Pages

Tuesday 25 December 2012

TUGASAN_INDIVIDU MAUREEN BANDANG (PT122144CT)


1.0 TUGASAN POWERPOINT


2.0 TUGASAN EXCEL



3.0 TUGASAN INFOGRAFIK



4.0 TUGASAN www.edmodo.com

     1. Saya mahu menjalankan perniagaan pasar raya 'fresh mart'. Produk yang ingin saya jual adalah barangan basah sahaja seperti daging segar, sayur-sayuran,produk berempah. Saya akan memastikan bahawa pembekal membekalkan barangan yang segar supaya perniagaan saya tidak rugi dan kepuasan para pelanggan sentiasa terjamin.

      2.Lokasi perniagaan, peluang, promosi perniagaan bagi menarik pelanggan (pengiklanan, promosi), akaun untung rugi-sistem pengurusan yang sentiasa dikemaskini.


3. Multimodaliti adalah kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam sesuatu bidang.Dalam pendidikan, multimodaliti merupakan sistem pendekatan pembelajaran yang pelbagai. Misalnya, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan hendaklah berasaskan kepada kecerdasan individu tertentu. Menurut Howard Gardner, terdapat 9 jenis kecerdasan yang ada pada setiap individu iaitu, visual, linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, spatial dan naturalis.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dirancang haruslah releven dengan kebolehan pelajar menerima, memahami dan mengaplikasi pengajaran yang telah disampaikan. Penggunaan kaedah visual seperti tayangan gambar, multimedia boleh diaplikasikan kepada pelajar yang cenderung ke arah sikap tersebut. Manakala kaedah audio juga boleh digunakan untuk menarik perhatian/minat pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Komunikasi dua hala antara guru dan pelajar juga perlu diketengahkan untuk guru lebih memahami apa jenis pembelajaran yang diperlukan. Memerhati tingkah laku pelajar merupakan salah satu cabang untuk para guru mencari kaedah pengajaran multimodaliti. Ini bermakna, melalui teori ini, tiap individu mempunyai cara pembelajaran yang berbeza.

4. 
i)                    Penggunaan video dan stail pembelajaran adalah mungkin strategi yang berpusat kepada pelajar. Video boleh digunakan dalam set induksi sebagai bahan ransangan untuk satu-satu topik pembelajaran pada hari tersebut. Selain itu, video boleh digunakan juga jika guru memilih strategi berpusatkan bahan. Video dimainkan dan guru sejurus selepas itu bertanya tentang tindak balas yang diberikan oleh murid untuk video tersebut. Video sesuai digunakan untuk aktiviti pengukuhan juga bagi memberi pemahaman yang lebig kepada para pelajar. Faedah menggunakan video dalam pendidikan adalah untuk merangsang deria penglihatan dan pendengaran pelajar. Selain itu, kejadian yang berlaku di luar boleh dirakamkan dan ditunjukkan kepada pelajar untuk memberi pemahaman yang lebih kepada para pelajar. Sebagai contoh dalam subjek Geografi, jika guru mengajar tentang topik Luluhawa, agak sukar untuk pelajar menggambarkan bagaimana proses tersebut berlaku jika hanya diberikan penerangan sahaja. Jadi, untuk memberi pengukuhan yang lebih kepada pelajar, guru boleh menunjukkan video kejadian proses luluhawa tersebut..Video boleh digunakan dalam set induksi atau semasa pengukuhan.

ii)                   Video dan ubiquitos pula adalah yang mana pelajar boleh mengakses video dimana sahaja pada bila-bila masa. Ubiquitos juga dikenali sebagai U-learning yang mana ia adalah satu keadaan pembelajaran yang boleh diakses dalam pelbagai konteks dan situasi. Antara ciri-ciri U-learning adalah kebolehcapaian yang tinggi yang mana pelajar boleh akses dokumen, data dan video dari mana-mana sahaja. Maklumat yang disediakan adalah beradasarkan permintaan mereka. Oleh itu, ini adalah lebih berpusat kepada pembelajaran kendiri. Jika ada capaian internet di mana-mana, pelajar boleh mengakses video dari mana-mana juga. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut ingin memahami dengan lebih jelas lagi kejadian letupan gunung berapi, pelajar boleh mengakses video tersebut asalkan ada internet. Interaktiviti mereka juga berkembang dengan berkongsi fakta atau penemuan baru dengan kawan dan jika mereka melayari web 2.0 seperti blog, mereka boleh berinteraksi dengan pembangun blog tersebut untuk pertanyaan lanjut.


