WEB 2.0
Seiring perkembangan
ilmu dan teknologi,
media yang sering
digunakan dalam proses
pembelajaran ialah media pembelajaran melalui internet. Pembelajaran
melalui internet telah
mula mengorak satu
langkah baru di
mana satu kaedah pembelajaran melalui
kemudahan aplikasi Web
2.0 mula diperkenalkan. Aplikasi Web 2.0 kini menjadi
alat pengajaran yang sering digunakan di
peringkat pengajian tinggi
Aplikasi web
2.0 bukanlah merupakan
perkara baru dalam
dunia internet. Jika sebelum
ini masyarakat hanya
menggunakan web untuk
mencari maklumat semata-mata,
tetapi dengan kewujudan
web 2.0 ,
komunikasi dapat dijalankan
secara dua hala selain
menjadikan komunikasi begitu
berkesan, pantas dan
mudah. Masyarakat bukan sahaja
dapat melayari web
malah dapat mempamerkan,
memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan
masa, ruang dan lokasi.
Penggunaan
aplikasi Web 2.0 seperti rangkaian sosial semakin popular bukan sahaja di
kalangan generasi muda malahan di kalangan korporat. Penggunaannya semakin
mendapat sambutan di seluruh dunia. Facebook, Friendster, MySpace, Blog dan
Twitter merupakan laman web rangkaian sosial yang aktif di Malaysia. Tidak
dinafikan setiap laman web tersebut mempunyai keistimewaannya tersediri dan
saling bersaing antara satu sama lain dalam menambat hati pengguna internet.
SEJARAH WEB 2.0
Web
2.0 dicipta oleh Dale Dougherty pada tahun 2004. Beliau merupakan naib presiden
di sebuah syarikat pengkomputeran iaitu O’Reilly Media Inc. Menurut beliau, web
2.0 merupakan sebuah jaringan yang merangkumi pelbagai makna termasuk pengguna
boleh menghasilkan kandungan dan berkongsi data serta maklumat yang 23 pelbagai
dengan sesiapa sahaja. Selain itu, ia juga digunakan bersama-sama dengan
pelbagai jenis perisian sosial, berinteraksi dengan aplikasi berasaskan web dan
menggunakan web sebagai satu platform untuk menjana, menggunakan semula
kandungan dan sebagainya.
DEFINISI WEB 2.0
Menurut
Tim Berners Lee iaitu seorang pencipta web, web 2.0 merupakan pengganti atau
satu inovasi kepada web 1.0 (lebih kepada penambahbaikan kepada web 1.0). Hal
ini adalah kerana ia merupakan satu jaringan piawaian yang dihasilkan daripada
web 1.0. Perbezaan antara web 1.0 dan web 2.0 adalah dari segi kepenggunaan,
fungsi dan pemilikan pengguna. Hal ini bermaksud web 2.0 merupakan satu ruang
yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana pengguna boleh menyesuaikan
kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang terdapat dalam web 2.0. Hal
ini secara langsung menjadikan pengguna bukan sahaja sebagai pengunjung malah
turut menjadi pemilik kepada web 2.0 tersebut.
Umumnya
web 2.0 mempunyai beberapa ciri termasuk penyertaan pengguna, keterbukaan,
kawalan pengguna dan identiti. Lazimnya semua aspek web 2.0 adalah didorong
oleh penyertaan pengguna. Hal ini adalah ekoran daripada peralihan atau
transisi yang terdapat dalam web 2.0 itu sendiri. Di antaranya ialah blog,
jaringan sosial, imej yang percuma dan memuat naik video. Perkara-perkara ini
akan membenarkan kandungan dicipta dengan mudah dan dapat berkongsi dengan
sesiapa sahaja. Manakala bagi aspek keterbukaan pula, web 2.0 tidak mempunyai
sistem yang tertutup di mana menghadkan lingkungan pengguna kepada bahagian-bahagian
