Pages

Wednesday 19 December 2012

Tugasan Abad ke 21


1.0 Pengenalan
Perubahan era globalisasi menuntut kita sebagai masyarakat untuk bersedia menghadapi pelabagai cabaran dalam konteks pembangunan negara. Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara membangun, Malaysia juga turut berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan agar dapat menjamin pembangunan negara di masa akan datang. Dalam abad ke 21 ini empat aspek utama yang menjadi tonggak dalam pembangunan pendidikan adalah pendidikan, guru, pelajar dan juga kemahiran.

2.0 PENDIDIKAN ABAD KE 21
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamik dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamik pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredebiliti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik, iaitu :
1) Pembangunan tenaga manusia
2) Kepesatan pertumbuhan ekonomi
3)Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
4)Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
5)Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual
6)Pembangunan teknologi dan sains
7)Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

2.1 SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

2.1.1) Pengkorporatan Universiti.
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamik perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.
Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan berpotensi meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluas melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

2.1.2) Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan. Ini termasuklah membaiki :
1)Kualiti pengajaran
2)Kualiti perkhidmatan
3)Kualiti kurikulum
4)Kualiti penilaian dan pensijilan
5)Kualiti pensyarah
6)Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
7)Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
8)Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
9)Kualiti kepimpinan universiti
10)Kualiti penyeliaan
11)Kualiti mentoring
12)Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

2.1.3) Perubahan Sistematik
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam konteks Malaysia, sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantiti dan kualiti. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau dalam tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu kandungan pendidikan, alat pendidikan dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas.
Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :
1)Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
2)Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
3)Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
4)Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
5)Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkat
6)Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta
Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.
Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

2.1.4) Penggredan Universiti
Penggredan universiti sebagaimana yang dicadangkan  oleh Kementerian Pelajaran adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.
Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

2.1.5) Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.
Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

2.1.6) Kelonggaran Sistem Pendidikan
Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.
Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di London suatu masa dahulu, mantan Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.
Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.
Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.
Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.
Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

2.2 CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

2.2.1) Penghijrahan pensyarah (brain drain)
Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.
Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

2.2.2) Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesion perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesion perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesion ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesion perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati dalam kalangan guru dalam profesion perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesion ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.
Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

2.2.3) Peperiksaan Mengikut Keupayaan.
Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.
Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.
Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.
Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan?
Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih sesuai dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang difikirkan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.
Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah mengkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.
Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.
Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.
Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

2.3 CADANGAN MENANGANI CABARAN
2.3.1) Meningkatkan profesionalisme perguruan
Golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa memotivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih kurang berkesan untuk menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia.
Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesion di negara ini perlu direformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan guru perlu direformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesion perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan diatas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.
Profesion perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesion perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesion perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesion perguruan yang dinamik perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabadikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

2.3.2) Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah
Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka.Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat diatasi.

2.3.3) Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan
 Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasional, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelesaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu diambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

2.3.4) KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN
Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara menyeluruh ke atas sistem pendidikan negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih efisien.
Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara menyeluruh.

2.4 Kesimpulan
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

3.1 Guru Abad Ke 21
3.1.1 Guru Abad Ke 21 (Peringkat Global)
Menjadi guru pada abad ke 21 berbeza dengan guru di abad 20-an. Di era digital seperti sekarang ini, eksistensi (kewujudan) guru tidak lagi dilihat dari karismanya semata. Namun dilihat bagaimana seseorang guru mampu berkomunikasi dan beradaptasi mengikuti peredaran zaman. Pendidikan merupakan aspek penting di Jepun. Mereka memberikan penekanan kepada pembelajaran sebagai kegiatan kelompok daripada menggalakkan kecemerlangan individu. Guru adalah aset yang bernilai tinggi di Jepun, setiap tahun banyak pemohon yang berkelulusan tinggi memohon untuk mendapatkan tempat menjadi seorang guru di sekolah.
 Guru di Jepun dihormati dan dihargai dengan pemberian segala kemudahan. Lebih-lebih lagi, guru sekolah rendah mungkin mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan melanjutkan pembelajaran mereka. Semua sekolah di Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai dengan iklim di sana. Oleh itu, guru sekolah biasanya bekerja dari pagi hingga lewat petang. Pada hari Ahad pula, ada guru yang terpaksa ke sekolah untuk membimbing pelajar dalam kegiatan sukan.
Dari segi luaran, sistem pendidikan Jepun tidak jauh berbeza dengan sistem pendidikan kita di sini. Guru-guru Jepun telah mengamalkan budaya ‘Lesson Study’ yang merupakan sebahagian daripada profesion mereka. ‘Lesson Study’ adalah amalan di mana guru-guru berkolaborasi untuk merancang rancangan mengajar (lesson plan), membuat pemerhatian/ pencerapan terhadap pengajaran guru, membuat refleksi pengajaran dan seterusnya mengubahsuai (revise) dan menambah baik (improve) rancangan mengajar. Berdasarkan kajian video TIMSS, Stigler and Hiebert (1999) dalam buku The Teaching Gap berpendapat, sistem perkembangan profesional guru Jepun iaitu ‘Lesson Study’ telah banyak menyumbang kepada prestasi tinggi pengajaran matematik dalam bilik darjah. Catherine Lewis, seorang pendidik Amerika Syarikat (US) sangat kagum dengan pengajaran di Jepun semasa beliau menjalankan penyelidikan di negara tersebut pada tahun 1990-an.
Manakala di negara maju yang lain iaitu Amerika Syarikat, dan United Kingdom soal profesionalisme guru dalam profesion perguruan adalah sangat dititikberatkan. Di Minnesota, Amerika Syarikat, sebuah badan profesional bagi profesion perguruan iaitu Minnesota Board of Teacher (MBOT) adalah bertanggungjawab bagi pengeluaran lesen guru.  Di Scotland, United Kingdom pula, Quality Assurance Agency for Higher Education (QAAHE) merupakan badan profesional yang mempunyai tanggungjawab yang sama seperti MBOT.

