Pages

Monday 24 December 2012

TUGASAN INDIVIDU_ANIZA BINTI SAMAT (PT122017CT)

1.0 TUGASAN POWERPOINT
http://www.slideshare.net/nieza80/powerpoint-geografi-tingkatan-4-15744766


2.0 TUGASAN EXCEL
http://www.slideshare.net/nieza80/latihan-excel


3.0 INFOGRAFIC GEOGRAPHY EDUCATION







4.0 TUGASAN ASINGMENT ( www.edmodo.com)

        Modal RM1 juta. 
         Apakah jenis perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? 
          Bagaimana untuk memastikan perniagaan anda UNTUNG?

             
             Jawapan: saya akan menjalankan perniagaan Nasi Lemak Satu Malaysia

Cara saya untuk memastikan perniagan saya untung dengan cara, membuat kajian, memilih lokasi yang strategik, sentiasa mendapat bekalan yang cukup, serta memperbayakan iklan dan promosi.

Tahniah... ramai yang dah respons tentang jenis perniagaan yang hendak dijalankan dan   beberapa sebab telah diutarakan....


Sila jawab soalan yang kedua pula iaitu BAGAIMANA untuk memastikan perniagaan itu 100% UNTUNG? Apakah faktor2 yang perlu difikirkan sebelum dan semasa juga setelah perniagaan itu dimulakan?


cara saya hendak memastikan perniagaan tersebut mendapat untung, saya akan membuat kajian kekuatan dan kelemahan, serta membuat perancangan untuk mempromosikan perniagaan saya kepada orang ramai
faktor yang diutamakan sebelum memulakan perniagaan....

1. Persaingan Perniagaan
2. lokasi
3.Pemasaran
4.Bekalan bahan mentah

F         2. Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality  instruction
   Multi Modality ialah medium multimedia yang boleh digunakan oleh pendidikan untuk     menyampaikan maklumat kepada pelajar semasa proses p n p dijalankan, misalnya mengunakan visual, audio,grafik, aminasi dan suara. Penggunaan media yang menarik ini membolehkan seseorang pelajar memahami sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan seterusnya dapat menyimpan informasi yang diterima dalam ingatan jangka panjang. Persembahan melalui video, grafik, animasi, power point dapat meningkatkan daya ingatan seseorang terutama pelajar. Manakala "Multi modality instruction” pula merupakan cara menyampaikan maklumat dalam bentuk lisan dan bertulis untuk menggalakkan akses kepada kandungan p dan p serta membantu pelajar dalam mencari modaliti yang konsisten dengan kekuatan pembelajaran mereka. 


i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran

ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran


1.Penggunaan video dan stail pembelajaran 
- Penggunaan video boleh digunakan untuk mengajar pelajarbelajar dengan melihat,memerhati, dan mudah mengingati maklumat berbentuk carta, gambar,grafik, peta dan imej. Selain itu, penggunaan video dalam proses pembelajaran,penyampaian maklumat dapat mempengaruhi motivasi pelajar.Sesuatu penerangan juga dapat di ulang-ulang menerusi penggunaan video, misalnya penerangan mengenai sesuatu kerja di makmal boleh dirakam, kemudian ditontonkan semula kepada pelajar.Dengan adanya rakaman ini, dapat membentuk kefahaman yang lebih mendalam bahkan pelajar juga boleh belajar secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan guru disamping mereka. 


2. Penggunaan video dengan ubiquitous learning 
-Pembelajaran ubiquitous ialah pendekatan pembelajaran merentas masa dan tempat. Selain belajar daripada dalam bilik darjah, murid belajar dari pelbagai lokasi pada bila-bila masa, jesteru itu, penggunaan video dalam pembelajaran dapat membantu pelajar untuk belajar sendiri tanpa bantuan guru malahan pelajar mempunyai kebolehan untuk mengakses, menilai,mengguna, dan mengurus maklumat. 

3.Penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills) 

- Penggunaa video dengan Kemahiran berfikir peringkat tinggi ( HOTS ) ini, membantu pelajar berupaya menggunakan kaedah penaakulan bersesuaian dengan situasi bagi membuat keputusan untuk menyelesai masalah berdasarkan pada video yang telah ditonton. Pelajar juga dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah secara berfir kritis dan kratif dengan cara menganalisis, mengaplikasi, mensentesis dan menilai apa yg telah mereka lihat. 