tertentu sahaja. Pihak pemaju atau pihak syarikat juga boleh menggunakan web
2.0 untuk mengakses maklumat dan mencapai aplikasi secara telus. Selaras dengan
sifat web 2.0 yang mesra pengguna, ia membolehkan pengguna mengawal semua
kandungan yang mereka bina termasuk memilih identiti untuk berinteraksi di
ruang maya dan rangkaian sosial yang lain. Namun begitu, pengguna juga dapat
memiliki dan mengesahkan identiti sebenar mereka dalam transaksi. Ini adalah
bergantung kepada pengguna itu sendiri samada ingin memuatkan sesuatu yang
benar atau salah, baik atau buruk, kerana segalanya bergantung kepada pengguna
itu sendiri
CIRI-CIRI WEB 2.0
1. Web sebagai platform. .
F Platform di
sini membawa maksud
tempat sesuatu aplikasi
dijalankan. Contoh platform yang
terkenal adalah Windows,
di mana ada
aplikasi-aplikasi seperti Microsoft
Office dan Adobe
Photoshop. Menggunakan internet
sebagai platform bererti aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan lansung di atas
internet dan bukan
di atas satu
sistem operasi tertentu.
Contohnya adalah Google, yang mana boleh diakses melalui mana-mana
sistem operasi. Kelebihannya ialah aplikasi-aplikasi web 2.0 ini
tidak lagi terbatas penggunaannya kepada
satu sistem operasi
sahaja. Malah kita
tidak perlu untuk memasukkan
apa-apa sistem untuk menggunakannya.
2.
Gabungan maklumat dan pengetahuan.
F Aplikasi
web 2.0 memanfaatkan kepandaian dan maklumat dari banyak pihak secara kolektif.
Hasilnya ialah satu
medan pengetahuan yang sangat
besar hasil daripada gabungan pengetahuan pelbagai pihak. Contoh yang
dapat kita lihat adalah Wikipedia.
Wikipedia adalah ensiklopedia
atas talian (online) yang
membolehkan semua orang
untuk membuat dan
mengedit artikel yang dipaparkan. Hasilnya
adalah sebuah ensiklopedia
atas talian besar
yang sangat lengkap artikelnya.
Contoh yang lain
adalah del.icio.us, di
mana semua orang akan
memaparkan link-link menarik
yang mereka temui
di internet. Melaluinya kita
dapat melihat pelbagai
bahan yang menarik
hasil gabungan ribuan orang.
Jaringan pengetahuan ini
ibarat sel-sel otak
yang saling terkait antara satu sama lain di dalam otak kita.
3. Kekuatan data.
F Kekuatan
web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet disokong oleh asas data yang kuat dan unik. Contohnya
seperti aplikasi carian web Google,
yang mana kekuatannya
terletak pada pengumpulan
dan pengurusan data
bagi laman-laman web
di internet. Amazon.com
juga adalah salah
satu contoh yang boleh kita
lihat. Laman web ini memiliki data buku yang bukan hanya
lengkap, tetapi juga
lengkap dengan aplikasi
seperti review, kadar pengguna, link ke buku-buku lain dan
sebagainya.
4. Kitaran kemaskini perisian.
F Tidak
seperti aplikasi Windows yang dikemaskini atau dinaik taraf setiap dua
atau tiga tahun
sekali misalnya Microsoft
Office versi 97,2000,
XP, dan seterusnya, aplikasi
web 2.0 seringkali
dikemaskini. Contohnya Google, seringkali dikemaskini
data dan programnya
tanpa perlu menunggu
waktu-waktu yang tertentu.
5.
Model aturcara yang mudah.
F Aplikasi web
2.0 menggunakan teknik-teknik
model aturcara yang
mudah seperti AJAX dan RSS. Ini membolehkan orang lain untuk mengguna semula
layanan suatu aplikasi
web 2.0 membentuk
layanan baru. Contohnya
adalah Google Maps, yang mana dengan mudahnya dapat digunakan oleh orang
lain untuk membentuk layanan baru. Hasilnya adalah seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan
Google Maps dengan
Craigslist. Layanan seperti ini
yang menggabungkan layanan
dari aplikasi-aplikasi lain
dikenali dengan istilah mashup.
