Pages

Sunday 23 December 2012

TUGASAN INDIVIDU_LILY TAMBAP (PT122127CT)


1.0 TUGASAN POWERPOINT:

A. SLIDE SEBELUM:


B. SLIDE SELEPAS:


2.0 TUGASAN EXCEL:

4.0 TUGASAN www.edmodo.com

1)   Modal RM1 juta. 
Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?
Dengan modal rm1 juta saya memilih untuk memulakan perniagaan "Fitness centre" di jalan UMS yang boleh mendapat tarikan dan perhatian daripada golongan remaja atau dewasa yang mungkin terdiri daripada pelajar UMS/Masterskill juga penduduk sekitar kawasan tersebut. Untuk memastikan perniagaan ini untung, pusat ini akan dilengkapi dengan kemudahan studio aerobik, indoor games sekali dengan bilik persalinan lelaki dan wanita.

2)   Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan beberapa sebab telah diutarakan.... Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?
Sebelum perniagaan dijalankan, banyak faktor yang perlu diambil perhatian. Salah satu adalah memastikan lokasi premis perniagaan tersebut berada di lokasi yang strategik. Disamping iru saya juga akan memastikan staf yang diambil bekerja mempunyai kemahiran dalam perniagaan ini dan mempunyai latarbelakang yang menarik bagi membantu dalam perniagaan ini. Promosi juga turut dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan disamping menyediakan kad keahlian/diskaun bagi pelanggan tetap.
3)   Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction.
Multi modality merujuk kepada kepelbagaian cara untuk menyampaikan informasi dalam P&P. Misalnya menggunakan pendekatan yang menggabungkan penggunaan multimedia, grafik, permainan, menekankan interaksi dan komunikasi dalam aspek P&P. Ini amat membantu pelajar lebih memahami dan menerima apa yang ingin disampaikan oleh guru. Multi modality instruction pula merupakan penyediaan maklumat penting dan tugasan-tugasan dalam bentuk lisan atau format penulisan bagi membantu kebolehcapaian pelajar terhadap kandungan kursus yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka.

4)   Sila respon untuk isu ini pula 
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran 
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning 
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) video berkait rapat dengan stail pembelajaran (VARK)..dengan menggunakan teknik visual dimana guru boleh mengajar dengan memasukkan pelbagai gambar juga tayangan video yang berkaitan dengan subjek...Auditory pula merujuk kepada kesan bunyi yang digunakan oleh guru untuk meningkatkan lagi kefahaman pelajar..Read pula merujuk kepada teks yang digunakan dalam video tersebut yang boleh membantu pelajar sambil mendengar mereka boleh juga mencatatkan nota..manakala kinestetik membolehkan merasakan, mengalami sendiri sesuatu situasi pembelajaran.

ii) merujuk kepada ubiquitous learning, penggunaan video di sini dapat dilihat sebagai mengatasi keterbatasan Jarak dan waktu. penggunaan video dengan ubiquitous learning adalah boleh juga dikatakan sebagai beberapa bentuk pembelajaran mudah alih. Pembelajaran ubiquitous ialah pendekatan pembelajaran merentas masa dan tempat. Selain belajar daripada dalam bilik darjah, murid belajar dari pelbagai lokasi pada bila-bila masa misalnya menggunakan telesidang video. 

iii) Higher order thinking skills termasuk kritikal, logik, reflektif, metakognitif, dan kreatif. Oleh itu penggunaan video dapat memupuk pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. 
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar apabila pelajar tidak pandai atau kurang pandai dapat belajar dengan baik. Ia dapat membantu pelajar belajar berkomunikasi dengan baik melalui soal jawab antara guru dan pelajar. 

v) Video dapat meningkatkan kesedaran pelajar apabila pelajar dapat menghayati video tersebut dengan emosi nya. Dengan ini kita akan dapat membawa masuk sesuatu peristiwa luar ke dalam kelas. Setiap yang terkandung dalam video tersebut mempunyai nilai yang dapat meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

5)   Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Terdapat beberapa kekangan menggunakan video dalam kelas antaranya,
i) tiada bekalan elektrik/elektrik terputus.
ii) sesetengah sekolah tidak mempunyai peralatan yang mencukupi misalnya LCD dan layar puith tidak dibekalkan dan guru kena menyediakan sendiri sekiranya ingin menggunakan video dalam P&P.
iii) kesan bunyi / gambar yang tidak jelas