3.1.2 Guru abad ke 21 (peringkat Negara Malaysia)
Di Malaysia, falsafah pendidikan guru adalah melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif, dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menjunjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin (Malaysia Ministry of Education, 1982). Guru adalah dianggap sebagai gedung ilmu yang serba mengetahui dengan keupayaan tersendiri serta kualiti peribadi yang diterima oleh masyarakat.
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internasionalisme dan globalisasi (Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Othman, 2000; Kim, 1995). Hal ini disebabkan bahawa guru merupakan agen perubahan. David Ryans dalam bukunya ‘Characteristics Of Teachers—Their Description, Comparison, And Appraisal’  berpendapat bahawa guru yang berkesan dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan.  Oleh yang demikian, guru abad ke-21 tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran akibat perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Pertama, cabaran dalam bilik darjah di mana guru memainkan peranan penting memperkembangkan potensi para pelajar yang ada di hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri secara seimbang.

3.1.3 Cabaran guru abad ke 21
Cabaran di sekolah pula merujuk kepada pertambahan bilangan pelajar yang meningkat pada kadar 8.9% sehingga tahun 2010 menyebabkan prasarana yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, daripada 1645 buah sekolah menengah yang ada pada tahun 2000, hanya 1340 sekolah yang ada makmal komputer, 1406 sekolah yang mempunyai bilik ekonomi rumah tangga, 1452 pula mempunyai bilik kaunseling, 1463 yang mempunyai pusat sumber dan 1258 sekolah yang ada dewan perhimpunan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Ini menunjukkan bahawa guru perlulah mempunyai kreativiti dan keterampilan di dalam menyerap segala kekurangan yang ada di sekolah.
Cabaran guru abad ke-21 dalam sistem pendidikan pula merujuk kepada misi kementerian pendidikan itu sendiri yang ingin membangunkan pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya. Cabaran yang seterusnya ialah, cabaran dalam masyarakat. Guru merupakan agen perubahan kepada kemajuan masyarakat (Wan Liz Ozman, 2000; Atan Long ,1980). Oleh demikian, semakin maju dan bersifat global sesebuah masyarakat dan negara itu, semakin besarlah beban yang dipikul oleh seorang guru itu, semakin meningkat taraf hidup dan status ekonomi rakyat, semakin besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Menurut Boyer (1994), cabaran dalam bidang pendidikan tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja, guru perlulah mempunyai kesediaan dalam menerima penemuan baru seterusnya berkemampuan dalam mengaplikasikan penemuan tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Cabaran seterusnya adalah berasaskan kepada cabaran wawasan 2020 iaitu ‘menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sesebuah masyarakat yang demokratik, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta mempunyai daya ketahanan’ (Mahathir Mohamad, (1991) Malaysia melangkah ke hadapan).Cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral sikap kanak-kanak dan pelajar. Guru juga merupakan orang yang berkerjaya serta berandangan jauh, tanggungjawab yang bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi di masa akan datang.