6.
Integrasi perisian melalui pelbagai alat (Devices).
F Aplikasi web
2.0 mampu berintegrasi
melalui pelbagai alat.
Ianya bukan hanya
terbatas kepada platform
komputer sahaja. Contohnya
adalah iTunes dan TiVo.
iTunes dari Apple
dapat berintegrasi dari
server Internet (dalambentuk
muzik online), ke
komputer pengguna (dalam
bentuk program iTunes), hinggalah
ke mobile device (dalam bentuk iPod).
7.
Rich user experiences.
F Aplikasi web
2.0 mempunyai antara
muka pengguna yang
hebat walaupun hanya beroperasi
di dalam browser.
Teknologi seperti AJAX
membolehkan aplikasi seperti Internet mempunyai waktu gerak balas
(response) yang cepat. Contohnya seperti Yahoo Mail dan Gmail, aplikasi email
ini memiliki antara muka pengguna yang
hebat. Dengan menambah
pelbagai aplikasi di
dalam email seperti IM (Intstant Messaging),
pengguna dapat berinteraksi melaluinya.
PERBEZAAN WEB 2.0, WEB 3.0 DAN WEB 4.0
JENIS
WEB
|
KETERANGAN
|
WEB
2.0
|
F web
2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan fleksibel di mana
pengguna boleh menyesuaikan kehendak dan idea mereka seiring dengan fungsi yang
terdapat dalam web 2.0. Hal ini secara langsung menjadikan pengguna bukan
sahaja sebagai pengunjung malah turut menjadi pemilik kepada web 2.0
tersebut.
F Web
2.0 adalah penyelesaian untuk
mempercepatkan beberapa kawasan-kawasan seperti, rangkaian sosial (Twitter,
TinyPic, Picassa, laman perkongsian video seperti (youTube, 3gpvideos, dan
sebagainya), Wikipedia, Blogger, Wordpress dan blog
|
WEB 3.0
|
F Web ini dikenali sebagai sebuah laman web Semantik
F Laman
web ini berfungsi sebagai Mengatur,
susunan dan penstrukturan data yang dicari di internet untuk membuat
ia diperolehi dan praktikal oleh program-program dan perisian. Tujuannya
adalah untuk membuat web boleh dibaca oleh mesin terlalu dan bukan
sahaja ia boleh dibaca sahaja oleh
manusia.
F SVG
(Grafik Vektor Diskala) adalah antara web 2.0 dan web 3,0. Kebanyakan laman
web yang sudah mula menggunakan teknologi ini untuk mempamerkan kandungan
riang. Seperti Animasi Flash yang
telah digunakan daripada
teknologi ini untuk melancarkan kandungan yang lebih tinggi animasi
tanpa berat "fail filem"
yang biasa.
F kelajuan laman web 3.0 adalah bergantung
pada kualiti laman web .
|
WEB
4.0
|
F web
4.0 merupakan sebuah laman web “simbiotik" .Web simbiotik, adalah
metadata yg telah diatur sebelumnya ia
lakukan di web 3.0, yang boleh berinteraksi dalam Symbiosis
|
APLIKASI WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN.
Kemunculan aplikasi
web 2.0 seperti
blog, wikis, facebook
dan Youtube telah membawa
perubahan terhadap konsep
dan kriteria e-pembelajaran Web
1.0. E-pembelajaran pada
peringkat awal lebih
tertumpu kepada strategi
penyebaran maklumat. Sistem
P&P yang menggunakan aplikasi Web 2.0 pula memberi penumpuan kepada aspek
renungan dan kolaborasi
antara pelajar melalui
penggunaan teknologi
komunikasi. P&P dengan
menggunakan aplikasi Web
2.0 ini menekankan
aspek konstruksi pengetahuan melalui kolaborasi antara pelajar di dalam
suasana terbuka, tidak berstruktur dan bersifat sosial (social networking). Selain itu,
P&P dengan menggunakan
aplikasi Web 2.0
turut menyenaraikan ciri-ciri
yang bersifat digital, mobil,
berkait atau connected,
peribadi (personal), ciptaan
dan terbuka. Menurut
Ehlers (2009), sistem
P&P yang melibatkan
aplikasi Web 2.0 boleh dikaitkan dengan ciri-ciri yang
berikut:
F Pembelajaran bersifat
ubiquitous iaitu pembelajaran
boleh berlaku di mana-mana.