iii)                 Higher Order Thinking Skills (HOTS) merujuka kepada pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Berdasarkan aras dalam Taksonomi Bloom, ianya melibatkan proses analisis, penilaian dan sintesis. Untuk mewujudakan pelajar supaya memiliki HOTS, kaedah pembelajaran haruslah berbeza. Penggunaan video sebagai medium pengajaran ini juga sesuai. Tetapi pada peringkat respon pelajar, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang memerlukan pelajar memanipulasi maklumat dan idea yang mereka temui dalam tontonan video tersebut. Sebagai contoh, dalam subjek Sains, video yang ditayangkan adalah berkaitan dengan pembinaan buku skrap. Pada bahagian aktiviti guru boleh meminta pelajar supaya membuat buku skrap sendiri. Dengan ini, segala maklumat yang disampaikan dalam bentuk video tersebut boleh diaplikasikan oleh pelajar dengan menjana idea serta memanipulasi maklmuat dari hasil tayangan video berkenaan buku skrap tersebut.
iv)                 Kemahiran sosial adalah tingkah laku yang prihatin dalam melakukan hubungan interpersonal secara efektif. Respon yang diberikan boleh secara lisan atau buka lisan. Misalnya penggunaan video untuk menyampaikan maklumat dalam pembelajaran, kemudian pelajar tersebut boleh berbincang mengenai video yang terpapar. Dengan ini, tingkah laku akan berubah melalui proses pembelajaran. Pelajar juga akan bertanya kepada guru sekiranya mereka tidak faham apa kandungan yang ada dalam video tersebut.

v)                  Peningkatan kesedaran akan berlaku sekiranya video yang dipaparkan mempunyai nilai-nilai murni pada akhir bahagiannya. Ini bermakna, kandungan video tersebut bukan hanya semata-mata mementingkan jalan pennceritaan tetapi skrip juga harus mengandungi nilai moral. Misalnya dalam subjek sejarah boleh menyangkan tentang proses-proses kemerdekaan Malaysia. Pada akhirnya, pelajar akan sedar bahawa betapa sukarnya untuk pemimpin kita mendapatkan proses kemerdekaan. Ini akan memberi kesedaran kepada mereka supaya mencintai Negara Malaysia.

5. Kekangan menggunakan video di dalam kelas.

1.   Peralatan yang tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah yang kurang.
Kos pengurusan dan kewangan sekolah bukan hanya untuk membina infrastruktur, malah ada banyak lagi kegunaan yang lain yang mana merupakan asas kepada pembelajaran. Kadang kala di sekolah yang di luar Bandar dan pedalaman, penggunaan video ini tidak mampu untuk dilaksanakan kerana masalah insfrastruktur yang lain seperti ketiadaan bekalan elektrik. Jadi pembelajaran menggunakan video di dalam kelas tidak dapat dilaksanakan kerana tiada kemudahan LCD dan skrin putih.

2.   Masa yang terhad.
Biasanya dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran, masa yang diperuntukkan adalah dalam 40 minit untuk satu-satu masa. Dengan menggunakan kaedah video, kemungkinan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi. Perancangan yang dibuat oleh guru mungkin adala banyak aktiviti yang memerlukan pelajar berbincang, sesi soal jawab dengan pelajar dan sebagainya. Ini akan menyebabkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi sekiranya menggunakan video.

3.   Guru kurang kemahiran mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat juga guru yang kurang kemahiran dalam mengendalikan video semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemungkinan kandungan yang terdapat dalam video tersebut tidak sesuai dengan topik pembelajaran pada hari tersebut. Ini tidak akan dapat memberikan apa-apa input kepada pelajar. Selain itu, ada juga sesetengah guru yang kurang mahir dalam penggunaan ICT, LCD projector.