6)   Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
Sebelum kelas bermula kena pastikan bahawa kelas tersebut mempunyai kelengkapan yang cukup seperti LCD, layar putih, soket/kabel elektrik. Pastikan juga guru menguji terlebih dahulu video tersebut boleh berfungsi dengan baik atau tidak. Di sampig itu pastikan juga bunyi (Sound) juga boleh didengar dengan jelas oleh pelajar. Semasa kelas sedang berlangsung, guru hendaklah memberi arahan dengan jelas apa yang perlu pelajar buat, guru hendaklah memantau pelajar sama ada mereka fokus atau tidak. Manakala selepas tamatnya video ditayangkan guru boleh bersoal jawab dengan pelajar atau pun membuat penerangan terhadap maksud tersirat dan tersurat yang disampaikan melalui video tersebut. Pastikan juga selepas tamatnya p&p segala peralatan disimpan dalam keadaan yang betul dan selamat.

7)   Assignment manipulatives (SOALAN DARI BUKU)
Soalan 3:
Terdapat 3 jenis manipulatif iaitu real-object, models dan juga mock-ups.
Jenis Manipulative
Bahan/contoh
Bagaimana cara menggunakan
Hasil pembelajaran
Real-Objects






Real object (Realia asli- objek semula jadi di luar konteks)
-guru membawa sendiri contoh batuan yang telah mengalami proses pengelupasan ke dalam kelas.
-guru menerangkan bagaimana proses luluhawa fizikal berlaku pada batuan.
-pelajar dapat melihat dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan proses pemecahan batuan akibat proses luluhawa fizikal.
model
Menggunakan model globe (model 3D berbentuk sfera)
-guru mengajar tajuk peta dengan membawa model glob.
-berdasarkan kepada model glob tersebut guru boleh menjalankan aktiviti di mana pelajar diarahkan untuk melukis sendiri peta Malaysia berdasarkan glob yang mereka lihat.
-pelajar juga turut diajar cara glob menggunakan belon yang ditampal menggunakan surat khabar dan kertas putih, kemudian melukis peta dunia di atas glob tersebut
-pelajar dapat gambaran yang tepat bentuk bumi dan kedudukan setiap negara berdasarkan peta pada glob tersebut.
-pelajar dapat menghasilkan sendiri peta Malaysia setelah melihat sendiri glob tersebut.
Mock-ups
Model kereta api/ kereta bergerak
(alat tiruan)
-guru memberi gambaran tentang kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia merujuk kepada model tersebut.
-pelajar dapat mengetahui sejauh mana perkembangan dan kepentingan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan di Malaysia.

SOALAN 4:   

Subjek: Geografi
Kelas: Tingkatan 1
Masa: 0800-0840 pagi
Tarikh: 12 Oktober 2012
Tajuk: Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.
Subtajuk: Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran pelajar akan dapat,
      i.        Mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan semula jadi di Malaysia.
     ii.        Menyatakan jenis-jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi.
    iii.        Menyenaraikan sekurang-kurangnya 4 kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.
Aktiviti pembelajaran:
      i.        Guru menayangkan slaid kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia daripada laman web http://www.rainforesteducation.com/default.htm.  
     ii.        Pelajar diminta untuk mencatatkan pengalaman yang mereka dapati sepanjang lawatan ke laman web tersebut dijalankan.
    iii.        Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kemudian diedarkan beberapa keping kad manila untuk setiap kumpulan.
   iv.        Pelajar diminta untuk membuat peta minda tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan lawatan mereka melalui laman web yang telah ditayangkan.
    v.        Pelajar diminta untuk membentang hasil mereka di depan kelas.
   vi.        Guru menyemak dan merumuskan hasil setiap perbincangan kumpulan.
Refleksi:
Melalui lawatan pelajar ke dalam laman web tersebut pelajar mendapat gambaran yang sebenar berkenaan tajuk yang dibincangkan. Pelajar dapat menyatakan dan menyenaraikan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia.

8)   Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya.... 
a)   Apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? 
b)   Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
c)   Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video? 
d)   Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar? 
e)   Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah. 
f)    Apakah yang dimaksudkan dengan lierasi video?