F Pembelajaran sepanjang
hayat: Pembelajaran tidak
terikat kepada mana-mana
institusi Pembelajaran berlaku dalam
komuniti pembelajaran.
Pelajar melibatkan diri
dalam komuniti pembelajaran
yang terbuka dan komuniti pembelajaran yang terhad
F Pembelajaran bersifat
formal dan tidak
formal, boleh berlaku
di rumah, tempat kerja atau pada
masa lapang.
F Pembelajaran tidak
lagi bergantung sepenuhnya
kepada pengajar atau institusi pengajian.
Berdasarkan
pada ciri-ciri tersebut bolehlah dirumuskan
bahawa e-pembelajaran konvensional
lebih bersifat kepada
penyebaran maklumat, manakala
e-pembelajaran menggunakan aplikasi
Web 2.0 memberikan
penekanan kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian
dalam persekitaran sosial.
Disamping
itu juga, ciri-ciri e-pembelajaran berubah
selaras dengan kemajuan
dan pembangunan teknologi pendidikan.
E-pembelajaran pada peringkat
awal lebih tertumpu
kepada strategi penyebaran maklumat misalnya, LMS (Learning
Management System) digunakan
oleh IPT sebagai pelantar (platform) untuk menyampaikan bahan
pembelajaran secara talian. Kebanyakan
bahan pembelajaran adalah
di dalam bentuk
teks atau persembahan
dan lebih bersifat informasi
dan individualistik. Walaupun
strategi pembelajaran lebih berpusatkan pelajar,
kolaborasi aktif antara
pelajar dengan pelajar
yang lain masih
di tahap minimum. Kolaborasi aktif
hanya berlaku di
dalam chat groups
atau bulletin board
antara pelajar apabila mereka
menghadapi masalah dalam
menyelesaikan tugasan. kebanyakan institusi pengajian tinggi yang
mengamalkan e-pembelajaran belum lagi
mencapai tahap yang
tertinggi iaitu menggunakan
sapenuhnya teknologi web
2.0. IPT masih lagi
menggunakan modul instruksional
kendiri yang diakses
dalam laman web atau LMS, dan
mencari maklumat dalam Google. Sebagai
contoh, SmartUMS mempunyai beberapa alat Web 2.0 yang digunakan oleh pensyarah
dan pelajar UMS dalam (P&P) seperti forum, Wiki dan chat. Antara alat-alat
ini, forum ialah alat yang paling kerap diguna untuk membincang tajuk-tajuk
akademik seperti tugasan dan sebagainya.Tujuan utama penggunaan forum oleh
pensyarah UMS ialah keinginan untuk mengetahui idea dan pendapat pelajar
terhadap pemahaman sesuatu topik yang diajar. Forum dalam SmartUMS mempunyai
siri perbincangan yang dikenali sebagai“ threads ” yang bermula sebagai
pertanyaan dan diikuti oleh jawapan dan jawapan kepada yang lain. Perbincangan
sebegini boleh menampung maklum balas yang tidak terhingga dan oleh itu
sebenarnya forum mencetuskan perbincangan antara ramai pengguna dan bukan
setakat seorang atau dua sahaja.Selain daripada menggunakan forum untuk
perbincangan idea, pendapat dan komen pelajar, pensyarah UMS juga menggunakan
blog dalam P&P.