 6. Bagaimana menggunkan video di dalam kelas? Sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum
Tentukan objektif video ditayangkan di dalam kelas. Adakah video tersebut nanti mampu memberi input kepada pelajar serta bersesuaian dengan topik pembelajaran pada hari itu. Pilih video yang sesuai dan ahkir sekali sekurang-kurang ada nilai moral. Kalau perlu pra-tontonkan video tersebut dahulu kepada guru-guru lain dan minta pendapat adakah video tersebut relevan dengan kehendak subtopic serta sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Guru juga perlu melakukan suntingan awal terhadap video tersebut dan boleh membuang mana-mana bahagian yang tidak perlu di samping untuk menjimatkan masa dengan memendekkan masa dalam video tersebut. Persediaan ini terus dilakukan sehingga masuk ke kelas dan terus memasang video tersebut. Ini adalah untuk menjimatkan masa.

Semasa
Guru hendaklah memastikan ruang kelas itu selesa, susunan tempat duduk kemas dan teratur supaya pelajar boleh melihat dan mendengar video yang dipaparkan secara baik. Guru memastikan kelas dalam keadaan senyap dan focus untuk melihat tayangan video. Pelajar diminta mencatat apa yang mereka dapat/input yang mereka dapat dari tayangan video tersebut.

Selepas.
Guru hendaklah mengemas peralatan yang digunakan dan diletakkan seperti sedia kala. Guru boleh meminta pandangan pelajar tentang apa input yang mereka perolehi dari video tersebut untuk memastikan mereka mengikuti kaedah pembelajaran tersebut atau tidak.



7. SOALAN NOMBOR 3

Manipulatives
Examples
How to use
Objective
1.Objek sebenar
 (Real objects)
(Realia Asli)
Alatan kaji cuaca
(Relia Asli)
Termometer
Anemometer
Barometer
Tolok hujan
Petunjuk arah angin
Alat pelindung Stevenson
Solarimeter
Termograf
Perakam hujan



Pameran (Exhibits)

-Guru boleh menyediakan satu makmal geografi untuk meletakkan alatan kaji cuaca ini.

-Alatan ini hendaklah disusun rapi di dalam makmal geografi.

-Memandangkan lokasi perletakan alatan ini di dalam makmal kemungkinan alatan yang dipamerkan adalah alatan   yang tidak berfungsi lagi tetapi hanyalah dijadikan sebagai pameran supaya pelajar dapat melihat sendiri jenis-jenis alatan untuk mengukur keadaan cuaca. (kecuali alatan yang boleh berfungsi di dalam bilik seperti termometer dan barometer).

-Setiap alatan yang dipamerkan   hendaklah disertai informasi berupa jenis alatan, kegunaan alatan serta cara serta bila alatan tersebut digunakan.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengenalpasti jenis-jenis alatan kaji cuaca.
2.       Mengetahui fungsi-fungsi jenis-jenis alatan kaji cuaca
3.      Membandingkan kegunaan serta jenis alatan kaji cuaca antara satu dengan yang lain.
2.Model
Globe

Model pepejal

-Model globe dibuat untuk mewakili bumi yang mana saiznya dibina berdasarkan skala pengecilan tertentu.Globe   yang dibuat adalah lebih kecil dan menyerupai objek sebenar (bumi).
-Benua-benua yang ditunjukkan pada globe ditegaskan lagi dengan warna-warna yang berlainan, disertakan dengan nama benua, lautan, garisan-garisan yang terdapat di bumi.
-Setiap lokasi yang terdapat di muka bumi ditegaskan dengan warna, bentuk dan label tertentu.
-Globe boleh dipusingkan mengikut arah lawan putaran jam secara perlahan-lahan untuk menunjukkan bagaimana bumi kita berputar.
-Perlakuan ini akan dapat merangsang minda pelajar bahawa bumi kita berputar mengikut arah lawan putaran jam.
-Guru boleh menunjukkan kedudukan benua, lautan, serta garisan yang terdapat pada globe.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengetahui kedudukan benua-benua, garis lintang dan bujur serta lautan di bumi kita.
2.       Mengetahui bahawa bumi berputar mengikut arah lawan putaran jam.
3.       Mengenalpasti 5 jenis benua di muka bumi.
4.       Mengenalpasti garis bujur serta garis lintang yang terdapat pada bumi kita.
5.       Mengetahui rupa sebenar bumi kita berdasarkan globe.
3.Mock-ups
Letusan Gunung berapi-(hands-on experiences)
(Model yang dibuat    daripada
Serbuk pencuci
Soda bikarbonat
Cuka
Pewarna merah dan kuning