3.1.4 Ciri-ciri guru abad ke 21.
Dalam menghadapi cabaran globalisasi pula, menurut Rohaty Majzub(2000), sifat antara bangsa (international character) perlu ada pada seorang guru di abad ke-21 kerana ia adalah avenue terbaru yang perlu diteroka dan diperkembangkan. Kemahiran dalam berbahasa Inggeris amat ditekankan selaras dengan arus globalisasi. Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris perlu untuk membolehkan bersaing di peringkat antarabangsa selain daripada memudahkan mendapatkan sumber maklumat yang kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris.
Di negara ini, terdapat beberapa ciri yang harus ada pada guru abad ke-21. Pertama ialah guru tersebut hendaklah menguasai bidang atau subjek (kandungan kurikulum) yang bakal diajar di sekolah. Ini amat penting supaya maklumat dan ilmu dapat disampaikan dengan berkesan kepada pelajar. Ciri seterusnya seorang guru itu perlu mahir dan berketerampilan dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Selaras dengan kemajuan dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) ialah guru abad ke-21 hendaklah menguasai kemahiran menggunakan ICT tersebut. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan membantu guru lebih kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah dapat digunakan misalnya pendekatan pembelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan murid, tempat, masa, situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, ciri seorang guru yang memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka amat ditekankan. Adalah amat penting bagi seorang guru bersifat prihatin terhadap pelajar. Guru perlulah memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. Dengan ini barulah guru tersebut dapat berkomunikasi secara baik dengan pelajar. Seorang guru juga hendaklah memahami aspek-aspek penting dalam psikologi pembelajaran (cognitive psychology). Guru yang mempunyai kemahiran dalam memahami psikologi pembelajaran adalah satu kelebihan bagi mereka untuk mengawal serta memahami tingkah laku murid.
Ciri seterusnya ialah seorang guru itu juga hendaklah memiliki kemahiran kaunseling. Kejayaan mencapai objektif kaunseling adalah bergantung pada kecekapan guru bimbingan menggunakan prinsip-prinsip psikologi individu, khasnya kemahiran mewujudkan perasaan empati, memahami perasaan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar. Arkes (1982) menyatakan, definisi motivasi ialah ‘those processes that influence the arousal, strength or direction of behaviour’. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar, sama ada berbentuk dalaman ataupun luaran dan mengerakkan pelajar bagi memulakan sesuatu dan diikuti dengan keupayaan bagi mengekalkan penglibatan itu ( Sarina dan Yusmini, 2007). Selain itu, kepentingan hubungan interpersonal dapat membantu melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar serta wujud rasa percaya mempercayai di kalangan mereka serta dapat memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran (Sarina dan Yusmini, 2007).
Selaras dengan perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) guru abad 21 hendaklah mahir menggunakan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kementerian pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga 2010 (PIPP) telah meningkatkan infrastruktur teknologi dalam pendidikan sebagai persediaan untuk melahirkan modal insan celik ICT. Oleh itu keperluan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi sudah menjadi teras dalam bidang pendidikan.

3.2 Kesimpulan
          Dapat dirumuskan di sini ialah, dalam era yang serba mencabar ini guru hendaklah bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Oleh demikian, guru haruslah bersifat aktif dan terbuka terhadap teknologi yang baharu dan melihatnya sebagai cabaran dalam kerjaya mereka.Guru perlu memikirkan perkara yang positif serta berusaha untuk mencari alternatif yang terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan generasi berteknologi tinggi yang mampu mengharungi era globalisasi, sekaligus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020. Boleh dikatakan bahawa guru merupakan wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

4.0 PELAJAR ABAD KE-21
Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, Maktab atau Universiti. Pelajar pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah.” Perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat oleh golongan pelajar dan guru pada masa kini. Bahkan  pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih bermakna dalam menuju abad ke 21.

4.1 Pelajar abad ke 21 di Korea Selatan
Korea adalah merupakan  negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G. Di Korea proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Pelajar di Korea tidak hanya belajar dalam bilik darjah bahkan mereka juga belajar dari pelbagai  lokasi pada bila-bila masa. Prestasi pelajar Republik Korea juga sentiasa berada di kedudukan terbaik dalam kalangan negara yang mempunyai pencapaian tertinggi dalam penilaian pelajar di peringkat antarabangsa seperti  Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). Disamping itu pelajar di korea juga mengamalkan  pembelajaran  ubiquitous  iaitu merupakan  pendekatan pembelajaran  merentas  masa ,  tempat  dan berpaksikan  kemahiran  abad  ke-21  dalam program  ICT  inEducation.
Pembangunan  Infrastruktur  ICT yang  mantap di negara ini telah mengupayakan  pendidikan ICT berganjak dari pendidikan berbantukan komputer ke pembelajaran jarak jauh  secara  dalam talian,  dan  kini,  pendidikan ICT  di  negara  ini  juga menekankan  aspek  pembangunan kandungan  pembelajaran  oleh  guru  dan pembelajaran  berpusatkan  murid.  Penilaian rakan  sebaya  sesama  guru  dan  murid  di samping  penggunaan  alat  penilaian alternatif diperhatikan. Pelajar  Korea juga memiliki tempat teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) , tingkat IQ  pelajar Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Selain itu juga, pelajar negara ini juga  mengamalkan  sisitem pembelajaran dan pengajaran secara e-learning yang  menjadi satu budaya di Korea Selatan.Malah, pihak kerajaan juga menyediakan  kemudahan internet di mana-mana sahaja yang menjadikan Korea terkenal sebagai "fully wired nation". Oleh itu, sistem e-learning ini mampu diakses oleh setiap pelajar di mana-mana melalui pelbagai alat, sama ada notebook atau smart phone yang mana boleh dikatakan dimiliki oleh setiap pelajar di Korea Selatan.