Begitu
juga dengan Chat adalah adalah merupakan
platform yang efektif sebab fungsinya hampir dapat menggantikan kuliah
pensyarah memandangkan ia membenarkanpelajar bertanya soalan dan pensyarah
dapat menjawab dengan serta merta.Selain menggunakan SmartUMS dalam P&P,
pensyarah UMS juga menggunakanalat-alat Web 2.0 lain dalam web. Salah satunya
ialah rangkaian sosial menggunakan Facebook. Facebook digunakan untuk menjalin
hubungan yang lebih baik denganpara pelajar UMS dari segi mengkaji cara hidup
mereka serta mengetahui tahap pembelajaran mereka di UMS. Melalui Facebook,
pensyarah dan pelajar UMS banyak berkongsi pendapat dalam bentuk emel dan instant
messaging.
Penggunaan
blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau individu
semakin popular. Blog
merupakan salah satu
platform terbaik untuk digunakan dalam
pendidikan kerana blog
merupakan saluran info
yang mudah diselenggara, malah
boleh didapati dengan
percuma. Guru dan pensyarah
tidak perlu menguasai kemahiran
pengaturcaraan (programming) untuk
menghasilkan laman blog mereka
sendiri. Blog menyediakan
peluang kepada para
blogger untuk mengumpulkan kumpulan komu iti daripada
masyarakat luar yang boleh terdiri daripada pelbagai pihak yang berbeza
latar belakang sebagai
komuniti di dalam
blog. Blog dapat
memberi kuasa kepada
kanak-kanak atau pelajar
mudasatu suara yang
akan didengari oleh komuniti
umum. Terdapat beberapa
organisasi blog yang
menyediakan tapak blog secara
percuma. Contohnya http://blogspot.com/ ,
http://wordpress.com dan
http://edublogs.org/. Guru atau pensyarah
tidak harus ketinggalan
mempelajari cara membangunkan blog, mengaplikasi prinsip
pedagogi dalam menggunakan
blog apabila mengendalikan sesuatu kursus,
dan mengeksploitasi kemudahan
yang ada dalam
blog. Berbanding dengan format
html untuk sesuatu
laman web yang
menggunakan teknologi Web 1.0, format
blog menggunakan teknologi
Web 2.0 adalah
lebih mudah digunakan
dan memenuhi ciri-ciri teknologi
masakini. . Kesemua menu, paparan tema,
wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia.
Penggunaan
Rangkaian Sosial Dalam Pendidikan merupakan
salah satu aplikasi
Web 2.0 yang
menjadi kegilaan remaja pada
masa kini. Seperti
yang diketahui, majoriti
golongan remaja merupakan
pelajar. Oleh itu, para guru dan pensyarah seharusnya menggunakan medium
rangkaian sosial ini
untuk mendekati para
pelajar. Facebook merupakan
salah satu rangkaian sosial
yang sering digunakan
pelajar. Pelbagai aplikasi
yang terdapat di Facebook seharusnya digunakan oleh guru
dan pensyarah di dalam proses P&P. Contoh aplikasi yang boleh digunakan
ialah dengan menubuhkan kumpulan di dalam Facebook itu sendiri
yang mana para
pelajar dan pensyarah
boleh berbincang dan
berkomunikasi mengenai
sesutu topik pembelajaran
di dalam kumpulan
tersebut. Di samping
itu, pensyarah ataupun pelajar
boleh memuat naik
nota.untuk sama-sama berkongsi maklumat. Keistimewaan
aplikasi memuat naik
video di dalam
Facebook juga boleh digunakan oleh
para pelajar dan
pensyarah dengan memuat
naik video yang
berkaitan dengan topik pembelajaran.
Manakala, penggunaan laman perkongsian Media
dalam pendidikan aplikasi perkongsian
media seperti Youtube,
Scribd dan Flickr
juga dapat menyumbang terhadap
bidang pendidikan. Penggunaan
aplikasi Youtube contohnya dapat membantu
para pelajar berkongsi
dan bertukar-tukar maklumat
berkaitan sesuatu video. Para
pelajar biasanya lebih
tertarik dan lebih
mudah memahami pembelajaran yang melibat pelbagai media
seperti grafik, video, animasi dan bunyi. Selain itu, aplikasi Scribd juga
dapat membantu dalam bidang pendidikan kerana para pelajar dapat memuat
turun nota-nota berkaitan
pelajaran yang dikongsi
oleh pengguna di
seluruh dunia. Perkongsian bijak
ini membantu pelajar menerokai dan meluaskan pemahaman mereka mengenai sesuatu
topik pembelajaran.