Cara menghasilkan letusan gunung berapi.

1.       Masukkan soda bikarbonat ke dalam bekas plastik.
2.       Masukkan pewarna merah dan kuning.
3.       Masukkan serbuk pencuci.
4.       Masukkan cuka.
-Selepas cuka dimasukkan buih   yang berwarna jingga keluar yang mana ianya menyerupai gunung berapi.
-Buih bewarna jingga terhasil daripada tindak balas soda dan cuka yang mengandungi asid.
-Ianya menyerupai gunung berapi.

Guru memberikan penerangan berkaitan dengan eksperimen yang telah dilakukan.
Pelajar akan dapat:

1.       Mengetahui bagaimana fenomena letusan gunung berapi berlaku.
2.       Memahami kesan-kesan terhadap alam sekitar sekiranya berlaku letusan gunung berapi di negara kita.
3.       Mengalami sendiri pengalaman –pengalaman menghasikan model yang boleh membantu menggambarkan kejadian yang berlaku dalam dunia sebenar.


SOALAN NO.4

Kajian lapangan
SubjekGeografi
Tajuk: Jenis dan taburan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Sub tajuk: hutan hujan tropika/ khatulistiwa.
Lokasi kajian lapangan : Taman Hutan Hujan Sandakan Sabah.    http://www.sandakanrfp.sabah.gov.my/
Objektif kajian lapangan:
Objektif kajian lapangan ini dijalankan adalah supaya pelajar dapat:
1.       Mengenalpasti jenis-jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan hutan hujan tropika.
2.       Mencirikan pelbagai jenis tumbuhan di kawasan hutan hujan tropika.
3.       Menyemai semangat cintakan alam sekitar .
4.       Melihat secara realiti keadaan kawasan hutan hujan tropika di Malaysia.
Aktiviti-aktiviti
1.       Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan penyeliaan oleh guru pengiring.
2.       Pelajar-pelajar akan diberikan taklimat dalam kumpulan masing-masing berkenaan dengan kajian lapangan.
3.       Pelajar –pelajar mula melawat kawasan hutan tersebut.
4.       Pelajar-pelajar diminta untuk mencatat jenis tumbuhan yang mereka lihat berdasarkan kepada label yang diberikan serta berdasarkan penerangan yang diberikan oleh pemandu pelancong di kawasan itu.
5.       Pelajar-pelajar akan diminta untuk membentangkan hasil pengalaman mereka (jenis tumbuhan, ciri-ciri tumbuhan serta cara pemeliharaan hutan tersebut)

 8. 
     8.1.   Apakah yang dimaksudkan dengan literasi video?

Literasi video merupakan satu eleman yang merangkumi pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini diperlukan untuk digunakan dalam melihat video serta menghasilkan video. 5 konsep utama untuk memahami literasi video adalah:
a.    Penulis menghasilkan mesej.
b.    Setiap mesej yang dihasilkan mempunyai format yang tersendiri dan unik.
c.    Setiap penonton mengintepretasikan mesej secara berbeza.
d.    Setiap mesej yang ingin disampaikan mengandungi nilai dan sudut pandangan tertentu.
e.    Kebanyakkan mesej yang disusun / dihasilkan untuk mempromosikan satu-satu tujuan tertentu/khusus.

