu-isu semasa atau yang berkaitan dengan pembelajaran. Perbincangan yang diadakan lebih kepada yang berbentuk forum yang mana guru akan menyediakan soalan dan pelajar boleh memberi pendapat serta idea masing-masing mengenai forum tersebut. Guru juga hendaklah menyediakan ruangan untuk pelajar memberi idea atau komen masing-masing berkaitan gaya pembelajaran pada hari itu serta boleh juga mengutarakan cadangan-cadangan baru untuk pembelajaran yang akan datang.

Cara yang seterusnya adalah guru boleh mempelawa ibu bapa sebagai pengikut (followers) dalam blog mereka. Ini kerana mereka boleh berbincang mengenai masalah pembelajaran anak mereka. Ibu bapa boleh menghantar komen-komen yang melibatkan masalah pembelajaran atau disiplin mengenai anak mereka kepada guru yang berkenaan. Guru juga boleh berkongsi dengan ibu bapa tentang apa sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Dengan ini ibu bapa akan dapat mengetahui pembelajaran serta aktiviti yang disertai oleh anak mereka.

Cara yang seterusnya adalah dengan menggabungkan blog-blog pelajar yang lain dalam ruangan blog guru. Guru boleh ‘link’kan alamat web blog-blog pelajar nya supaya pelajar lain boleh melihat blog rakan-rakan mereka yang lain. Mereka boleh bertukar-tukar maklumat di samping berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka.

Seterusnya adalah guru juga boleh berkongsi tentang rancangan pengajaran hariannya di dalam blog. Ini juga membolehkan pelajar mengetahui topik apa yang akan dipelajari dan mereka boleh membuat persediaan sebelum pembelajaran dimulakan. Dengan ini kebarangkalian untuk hasil pembelajaran menjadi lebih memberangsangkan adalah lebih tinggi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik jika pelajar lebih aktif di dalam kelas.

Cara yang seterusnya adalah guru boleh membuat blog untuk menubuhkan satu kelab, kumpulan pelajar, acara atau pasukan sukan. Ini adalah untuk menarik minat para pelajar supaya dapat menggunakan perisian blog dengan lebih interaktif. Pelajar boleh berkongsi minat serta berbual mengenai hobi mereka dalam blog sebegini. Kemungkinan juga pelajar boleh merangka satu acara dalam perkongsian mereka dalam blog ini iaitu seperti mengadakan pertandingan dalam sukan dan permainan. Pelajar juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang membina untuk kelab. Sebagai contoh bagai Kelab Sains, mereka boleh membuat buku skrap. Ini secara tidak langsung mewujudkan pembelajaran di luar bilik darjah yang mana turut memberi manfaat kepada para pelajar.

Cara yang seterusnya adalah mendapatkan maklum balas atau mengumpul maklmuat dari blog guru atau blog pelajar. Guru boleh menggunakan komen serta idea-idea dalam forum yang telah dikemukakan oleh pelajar untuk mengumpul data maklum balas kaji selidik. Daripada komen-komen ini juga guru boleh menilai kelemahan serta membuat perancangan-perancangan yang lebih baik serta mengadakan aktiviti yang lebih menarik di masa akan datang.

Penggunaan blog dalam bilik darjah amat relevan jika kemudahan, gaya pembelajaran serta tahap pemikiran pelajar berada di peringkat yang baik. Penggunaan blog ini boleh disesuaikan di sesetengah sekolah sahaja di Negara kita berbanding di Negara Barat.

7.0 Manfaat Daripada Penggunaan Blog Dalam Pendidikan.

Potensi faedah seperti yang dikenal pasti oleh pakar pembelajaran Fernette dan Brock Eide dan dipetik oleh Will Richardson (2006) di Blog, wiki, podcast, dan lain-lain alat web untuk kelas termasuk yang berikut:

i. Boleh menggalakkan pemikiran kritikal dan analitikal. 
Peter Duffy, Pegawai Pembangunan Pendidikan di Hong Kong Polytechnic University, dan Dr Axel Bruns, Media dan Komunikasi, Industri Kreatif fakulti ahli di Queensland University of Technology, mencadangkan bahawa pelajar boleh mendapat manfaat daripada struktur blog dalam beberapa cara. Sebuah blog menyediakan pelajar dengan peluang untuk menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal dan menggunakan bahasa dan penulisan prinsip yang menunjukkan pemikiran analitikal dan kefahaman. Sekiranya pelajar diberi peluang menulis tugasan untuk posting blog, mereka akan mempelajari banyak manfaat seperti komitmen, penjadualan dan perancangan. Dapat dilihat juga bahawa kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam menghantar penulisan secara on-line. Pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan di samping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Melalui blog juga ia mampu menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis. 

Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod atur cara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Dengan ini pelajar akan belajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs. Blog lebih senang diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta reka bentuk yang boleh di ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna. Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan pengguna yang lain. Hal yang demikian kerana menurut Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) dikongsi dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi. Penggunaan blog sebagai medium penghubung membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (NurAzza, 2009). Melalui blog, guru dan pelajar boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.  

ii. Boleh menggalakkan pemikiran kreatif, intuitif dan bersekutuan (pemikiran kreatif dan bersekutuan berhubung dengan blog yang digunakan sebagai alat sumbang saran dan juga sebagai sumber untuk interlinking, mengulas pada idea-idea yang saling berkaitan).
Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung secara online dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk guru dan pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga satu medium yang boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru. Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah. 

Selain itu, manfaat penggunaan blog dalam pendidikan juga dapat dilihat melalui fungsi blog itu sebagai medium untuk melakukan aktiviti forum. Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Apa yang penting adalah guru perlu menggalakkan penyertaan pelajar untuk terlibat dalam forum tersebut.

iii. Boleh menggalakkan pemikiran beranalogi.
Di mana pelajar dapat membuat perbandingan berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti blog, email, video dan banyak lagi.

iv. Potensi untuk akses meningkat dan pendedahan kepada maklumat yang berkualiti. Gabungan interaksi bersendirian dan sosial.
Sebagai pelajar pelbagai kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah boleh digunakan untuk menulis blog, disamping menggunakan blog untuk mencari bahan ilmiah. Misalnya, apabila diberi satu topik untuk ditulis, pelajar adalah berkemungkinan untuk mencari data yang menyokong pandangan mereka. Mereka mungkin mencari kandungan daripada pelbagai sumber dan melalui percubaan dan kesilapan, di samping turut akan mempelajari perbezaan antara sumber-sumber yang tepat atau tidak. Blog adalah alat pendidikan yang berkesan dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus atau sebagai usaha kredit tambahan. Namun demikian, blog perlulah relevan terhadap bahan yang dipelajari di dalam kelas.

v. Pengajaran dan Manfaat Pentadbiran
Duffy dan Bruns mengatakan bahawa faedah blog kepada pelajar adalah dengan menyediakan sokongan tambahan untuk hal ehwal pentadbiran kelas. Sebagai contoh, dalam tambahan kepada surat-menyurat rasmi bertulis antara guru, pelajar dan ibu bapa, blog boleh berkhidmat sebagai lokasi pusat yang mengandungi bahan yang berkaitan dengan kelas, seperti kalendar peristiwa, jadual tugasan dan sukatan pelajaran kursus. Dengan keupayaan untuk menyokong gambar digital dan video, blog juga boleh menjadi tempat perhimpunan untuk pelajar untuk melihat imej dan video aktiviti kelas, atau yang berkaitan dengan matapelajaran. Guru juga boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita. Jelaslah, penggunaan blog pada masa kini banyak membantu dalam meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia.

6.0 Tips Blogging untuk Guru.

Tips untuk guru menggunakan blog di dalam bilik darjah:

Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai blog sendiri ataupun blog peribadi. Malah ada yang memiliki sehingga  5 buah blog. Oleh itu, ramai juga para pendidik yang menggunakan kesempatan ini untuk menggunakan outlet ini sebagai sebuah alat bantu mengajar di dalam kelas. 

Akan tetapi, kegunaan blog di dalam bilik darjah kini tidak terhad kepada menjadi tempat untuk meninggalkan kerjarumah ataupun mengongsikan pengumuman. Berikut adalah beberapa tips untuk  guru melaksanakan P&P menggunakan blog di dalam bilik darjah:

Kolaborasi:
Salah satu kaedah terbaik untuk mengintegrasikan blog di dalam bilik darjah adalah dengan menggunakannya untuk tujuan melaksanakan perbincangan dan projek kolaboratif.  Murid-murid boleh mengutarakan idea mereka, memberi komen tentang perbincangan, refleksi mereka terhadap tugasan dan pensyarah dan banyak lagi. Blog boleh menjadi tempat kepada para pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk mengongsikan idea  dan boleh juga digunakan oleh guru untuk membimbing perbincangan yang turut melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.

Refleksi:
Murid-murid boleh menggunakan blog sebagai satu ruang untuk mengongsikan refleksi mereka terhadap tugasan yang sukar. Guru perlu memberi suatu persoalan yang membangkitkan keinginan pelajar untuk mencari penyelesaian.  Dengan menulis respon mereka dan menjawab tugasan tersebut di dalam blog, maka respon mereka itu boleh dilihat oleh rakan-rakan sekelas mereka yang lain.

Penulisan:
Dengan adanya blog, ia telah menggalakkan pelajar untuk mencari bahan rujukan secara online. Maka dengan itu, penulisan boleh bertingkat daripada akademik kepada berbentuk peribadi seterusnya memajukan kemahiran penulisan dan luahan peribadi.

Kelas Bimbingan:
Murid-murid biasanya memerlukan bantuan lebih untuk memahami konsep. Oleh itu, guru bolehlah mencipta blog dengan pelbagai bahan rujukan tambahan daripada bahan bacaan kepada bahan latihan untuk memberikan murid bantuan yang mereka perlukan. Guru perlu lebih banyak meninggalkan video, bahan bacaan dan bahan audio di dalam blog untuk tujuan rujukan dan membantu pelajar yang memerlukan bimbingan.