Selain itu, penggunaan Wiki dalam Pendidikan menjadi salah satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki pengguna
bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap data
yang disumbangkan kepada
pengguna lain. Perkembangan
ini membuka satu lembaran
baru dalam dunia
pendidikan. Enseklopedia bebas
sepertin Wikipedia merupakan contoh
terbaik bagaimana sistem
wiki berfungsi sebagai
sumber rujukan pendidikan dalam
pelbagai bahasa. Selain
itu inovasi terkini
wiki diperkenalkan oleh Wikispaces (www.wikispaces.com) sebagai
salah satu platform
perkongsian maklumat
pendidikan. Potensi penggunaaan
wiki amat luas
dan mampu berkembang
pada masa akan datang dalam
pelbagai bidang yang lain.
Sebagai
kesimpulan,Kebanyakan IPT di Malaysia menggunakan teknologi Web 2.0 dalam
prosesPengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk para pelajarnya. Pada hari
ini, kebanyakan IPT dan IPTS terutamanya IPTA melaksanakan Web 2.0 melalui Learning
Managament System (LMS) seperti Moodle
yang merupakan satu perisian sumber terbuka yang percuma.Teknologi Web 2.0
memberi peluang dan pelantar kepada para pensyarah dan guru untuk menyediakan
pelbagai aktiviti akademik untuk pelajar berinteraksi secara efektif dengan
mereka. Penyertaan yang terhad di dalam bilik darjah atau dewan kuliah
menyebabkan wujudnya desakan atau keperluan untuk pelajar berinteraksi dalam
talian supaya mendapat maklum balas yang lebih efektif untuk topik-topik pembelajaran.
Tugasan-tugasan di bilik darjah tamat apabila kelas tamat. Ini bertentangan
dengan prinsip dan konsep Web 2.0 di mana pelajar masih giat terlibat dalam
blog atau forum untuk membincang, mengubah dan menambah isi kandungan tugasa.
Dengan membenarkan pelajar menggunakan alatan Web 2.0, pensyarah dan guru
sebenarnya memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan pembelajaran secara
independen dan berkongsi pembelajaran dengan rakan sebaya.
Oleh
itu, Web 2.0 untuk pendidikan bukan hanya untuk tujuan sosial
tetapi seharuslah aktivitinya dijalankan secara kolaboratif.Kebanyakan
alatan Web 2.0 adalah berkaitan dengan sidang video
(podcasting ),blogging, tagging,rangkaian tanda buku sosial (sosial
bookmarking ) dan rangkaiansosial. Terdapat beratus-ratus alat atau
perisian Web 2.0 tetapi kebanyakan alat-alat yang popular adalah berkaitan
dengan blog, forum, Wikis and rangkaian sosial.
1.0 TEORI PEMBELAJARAN
Teori
merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran
dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip tertentu. Perkataan teori
ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah adakalanya digunakan dalam percakapan
atau perbualan seharian.Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan
sesuatu ilmu pengetahuan.Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan
sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan
maklumat baru. Pada asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh
diklasifikasikan kepada empat teori yang
utama, iaitu behaviouris, kognitif, dan konstruktivisme.
2.0 TEORI BEHAVIOUSRIS
Mazhab
behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike
dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan
tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian
dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus,
kucing dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan
antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran
akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya.
Teori
ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan
diramal. Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran
merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar dengan
tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal.
Dari
perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas
terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika
terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran
dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan
dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu
pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal
tingkahlaku penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari.