4.2 Pelajar abad ke 21 di Singapura
Berbanding dengan para pelajar di Singapura pada masa kini mereka telah menggunakan iPad ketika mengikuti kelas seperti kelas seni bahasa di Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang.Ipad juga telah dijadikan sebagai buku teks digital,  oleh yang demikian pelajar  di negara ini  telah belajar melalui iPad  kerana ianya mampu melayari internet, menghantar dan membaca e-mel, melihat foto, video, mendengar lagu, membaca e-buku, bermain permainan dan pelbagai lagi. Dalam pada itu, iPad yang digunakan mengandungi beberapa aplikasi untuk mata pelajaran bahasa Inggeris dan matematik. Para pelajar juga boleh melakukan analisis sebab dan kesan dengan menggunakan iBrainstorm, mempersiapkan diri untuk peperiksaan lisan dan pidato dengan AudioNote serta belajar memetik gitar untuk pelajaran muzik di GarageBand.

 Dalam menuju abad ke 21, setiap pelajar hanya membaca melalui komputer tablet.Komputer tablet berbentuk kepingan kaca mudah dimasukkan ke dalam beg. Ia juga mampu menyimpan ribuan buku teks yang membuatkan para pelajar tidak lagi perlu menyandang beg sekolah yang berat dengan buku, pen dan buku catatan. Banyak sekolah sudah dilengkapi dengan WiFi kerana ia memudahkan para pelajar mengakses internet.

4.1.4 Pelajar abad ke 21 di Malaysia
Di malaysia, pelajar abad ke 21 haruslah berkebolehan  mengaplikasi  teknologi dengan  berkesan  dalam  pembelajaran  dan urusan kehidupan seharian. Ini  kerana setiapindividu  perlu  berkebolehan serta berdaya  saing dalam hidup dan kerjaya.  Oleh itu setiap pelajar  perlulah mempunyai kemahiran hidup dan kerjaya. Bagi mencapai kemajuan pelajar di Negara kita, pihak sekolah  harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan pelajar menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam kehidupan sejagat.

Pembelajaran  abad  ke-21  memberi  peluang pembelajaran  yang  lebih  meluas  di  mana  pelajar  bukan sekadar belajar tentang isi kandungan dalam bilik darjah tetapi mereka juga belajar  berfokuskan  kepada  penjanaan  ilmu  pengetahuan dan  cara  penyelesaian  masalah secara  inkuiri  dalam konteks  pembelajaran  semasa  dalam  keadaan  dunia sebenar. Kemahiran  spesifik  perlu  dikuasai oleh pelajar  melalui  pengajaran dan pembelajaran berteraskan  pengetahuan  kandungan,  kepakaran  dan literasi  ICT  dengan  sokongan  sistem  inovatif.Setiap pelajar haruslah  berupaya  berkomunikasi  dengan  efektif,  secara lisan  dan  bukan  lisan  dalam  pelbagai  konteks.  Kolaborasi dengan individu yang lain dalam kumpulan penting untuk memupuk  kesedaran  tanggungjawab  demi  mencapai matlamat bersama.

4.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, untuk itu setiap pelajar perlu celik komputer. Ini kerana komputer berupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabung jalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran bahkan kurikulum yang direkabentuk menuntut kita untuk membuat pilihan tentang apakah yang penting pada masa kini bagi membantu pelajar untuk masa depan mereka.