Pengurusan bilik darjah:
Blog adalah merupakan satu cara mudah untuk menyelaraskan pengumuman dengan tugasan di bilik darjah. Guru boleh menggunakan blog untuk meninggalkan kerja rumah, maklumbalas dan juga memerikan makluman mengenai keperluan dan aktiviti kelas pada masa akan dating.  Ia juga merupakan satu tempat untuk berkongsikan tentang beberpa anugerah ataupun beberapa gambar yang diperoleh daripada acara-acara tertentu.

Portfolio Dalam Talian:
Murid-murid boleh  menghasilkan suatu portfolio dalam talian yang boleh digunakan untuk mengukur kemajuan di dalam matapelajaran sepanjang semester persekolahan dalam setahun, dan juga boleh digunakan untuk suatu projek jangka panjang yang memerlukan rujukan. Ianya juga sangat berguna untuk membolehkan murid-murid melihat apa yang telah mereka hasilkan dan bagaimana  kemajuan mereka.

Kebaikan blog:
Murid-murid pada hari ini adalah masyarakat digital yang lahir dalam satu dunia di mana komputer dan teknologi lain telah ada dan berada dimana-mana sahaja di dalam persekitaran mereka. Mereka telah membesar dengan  e-mel, sms, dan juga telefon bimbit. They grew up with e-mail, texting, and cell phones sehingga aktiviti mengajar mereka menggunakan teknologi tidak ubah seperti sesuatu yang semulajadi  sejak mereka lahir.
Blog juga telah menggalakkan motivasi pembelajaran.  Dengan menggunakan blog di bilik darjah, murid-murid boleh mengembangkan kreativiti dan interaksi yang kadang-kadang sukar untuk dilihat di dalam bilik darjah. Ianya juga telah memberikan peluang memberikan pendapat dan luahan untuk pelajar-pelajar  yang malu untuk bercakap secara bersemuka. 
Selain itu, blog turut menawarkan satu perantara yang membantu pelajar dengan kemahiran membaca dan menulis.Ia memberikan pelbagai bahan dalam satu forum online dan dalam masa yang sama mereka boleh mendapat beberapa permainan, berinteraksi dengan rakan-rakan mahupun membaca tentang perkara-perkara yang disukai oleh mereka.

5.0 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Menggunakan Blog Dalam Bilik Darjah.

Penggunaan blog dalam bilik darjah memberi pelbagai manfaat. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru sekiranya ingin menggunakan blog di dalam bilik darjah. Ini adalah untuk memberi input serta mendapat output yang baik dan berguna dalam kalangan pelajar.

Perkara asas yang perlu ada di dalam bilik darjah jika ingin menggunakan blog adalah peralatan. Peralatan ini termasuklah laptop sama ada untuk guru atau pelajar, LCD dan juga internet. Sekiranya sekolah tersebut tidak menyediakan jaringan internet di dalam kelas, guru boleh menggunakan bilik atau makmal komputer atau pusat akses sekolah. Dengan ini barulah blog dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkara kedua yang perlu diambil kira oleh guru semasa menggunakan blog dalam bilik darjah ialah terlebih dahulu mengetahui jenis blog yang akan digunakan. Guru harus memilih jenis blog yang ingin digunakan serta apakah tujuan pemilihan jenis blog tersebut. Misalnya adakah blog tersebut digunakan untuk subjek-subjek tertentu atau untuk projek-projek yang berkaitan dengan pembelajaran. Terdapat 3 jenis tapak blog yang biasa digunakan iaitu http://blogspot.com, http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/. Guru-guru boleh memilih jenis tapak blog yang sesuai dengan pengajaran mereka. Biasanya, guru-guru disarankan untuk menggunakan edublog kerana ianya lebih menjurus kearah pendidikan dan lebih bersifat pelbagai guna.

Selain itu, guru juga hendaklah memastikan kandungan blog tersebut sesuai dengan keperluan atau kehendak satu-satu kursus atau subjek. Misalnya dalam kandungan blog tersebt mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kursus, objektif kursus, sumber-sumber tambahan yang boleh diperlukan bagi melengkapkan lagi maklumat yang ada dalam pembelajaran kursus atau subjek tersebut. Guru-guru juga hendaklah memastikan pelajar membuka laman blog yang telah disediakan supaya pelajar mendapat input yang sama dan memberi perhatian semasa proses pembelajaran di dalam kelas tersebut. 

Guru boleh menyediakan blog secara berasingan antara guru dan pelajar tetapi pastikan saling berhubungan antara satu dengan lain. Blog pengajar atau guru boleh terdiri daripada ‘main blog’ dimana guru boleh memberi komen-komen am berkaitan tentang kemajuan para pelajar dalam pembelajaran mereka. Sementara itu bagi blog pelajar pula, yang mana pelajar boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan lain berkaitan tugasan serta projek yang diberikan oleh guru.