Video merupakan bahan tidak bercetak atau dikenali sebagai salah satu audio-visual. Apa-apa format electronik yang menggunakan gambar untuk membentangkan mesej boleh dirujuk sebagai video. Dalam teks ini, kita menggunakan istilah yang merujuk kepada imej bergerak elektronik, contohnya DVD atau video berasaskan komputer dan internet. Literasi video merangkumi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil atau melihat video bermakna serta untuk menghasilkan video. Terdapat 5 konsep memahami literasi video iaitu,
      i.        Satu cara pengarang untuk membina mesej.
     ii.        Format yang unik untuk menyampaikan mesej.
    iii.        Setiap penonton mentafsirkan makna yang berbeza.
   iv.        Pendapat dan nilai-nilai adalah sebahagian daripada mesej.
    v.        Kebanyakan mesej yang disampaikan adalah mempunyai tujuan yang spesifik.

9.   Nyatakan 5 konsep utama menonton dan menghasilkan video.
Proses taksonomi bloom turut terlibat apabila guru membawa pelajar untuk menonton video iaitu daripada tahap pengetahuan, analisis, pemahaman, aplikasi, sintesis hingga ke penilaian.

10.         5 konsep utama menonton video.
      i.        Siapa yang memikirkan mesej tersebut?
     ii.        Apakah teknik kreatif yang digunakan untuk menarik perhatian?
    iii.        Bagaimana orang ramai boleh memahami mesej yang hendak disampaikan?
   iv.        Apakah nilai,cara hidup, pandangan yang ingin dinyatakan?
    v.        Apakah tujuan mesej yang hendak disampaikan?

11.        5 konsep menghasilkan video. 
      i.        Apakah yang hendak dikaryakan/dikarang?
     ii.        Adakah mesej menggambarkan  pemahaman dalam format, kreativiti dan teknologi
    iii.        Adakah mesej mencapai sasaran audien?
   iv.       Adakah saya jelas dan konsisten dalam mengekalkan nilai, cara hidup dan padangan dalam mesej yang disampaikan?
    v.        Adakah tujuan  saya disampaikan dengan efektif?

12.        Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
Video sangat membantu guru dalam proses penyampaian pembelajaran dan pengajaran (p&p) kepada pelajar. Melalui pengaplikasian video dalam P&P, pelajar dapat menjana idea dan kreativiti untuk mengolah sesuatu bahan menjadi kepada bahan yang lebih menarik dan bermesej. Melalui tanyangan video oleh guru di dalam kelas, pelajar akan dapat pengalaman baru yang menarik melalui gambaran sebenar. Media video dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Video telah mempermudahkan pengajaran guru kerana pelajar berpeluang melihat situasi-situasi sebenar dari luar yang tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah.Contohnya, gempa bumi, habitat sesuatu kawasan, kehidupan haiwan, pembiakan organisma dan sebagainya.Dengan demikian, pelajar juga lebih mudah memahami apa yang diterangkan oleh guru.

13.        Senaraikan dan terangkan bagaimana 4 jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
Dokumentari
Video merupakan satu alat untuk merakam dan menyusun semua peristiwa yang telah berlaku untuk dibawa ke dalam kelas. Dokumentari adalah berbentuk fakta bukan fiksen. Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek geografi melalui rancangan dokumentari iaitu National Geographic, pelajar boleh melihat sendiri kejadian alam yang dirakam seperti letusan gunung berapi. Melalui rancangan ini, pelajar lebih memahami kejadian sebenar yang berlaku. melalui Dokumentari juga pelajar akan dapat menampilkan kehidupan yang nyata melalui rakaman dan juga video yang telah diputar kembali.
Dramatization/ Pendramaan
Boleh membentuk sifat positif dan karakter dalam kalangan pelajar seperti memahami budaya yang pelbagai, pembinaan sifat kendiri dan juga membentuk semangat kerjasama antara pelajar. Teknik pendramaan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran misalnya dalam subjek Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial pelajar. Hasil ini akan dapat kita lihat apabila pelajar mampu mengeluarkan buah fikiran. Dalam matapelajaran sejarah pula, Video boleh merealisasikan peristiwa silam seperti peristiwa di Bukit Kepong, pembunuhan J.W.W.Birch di Pasir Salak. 
Video storrytelling
Manusia merupakan ‘storrytelling animals’ kerana suka mendengar dan berkongsi cerita kerana mereka suka hiburan dan menyebarkan maklumat. Bercerita sangat penting dalam membentuk kemahiran pelajar tanpa mengira had umur. Video bercerita membolehkan pelajar kreatif dalam kemahiran penulisan, literasi video dan penghasilan video. Hasilnya guru akan dapat melihat apabila matlamat mereka tercapai apabila pelajar boleh mengeluarkan buah fikiran mereka melalui penceritaan. Video jenis ini adalah gabungan antara gambar, teks, suara(intonasi) dan video. ia bukan sahaja mampu membangkitkan semangat pelajar tetapi juga meninggalkan kesan mendalam untuk meningkatkan ingatan pelajar.
Virtual field trips
Video boleh membawa pelajar ke tempat yang tidak boleh atau pernah mereka lawati. Contohnya dalam pembelajaran geografi, tayangan video berkenaan dengan hutan hujan Amazon membantu pelajar memahami apakah yang dimaksudkan dengan hutan hujan amazon. Pelajar boleh merasa dan melihat sendiri melalui video tersebut. Sebagai tambahan pengetahuan kepada pelajar selepas menonton video mereka boleh  menambah pengetahuan melalui pembacaan buku, mendapatkan maklumat melalui internet dan juga daripada syarahan guru dalam kelas.