5.0 KEMAHIRAN ABAD 21
Dalam era globalisasi masa kini, pelbagai cabaran kehidupan yang memerlukan kita untuk berubah. Kini kita berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan. Maklumat yang kita mahu juga sudah ada di hujung jari. Malah kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di luar sana dengan berkongsi pengalaman dari aspek ekonomi, politik, pendidikan hinggalah sosial. Persoalannya kini, mampukah kita menilai semua kemodenan ini sebaik mungkin? Adakah semua maklumat yang kita perlukan boleh menyumbang kearah kebaikan? Bagaimanakah cara kita memperoleh maklumat yang dikatakan berada di hujung jari dengan mudah? Kemahiran merupakan satu aset yang perlu ada pada setiap individu khususnya pelajar dalam menghadapi arus pemodenan ini. Kemahiran yang wujud dalam diri individu pada awalnya khususnya pelajar akan menyediakan diri mereka untuk menghadapi zaman kerjaya kelak.
          Kemahiran merupakan kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus atau kebolehan atau kecekapan. Kemahiran juga merupakan satu teknik yang diperolehi melalui latihan atau pengalaman khususnyayang mana melibatkan penggunaan anggota badan. ( Reader’s Digest Universal Dictionary) Kemahiran dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kemahiran tertutup dan juga kemahiran terbuka. Kemahiran tertutup biasanya dilakukan dalam keadaan terkawal, stabil dan tidak berubah-ubah. Contohnya adalah seperti kemahiran literasi komputer yang mana seseorang individu mampu menggunakan komputer dengan betul berdasarkan apa yang telah dipelajari. Manakala kemahiran terbuka merupakan perlakuan dalam keadaan berubah-ubah mengikut keadaan dan situasi. Hasil perlakuan tidak dapat diramal. Sebagai contoh kemahiran berfikir atau kemahiran kognitif yang mana memerlukan seseorang individu berfikir dalam keadaan berbeza apabila berada dalam situasi yang berlainan.
          Educational Testing Service (ETS) dalam Digital Transformation: A Literacy Framework for ICT Literacy (2007) menyatakan bahawa kemahiran pembelajaran abad ke-21 adalah keupayaan untuk mencari dan mengumpul maklumat, menyusun maklumat, menilai kualiti, kesesuaian dan kegunaan maklumat serta dapat menghasilkan maklumat yang tepat melalui penggunaan sumber yang sedia ada. Ini bermakna kemahiran adalah merupakan kebolehan yang pelbagai untuk mendapatkan output yang baik.

5.1 Kemahiran abad ke 21 di peringkat global
         Contoh-contoh kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran literasi komputer, kemahiran kognitif, kemahiran interpersonal, kemahiran kendiri dan pengurusan kerjaya serta perwatakan kendiri. Kemahiran literasi maklumat boleh dibahagikan lagi dengan kemahiran literasi media dan kemahiran literasi teknologi. Sementara itu, kemahiran kognitif pula dapat dibahagikan kepada pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran interpersonal pula terbahagi kepada kemahiran berkomunikasi, berkolaborasi, kemahiran sosial, kemahiran memimpin dan kemahiran merentasi budaya. Selain itu, bagi kemahiran kendiri dan pengurusan kerjaya pula adalah refleksi kendiri, pengurusan projek dan arah tuju kendiri. Perwatakan kendiri pula boleh dibahagikan kepada tanggungjawab yang beretika secara sivik dan kebertanggungjawaban kendiri.