     8.2.   Nyatakan 5 konsep utama menonton dan menghasilkan video.

           5 konsep utama menonton video
a.    Siapa yang menghasilkan mesej yang terdapat dalam video?
b.    Apakah teknik kreatif yang boleh menarik perhatian saya?
c.    Bagaimana pelbagai penonton memahami mesej yang dipaparkan secara berbeza?
d.    Apakah nilai, gaya hidup dan sudut pandangan yang diketengahkan atau elemen ini hanya diabaikan?
e.    Apakah tujuan mesej tersebut dipertontonkan?
5 konsep utama menghasilkan video.
a.    Apa yang saya ingin hasilkan?
b.    Adakah mesej menggambarkan pemahaman yang betul, kreativiti dan teknologi?
c.    Adakah mesej saya mengagumkan serta menarik perhatian penonton?
d.    Adakah saya faham dan mengekalkan kerangka nilai, gaya hidup dan sudut pandangan ?
e.    Adakah saya mengatahui tujuan secara dengan berkesan.

   8.3. Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video dengan cara:
a.    Maklumat lebih realistik
Penggunaan video mampu memaparkan maklumat secara menyerupai keadaan sebenar. Ini membolehkan pelajar seolah-oleh merasakan mereka berada dalam suasana yang digambarkan. Guru boleh menghasilkan video berkaitan dengan bumi,serta kehidupan dan juga ekosistem yang terdapat di dalam bumi. Objek yang sukar ditunjukkan dalam dunia sebenar dapat ditayangkan menggunakan video. Pelajar merasakan bahawa mereka seolah-olah berada di tempat itu atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Pelajar juga akan mendapat pengalaman secara visual.

b.   Mampu merangsang pelbagai deria
Jalinan audio, grafik meningkatkan lagi proses penyampaian maklumat kepada pelajar secara lebih mudah dan berkesan. Misalnya pelajar akan menumpukan perhatian mereka kerana video mampu ditonton serta didengar penceritaannya.

c.    Meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik
Penggunaan video mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Ada dalam kalangan pelajar yang lebih memahami dengan cara melihat serta mendengar berbanding membaca teks dan penerangan yang diberikan oleh guru. Pelajar boleh berbincang dengan rakan setelah selesai menonton video.

  8.4. Senaraikan dan terangkan bagaimana 4 jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?

i.             Dokumentari
Kejadian sebenar boleh dirakam atau didokumentarikan ke dalam bentuk video untuk ditayangkan. Dokumentari boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk fakta, bukan fiksyen dan versi fiksyen yang mengandungi fakta. Dokumentari memaparkan kisah sebenar dalam situasi sebenar. Misalnya rancangan National Geographic boleh membantu pelajar memahami kejadian sesuatu fenomena dalam dunia  yang sebenar. Sebagai contoh dalam subjek Geografi memerlukan seseorang pelajar memahami bagaimana fenomena gempa bumi berlaku. Pendokumentarian berkaitan dengan fenomena ini dalam National Geographic menambahkan lagi pemahaman pelajar berkaitan dengan topik yang telah dipelajari. Ini kerana ianya adalah berdasarkan fenomena sebenar.