14.        Nyatakan proses memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah.
Proses pertama semasa memilih video yang hendak digunakan dalam P&P guru hendaklah memastikan bahawa video tersebut adalah dapat menyokong objektif pembelajaran.
Dalam mencari video yang sesuai untuk digunakan dalam pendidikan, guru hendaklah mempunyai akses terhadap video pendidikan dari pelbagai sumber. Persatuan syarikat swasta dan agensi kerajaan menaja video untuk pelbagai sebab. Syarikat swasta boleh membuat video untuk mempromosikan produk atau untuk meningkatkan imej mereka. Persatuan dan agensi kerajaan menaja video untuk mempromosikan punca kesihatan yang lebih baik, pemuliharaan sumber asli, dan penggunaan taman dan kawasan rekreasi yang betul.
Proses yang kedua adalah untuk menilai video yang dipilih untuk pastikan bahawa matlamat sebenarnya anda selaras dan memenuhi keperluan pelajar. Selepas anda meletakkan beberapa video yang berpotensi untuk digunakan, gunakan alat penilaian untuk menilai/mentafsir pengajaran anda. Terdapat beberapa sekolah dan guru dalam talian laman web yang menawarkan borang penilaian standard untuk mentafsir/menilai video dengan teliti yang melibatkan pelbagai faktor kepada orang lain yang sambil lewa. Penilaian yang baik banyak membantu guru memilih bahan yang membolehkan meningkatkan pembelajaran pelajar. Selain itu, keputusan penilaian membantu guru untuk memutuskan dan membeli/menyewa bahan video khas.

15.        Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual
Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Visual adalah media berbentuk paparan interaktif yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Namun keberkesanan penggunaan visual bergantung kepada kualiti yang ada pada kualiti visual tersebut. Berikut merupakan ciri-ciri penggunaan yang terdapat pada penggunaan Visual:
      i.        Mudah dan jelas dibaca / difahami.
     ii.        Mesej mudah ditafsir.  Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual.
    iii.        Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual.
   iv.        Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.
Proses pertama dalam mereka cipta visual ialah merujuk kepada prinsip keseimbangan dalam menempatkan komponen-komponen visual dalam susunan yang menarik secara estetik. Terdiri daripada keseimbangan formal dan tidak formal. Kemudian pula susunan, proses penyusunan dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar kelihatan lebih realistik. Susunan visual yang menarik mampu mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Dari segi pemilihan warna pula, ia dipilih berdasarkan fungsinya iaitu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan, memudahkan sesuatu item dilihat, mewujudkan perasaan harmoni dan juga melahirkan kesan tertentu. Dari segi kejelasan pula, ia hendaklah mengambilkira saiz, bentuk dan juga kontras tulisan yang hendak digunakan dalam menghasilkan bentuk visual. Proses seterusnya ialah mewujudkan daya tarikan pada visual tersebut. Ini merujuk kepada bagaimana visual tersebut mampu menarik perhatian audien dan minat terhadap persembahan visual tersebut. Penggunaan elemen grafik yang berkesinambungan antara satu dengan lain membolehkan mata dan fikiran penonton mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

Hasil  Kerja ;
Lily Anak Tambap
PT122127CT
DPLI@GEOGRAFI  2012/1013
















No comments:

Post a Comment