        Di peringkat global kemahiran yang ada pada seseorang individu merupakan salah satu kunci utama yang membawa kepada kehidupan yang baik dan kejayaan yang boleh dibanggakan. Misalnya di Amerika Syarikat, kemahiran yang diajar di sekolah bukan hanya kemahiran asas tetapi juga kemahiran tambahan yang lain yang boleh menyumbangkan kebaikan sama ada dari aspek pelajaran atau aspek pekerjaan kepada individu.
 U.S. Department of Labor Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills menyarankan agar sekolah bukan hanya mengajar kemahiran asas tetapi melahirkan pelajar yang memiliki kemampuan untuk berfikir secara kreatif dan kritis, menganalisis dan mencari maklumat. Ini bermakna sebelum individu tersebut mula bekerja, majikan telah menyarankan agar kemahiran-kemahiran tertentu ini diterapkan sejak mula dari sekolah lagi. Bagi mereka, dengan adanya kemahiran-kemahiran tambahan ini akan memberi keuntungan serta kejayaan kepada organisasi dalam bidang-bidang tertentu.
Sebagai sebuah negara maju, Amerika Syarikat sememangnya menggunakan teknologi sebagai pemangkin kepada ekonomi, politik, sosial dan pendidikan untuk memantapkan lagi kemajuan yang telah sedia ada. Kemahiran literasi komputer di Amerika merupakan kemahiran yang boleh dikatakan wajib dimiliki oleh setiap individu. Melalui kemahiran ini, individu mampu menggunakan komputer, teknologi serta mengakses pelbagai maklumat dengan baik. Malah, kanak-kanak seawal usia 5 tahun sudah boleh menggunakan dan mengenali bahagian-bahagian yang terdapat pada komputer.
New Commission On The Skills of The American Workforce yang mana terdiri daripada kumpulan usahawan, pelabur, gabenor dan juga canselor sekolah melaporkan bagaimana teknologi baru dan persaingan global menukar kriteria untuk kakitangan di Amerika. Bagi mereka dari peringkat menengah atas pelajar memerlukan kekuatan kemahiran asas. Kemahiran yang telah dipelajari ini bukan hanya diterapkan di sekolah tetapi perlu diaplikasikan dalam dunia nyata dan serasi dengan idea-idea pada masa kini. Kemahiran kognitif iaitu kreativiti dan inovatif dalam mengaplikasikan maklumat adalah kunci utama untuk mendapat pekerjaan. Kenyataan ini telah diterapkan kepada kanak-kanak di Amerika Syarikat bukan hanya kepada golongan elit tetapi kepada semua. Pembelajaran di sekolah dan peringkat tinggi semestinya menyediakan mereka kepada dunia pekerjaan untuk menjamin kehidupan di masa akan datang serta kejayaan dalam sesebuah organisasi. Majikan memerlukan kakitangan yang bukan hanya tahu menyelesaikan satu-satu masalah dengan mudah tetapi mencari kakitangan yang peka dan mencari maklumat serta menghubungkaitkan maklumat tersebut dengan maklumat yang lain. Pengaplikasian maklumat juga penting dalam sesetengah bidang kerjaya.
The Partnership for 21st Century Skills membangunkan dasar ‘pembelajaran abad ke-21’ yang mana bertujuan untuk membangunkan bahagian, daerah dan juga sekolah serta mengintegrasikan sub kemahiran pembelajaran berkaitan kemahiran abad ke-21. Pada masa yang sama, U.S. Conference of Mayor meluluskan polisi resolusi ini pada tahun 2005 sebagai usaha untuk menyokong dasar kemahiran pembelajaran abad ke-21. Ini bagi menggalakkan lagi program penyediaan pelajar dengan kemahiran yang cekap dan dapat dicontohi oleh badan-badan lain yang berminat untuk mengembangkan program ini. Secara keseluruhan, kemahiran-kemahiran yang diterapkan di Amerika Syarikat merangkumi aspek pengaplikasian teknologi, penilaian maklumat, pemikiran kreatif dan kreatif untuk bersaing dengan dunia luar terutamanya untuk mendapatkan pekerjaan. Kemahiran ini diperlukan dalam pelbagai bidang khususnya ekonomi dan pelaburan.