ii.           Pendramaan
Biasanya pendramaan yang selalu ditayakan adalah dalam Kesusasteraan Klasik. Pemahaman terhadap Kesusteraan ini agak sukar sekiranya pelajar membaca teks sahaja. Ini kerana bahasa yang digunakan juga agak sukar untuk difahami. Apabila ditayangkan dengan video pelajar memiliki peluang untuk belajar secara lebih mendalam apabila mereka dapat membandingkan atau membezakan antara drama dan juga teks. Dalam membantu pembelajaran pelajar, guru boleh ‘mendramakan’ sesuatu content pembelajaran yang sedia ada dalam bentuk cerita ( KOMSAS) untuk subjek Bahasa Malaysia, lagu sreta puisi. Dengan ini, jalan penceritaan atau mesej yang hendak disampaikan lebih mudah difahami oleh pelajar apabila menonton drama tersebut. Misalnya dalam bahagian KOMSAS (komponen sastera) ada beberapa jenis puisi tradisiobnal yang menggunakan bahasa lama, guru boleh mewujudkan watak dalam kalangan pelajar dan merakam dalam bentuk drama supaya penyampaiannya lebih mudah.
iii.            Penceritaan video.
Penceritaan bertujuan untuk menghiburkan dan memberi maklumat. Dalam pembelajaran, guru boleh menggunakan video yang menayangkan tentang penceritaan mengenai perubahan iklim, hidupan liar, tumbuhan semula jadi. Penceritaan boleh dibuat secara bersiri. Ini membolehkan pelajar tahu tentang kesinambungan cerita tersebut. Walaupun begitu, penceritaan juga merupakan kemahiran yang penting untuk membangunkan pelajar dalam pelbgai peringkat umur. Penceritaan ini membantu pelajar supaya ebih kreatif dalam menghasilkan penulisan, kemahiran visual serta kemahiran menghasilkan video. Matlamatnya adalah untuk mengajar pelajar menghasilkan idea melalui penceritaan. Sepanjang proses ini, pelajar boleh belajar bersama-sama dan belajar dari antara satu sama lain.

iv.          ‘Virtual Field Trips’
Penayangan video jenis ini boleh membantu pelajar dalam pembelajaran dengan cara membawa pelajar ke suatu tempat yang mana tidak mungkin akan dapat dijejaki oleh mereka. Biasanya ia adalah jauah dari tempat asal kita. Misalnya boleh melihat dan melawat melalui tayangan video ke Lembah Amazon, Tembok Besar China. Ini akan menyebabkan pelajar seolah-olah berada dalam situasi dan tempat tersebut. Dengan ini, gambaran tentang informasi berkenaan tempat berkenaan (biasanya dalam bentuk teks, penyampaian maklumat oleh guru dan internet) lebih jelas. Pelajar menjadi faham dengan lebih mudah kerana melihat sebenar apa yang digambarkan semasa proses penceritaan atau pembacaan melalui teks.

    8.5. Nyatakan proses memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
i.             Memilih
Pelbagai video yang disediakan dan boleh diakses. Misalnya yang disediakan oleh pihak pertubuhan dan kerajaan, agensi swasta, pusat sumber sekolah dan banyak lagi. Pelabagai video tersedia yang dibiayai oleh pihak-pihak sebegini. Tujuan mereka mempromosikan video adalah pelabagai. Misalnya pihak kerajaan adalah untuk memaparkan berkaitan dengan tabiat yang sihat, kepelbagaian sumber dan tujuan penggunaan taamn-taman rekreasi. Kadangkala ada dalam kalangan penaja ini yang menayangkan kandungan video yang tidak sesuai dengan pengajaran kerana tujuan mereka adalah berbeza. Misalnya ada yang menayangkan tentang minuman keras dengan tujuan untuk mempromosikannya. Oleh itu guru haruslah sentiasa melihat siapa yang menaja video tersebut supaya tidak bercanggah dengan pembelajaran.
ii.           Menilai
Selepas memilih video yang berpotensi untuk dijaikan sebagai bahan pengajaran, guru hendaklah menilai sebaiknya isi kandungan video tersebut sama ada ia sesuai serta boleh mencapai objektif pengajaran. Menggunakan boring pentaksiran adalah cukup untuk seseoranga guru menilai kesesuaian video tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran.

 9. Proses reka bentuk visual perlu dimulakan dengan mengumpul atau menghasilkan visual secara individu dan elemen teks yang hendak digunakan. Dengan ini pereka tahu keperluan dan apa yang menarik minat pelajar berkaiatn dengan topik dan merangka atau memilih objektif yang hendak dicapai melalui visual yang dirancang. Ciri-ciri reka cipta visual adalah visual yang mudah, jelas dibaca dan juga difahami. Selain itu mesej yang terkandung dalam visual tersebut dapat ditafsir dengan berkesan. Visual yang baik juga akan mewujudkan interaksi yang aktif antara pelajar dan juga guru. Selain itu, keseimbangan, warnapenyusunan serta mesej yang ingin ditonjolkan dalam video juga menarik.
   


No comments:

Post a Comment