3.0 TEORI KOGNITIF
Teori
kognitif pula berpendapat bahawa
pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli
psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis
pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai
peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka adalah
bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki
struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala
maklumat di dalam ingatan.
Pengaplikasian
teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara
aktif.Contohnya, memberi kawalan kepada pelajar dan mematikan pelajar boleh
membuat latihan pada bila-bila masa.Selain itu, guru juga perlu memberikan
perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan
pemprosesan.Oleh itu teori ini dapat melatih pelajar belajar sesuatu dengan
kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja. Teori
pembelajaran ini sedikit sebanyak memberi panduan kepada guru dan ibu bapa
tentang perkembangan yang dilalui oleh seseorang kanak-kanak untuk memperolehi,
menstruktur semula dan mengkaji pengatahuan untuk menjadikan pembelajaran lebih
bermakna. Disamping itu, juga ia membantu pelajar memahami, mengingati,
membanding serta menilai pengatahuan baru dalam operasi mental bahkan teori ini
juga banyak membantu guru membuat ramalan awal dan perancangan yang sistematik.
Pembelajaran
berasakan teori kognitif, adalah pembelajaran yang berlaku melalui pemprosesan
maklumat dalam minda seseorang pelajar. Maklumat yang diterima diproses melalui
pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam
ingatan. Penyatuan ini kemudian akan diubah dan disusun semula. Oleh itu setiap
pelajar seharusnya digalakan memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya dapat
menjadi pemikir yang aktif dan dapat bertindak balas dengan sewajarnya apabila
menerima sesuatu maklumat
TEORI
KONSTRUKTIVISTIME
Konstruktivisme
adalah satunfahaman bahawa murid membina sendiri pengatahuan atau konsep secara
aaktif berdasarkan pengatahuan atau pengalaman sedia ada.Dalam proses ini murid
akan mentesuaikan pengatahuan yang diterima dengan pengatahuan yang sedia ada
untuk membina pengatahuan baru.Briner (1999), berpendapat murid membina
pengatahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengatahuan
dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya dalam situasi baru dan
mengintegrasikan pengatahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual
yang sedia wujud.
Mengikut
kefahaman konstruktivisme pula, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina
sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah
hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid.
Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti
mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan
pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara
terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang
dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman
yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka Untuk
membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan
dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Beberapa
ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid
PERANAN DALAM PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Oleh
sebab pembelajaran secara konstrukivisme adalah merupakan pendekatan
berpusatkan murid tentunya peranan murid dan guru akan berubah. Begitu juga
persekitaran bilik darjah perlu diubah supaya sesuai dan dapat menyokong
pembelajaran konstruktivisme.Di antara peranan guru dalam pembelajaran jenis
ini adalag seperti berikut;
F Guru
mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru
akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru
itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman
serta berkomunikasi dengan orang lain.
F Menggalakkan
murid menerangkan ida mereka serta menghargai pandangan mereka.
F Guru
bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran
dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina
fahaman sendiri.
F Membantu
murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan seharian mereka
F Menggalakkan
urid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
menerka dan membuat hipotesis.
F Memberi
masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang
telah dijanakan.
F
Menggalak pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.
F
Menyediakan pengalaman belajar yang memungkinkan murid bertanggung jawab dalam
membuat rancangan, proses, dan penelitian.
F Manakala
murid pula perlu memainkan peranan yang tertentu juga sekiranya pembelajaran
konstruktivisme boleh berlangsung. Di antaranya;Setiap orang murid mempunyai
peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Mereka perlu
berinisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu
mereka membuat analisis menentukan kemahiran dan pengetahan
Oleh yang demikian,
teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman pengatahuan,idea konsep
yang dibina secara aktif berdasarkan pengalaman lepas dan dan pengatahuan sedia
ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan
kendiri,interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan metakognitif bahkan
pembelajaran ini memberikan penekanan terhadap pembelajaran yang bermakna serta
mengalakan murid-murid membuat penyiasatan dan menilai untuk memandu
pembelajaran mereka.