5.2 Kemahiran abad ke 21 di Malaysia
Kemahiran abad ke-21 juga turut diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perkembangan dunia globalisasi menuntut sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengubah dan membaikpulih dasar yang telah sedia ada seiring dengan keperluan dunia pada masa kini. Abad ke-21 merupakan zaman ledakan teknologi maklumat. Setiap individu terutama generasi muda perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi dunia global agar dapat bersaing dan tidak ketinggalan dengan kemajuan yang mampu dikecapi oleh setiap orang. Kemahiran-kemahiran tersebut juga harus diterapkan sejak dari sekolah lagi.
Kemahiran abad ke-21 yang perlu ada pada setiap individu atau murid adalah literasi komputer. Mereka haruslah diajar menggunakan perisian komputer di samping melayari maklumat untuk meningkatkan pengetahuan. Kemahiran literasi media pula yang mana memerlukan individu mengetahui kenapa dan bagaimana media yang mengandungi mesej disebarkan dan apa kepentingannya. Semua orang akan mendapat maklumat yang sama tetapi cara penyampaiannya adalah berbeza. Individu harus tahu mengaplikasikan prinsip-prinsip etika isu-isu yang diakses dan digunakan di dalam media.
Kemahiran abad ke-21 yang berkaitan dengan komputer juga adalah kemahiran teknologi. Seseorang yang memiliki kemahiran ini akan menggunakan alat-alat teknologi dengan berkesan. Individu dapat menggunakan teknologi sebagai alat mencari, menilai, dan menghubungkan maklumat dengan maklumat-maklumat yang lain. Individu juga akan berkemahiran menggunakan teknologi digital seperti komputer, PDA, GPS serta jaringan sosial yang dibenarkan untuk diakses.
Kini, kebanyakkan pembelajaran yang wujud secara maya memberi input yang banyak untuk membantu murid dalam pelajaran mereka. Pelbagai laman web yang terdiri dari blog, video, kuiz secara online yang dapat membantu murid untuk memahami topik-topik tertentu dalam pelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga mempunyai inisiatif tertentu untuk melahirkan individu yang celik maklumat dan berkemahiran dalam teknologi. KPM telah memberi latihan kepada guru serta menggalakkan guru mengisi kemahiran mereka dengan budaya yang berteknologi supaya dapat membantu murid meningkatkan kemahiran celik maklumat. Pihak KPM telah mengagihkan pemberian laptop 1 Malaysia untuk memastikan murid tidak ketinggalan dalam penggunaan komputer. Sekolah-sekolah juga dibekalkan dengan kemudahan ICT untuk memastikan guru dan murid dapat memiliki kemahiran ini. Jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dirapatkan dengan turut menyediakan prasarana di sekolah luar bandar. Malah kini dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, KPM menggariskan rancangan untuk meningkatkan kualiti sekolah dengan meningkatkan kemudahan ICT, jalaur lebar dan Internet di sekolah.
Di peringkat pengajian tinggi pula, kemahiran ini sememangnya sudah sinonim dengan gaya pembelajaran dalam melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Maklumat-maklumat yang diakses merupakan bahan-bahan rujukan yang penting selain dari buku-buku ilmiah kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka. Namun begitu, individu atau pelajar-pelajar harus tahu menilai dan membezakan serta memilih maklumat-maklumat yang berguna sahaja tanpa menyalahgunakan maklumat yang wujud.
Kemahiran kognitif diterapkan seawal murid di peringkat rendah. Di peringkat pra-sekolah murid telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran dengan menggunakan pendekatan yang lebih kepada permainan untuk menggalakkan mereka berfikir. Namun begitu, pemikiran pada peringkat ini adalah yang mudah sahaja kerana pada masa yang sama mereka juga mengalami pertumbuhan fizikal. Perkembangan pemikiran ini semakin berlaku di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku haruslah pelbagai supaya melatih murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Di samping itu, guru juga harus menggalakkan murid belajar cara untuk mengawal pemikiran dan tindakan mereka. Ini merupakan kemahiran metakognitif supaya murid bertindak dalam keadaan terkawal dan bukan berdasarkan emosi. Murid akan tahu menilai kebaikan dan keburukan jika mereka menilai terlebih dahulu apa rasionalnya mereka memilih  satu-satu tindakan tersebut.
Kemahiran menyelesaikan masalah juga dipelajari oleh murid. Apabila perkembangan mental dan fizikal semakin belaku, maka semakin banyak situasi yang menyebabkan individu itu menghadapi cara untuk menyelesaikan masalah. Malah di sekolah, subjek Matematik khususnya melibatkan penyelesaian masalah. Setiap penyelesaian tersebut menggunakan formula dan langkah-langkah yang perlu diikuti bagi mendapatkan jawapan. Dalam dunia sebenar juga melibatkan proses-proses tertentu dalam penyelesaian masalah. Ini sekaligus melatih mereka supaya bersabar dan bijak  dalam meyelesaikan masalah.
Kemahiran lain yang perlu dalam menghadapi abad ke-21 ini juga adalah kemahiran interpersonal. Di peringkat pra-sekolah kanak-kanak dihantar ke sekolah untuk mengenali sekeliling mereka seperti alam persekolahan dan kanak-kanak lain yang seusia mereka. Dari sinilah bermulanya mereka berkomukinasi dengan dunia luar dan akan menguasai kemahiran berkomunikasi. Apabila menempuh alam pekerjaan, individu juga akan berkomunikasi dengan orang lain, malah kemahiran ini berlaku tanpa kita sedari yang mana setiap hari kita berkomunikasi dengan individu lain. Kemahiran sosial juga penting, walaupun bekerja menggunakan komputer, tetapi kita juga harus berhubung dengan masyarakat luar. Individu berkemahiran berinteraksi dengan berkesan. Mereka akan tahu masa mereka harus bercakap dan juga mendengar pendapat orang lain. Pergaulan dengan masyarakat luar juga baik kerana saling menghormati walaupun terdiri dari pelbagai budaya dan bangsa.
Kemahiran memimpin juga penting pada abad ini kerana pembelajaran kita bukan terus berhenti sebaik sahaja kita tamat persekolahan. Malah seseorang individu akan bekerja dan berpeluang untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi jika memiliki kemahiran ini. Malah di sekolah ada segelintir murid yang mempunyai potensi memiliki ciri-ciri seorang pemimpin apabila mereka dipilih untuk menjadi ketua kelas dan juga pengawas sekolah.
Selain daripada itu, dalam melaksanakan sesuatu tugasan khususnya bagi individu yang sudah berkerja, mereka juga harus memiliki kemahiran refleksi kendiri. Penilaian terhadap tugasan sendiri perlu ada supaya mereka dapat mneyedari dan membaiki kelemahan sendiri untuk meningkatkan prestasi pekerjaan mereka di tahap yang lebih baik. Pada masa kini, kajikan memerlukan pekerja yang memiliki idea yang membina dan berpotensi untuk memajukan diri. Manakala di peringkat sekolah, kemahiran ini turut diterapkan apabila murid telah selesai menghadapi penilaian sumatif atau formatif. Apabila melihat hasil usaha mereka murid hendaklah mencari kelemahan mereka dalam satu-satu topik pembelajaran tersebut supaya mereka akan dapat markah yang lebih baik di masa akan datang.

5.3 Kesimpulan
Dalam sistem pendidikan kita, secara tidak langsung kemahiran-kemahiran ini sememangnya telah diterapkan seawal kanak-kanak di peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Malah kemahiran ini masih terus dipelajari walaupun individu tersebut sudah bekerja. Tuntutan teknologi yang semakin berkembang memerlukan setiap individu melengkapi diri masing-masing dengan kemahiran lain yang diperlukan di masa akan datang.

6.0 Cadangan dan Rumusan
Dalam aspek pendidikan, pihak kementerian haruslah merangka serta merancang dasar-dasar yang sesuai seiring dengan keperluan dunia masa kini. Ini adalah supaya segala perancangan tersebut bukan hanya digubal semata-mata tetapi juga mampu untuk dilaksanakan. Prasarana yang baik dalam organisasi pendidikan khususnya di peringkat sekolah merupakan yang paling asas untuk memnatapkan lagi sistem pendidikan pada abad ke 21.
Dalam aspek guru pula, kualiti adalah penting dari kuantiti. Sistem pemilihan calon guru yang dinilai dari sudut akademik, sahsiah dan juga mental adalah penyumbang kepada kemajuan sistem pendidikan Negara. Guru-guru sebegini akan mampu untuk terus berdikari memperkaya diri mereka dengan segala kemahiran untuk mengajar pelajar. Guru haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat.
Murid juga harus menguasai kemahiran- kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar perlu ada inisiatif sendiri untuk meneroka kandungan pembelajaran sama ada melalui pembacan atau dengan menggunakan pelbagai teknologi.
Kemahiran pada abad ke 21 merupakan kemahiran yang harus dikuasai oleh semua individu. Zaman teknologi maklumat memerlukan kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan memerlukan kita untuk berfikir dalam menyelesaikan masalah. Kemahiran ini perlu ada untuk meninggikan lagi tahap pendidikan negara kita.
Secara keseluruhannya, dalam pendidikan asas utama yang perlu diberikan perhatian oleh organisasi adalah sistem pengurusan pendidikan, tahap profesionalisme guru, penglibatan pelajar serta pelbagai kemahiran yang boleh diaplikasikan. Setiap bahagian dalam kerangka pendidikan ini harus memainkan peranan masing-masing bagai menjana sistem pendidikan Malaysia supaya sebaris dengan sistem pendidikan negara-negara maju. Di samping itu kerjasama dari semua pihak amat perlu untuk melicinkan lagi perancangan yang bakal dilaksanakan dalm sistem pendidikan Negara.


 Senarai Rujukan

“Articles singapurahabpendidikandunia” http://www.bharian.com.my.RetrivedKhamis , 15 November 2012

“Ciri-ciripemikirankritikal”  WEBstatsdomain overview for keyword– http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/index.php/faqs/210-kemahiran-abad-ke-21.htm.http://bibliografi.moe.edu.my/. Retived28 Okt 2012.

Cabaran Pendidikan Di Malaysia Abad Ke 21/PDF Search Engine.www.searchinpdf.com/cabaran-pendidikan. Jurnal Pendidikan Teknologi Malaysia.Jilid 6..hal 35. 1 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran di abad ke 21. Retived .Oktober 2000

“21st Century Skills Definitions”http://www.imls.gov/about/21 century skills list.aspx. Retived 30 March 2010

“PerkembanganKemahiran.pdf”http://pjk.ipgkti.edu.my/pjm3105pembelajaranmotor/Perkembangan%20Kemahiran.pdf.Retived 24 April 2011

Kosmo Online - RencanaUtama www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp Dalamtempohduadekad, transformasiteknologikomunikasiberansur-ansurmenenggelamkankomunikasitradisional.Retived 17 Jun 2011.

“Kemahiran Abad 21 TanggungjawabPendidik”  - PPD Manjunghttp://www.ppdmanjung.edu.my/V02/index.php?option=com_content&view=article&id=432:kemahiran-abad-21-tanggungjawab-pendidik-&catid=53:artikrl-pilihan&Itemid=278ArtikelPilihanKemahiranabad ke-21.Retived 24 Sep 2010

“Kemahiran abad ke-21” ialah Belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyambungmenerusiteknologi.http://www.ppdmanjung.edu.my/Vo2/index.php?option=com_content&view=articler&id=432:Kemahiran-abad-21-tangungjawab-pendidik&catid=artikrl-pilihan&itemid=Retived 23 okt 2012 .

NikAzisNik Pa (1997) .KonsepTentangRealitidanProspekPendidikan di Abad ke21.Quantum Books, tanjungMalim.

NurulIzzaRosly . Perantiteknologi di dalambilikdarjahhttp://www.kosmo.com.my/kosmo.Retrieved 15 November 2012.

ShukriZain (2009). PengantarPemikiran,: Quantum Books,TanjungMalim.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad SubkiMiskon (2011).PengantarPendidikan. Puchong, Selangor :Penerbitan Multimedia.



No comments:

Post a Comment