4 penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar. 
- Penggunaan video membolehkan pelajar bekerjasama dan saling bantu-membantu untuk memenuhi kehendak tugasan misalnya tugasan seperti membuat ujikaji di makmal sains. Di samping itu juga, ianya juga mampu menggalakkan perasaan yang positive di mana pelajar dalam kumpulan masing-masing atau kelas masing-masing akan saling menghargai, menyokong, dan menghormati di antara satu sama lain malahan dapat mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif dalamkalangan , 

5. Penggunaan video dengan peningkatan kesedaran 
-Penggunaan video dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar misalnya melalui tayangan decumentary sejarah negara. Dengan adanya tayangan video ini dapat mendidik kepada pelajar supaya lebih mencintai negara dan sentiasa mengamalkan nilai patriotisme. Disamping itu juga, pelajar dapat mengenali tokoh tanah air, supaya mereka dapat menghargai jasa dan pengorban tokoh tanah air. Pelajar berkebolehan mengaplikasi tayangan video dengan berkesan dalam pembelajaran dan urusan kehidupan seharian. 

F          Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
1. Susah untuk dilaksanakan terutamanya di sekolah pendalaman yang tidak ada bekalan elekterik.

2. Peralatan yg tidak mencukupi kerana kos pengurusan dan kewangan sekolah akan berkurang sekiranya digunakan untuk membeli peralatan video.

3. Aspek pengunaan masa iaitu masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang terhad

4. Terdapat guru yang kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

5. Sekiranya terputus bekalan elekterik dan peralatan rosak atau hilang, sesi pengajaran dan pembelajaran 
terganggu dan tidak dapat diteruskan. 


F        Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas


  • Sebelum
-Guru haruslah memastikan semua peralatan berfungsi dengan baik dan selamat digunakan
.
- Sebelum tayangan dimulakan, guru perlu memastikan suasana tempat yang selesa dan tidak ada gangguan

-Sebelum di tayangkan kepada pelajar, guru terlebih dahulu harus lah menonton terlebih dahulu video supaya guru dapat memahami kandungan pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan.

-Guru perlulah menerangkan kepada pelajar kandungan rancangan, supaya pelajar dapat memahami jalan cerita yg akan dismpaikan.


  • Semasa
-Semasa tayangan perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau kecuali jika perlu guru mengeluarka suara.

-Guru juga harus menonton bersama-sama murid serta menunjukkan minat terhadap apa yang sedang ditayangkan.



  • Selepas
- Guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya disamping mengemukakan soalan ringkas kepada kelas.

- Guru juga perlu membuat ulangan terhadap butiran-butiran yang isi penting yang terdapat dalam video

- Guru juga meminta pelajar memberi pendapat tentang video yang telah mereka tonton.

- Guru boleh mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar

F  
Assignment manipulatives


1.   Model Main Terancang (Guided Play)


   Model main terancang mempunyai unsur-unsur main bebas tetapi unsur-unsur berkenaan telah dirancang oleh guru dengan rapi untuk mencapai matlamat tertentu. Guru mengenal pasti bahan tertentu dan kanak-kanak membuat pilihan. Aktiviti ini dijalankan bawah bimbingan guru. Contohnya, dalam subjek matematik, guru menggunakan permainan Monopoli untuk memperkukuhkan pembelajaran konsep nombor, tambah, tolak dan kemahiran membuat keputusan. 

Jawab lima soalan ini dengan ringkas sahaja ya....
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
5) Nyatakan pros

JAWAPAN SOALAN 1


-Literasi vedio merupakan salah satu daripada media bergerak yang menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam menyampaikan sesuatu imej kepada penonton. Contohnya, Imej angkasawan negara yang berada di stesen angkasa antarabangsa dapat ditontonkan kepada pelajar dengan jelas seperti mereka berada di situasi sebenar. Video berupaya untuk merakamkan imej yang dekat dan jauh bahkan vedio juga boleh memanipulasikan ruang.



 JAWAPAN SOALAN 2 
Konsep menonton video
1) Pemahaman Mendengar (cloze/listening comphrehension)

2) Tayangan Senyap (Silent Viewing)

3) Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing)

4) Tayangan Bersinar dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary)

5) Urutan (Sequencing)


Menghasilkan video 
1) Fasa Analisis- Pembangun perisian melaksanakan penganalisisan terhadap keperluan perisian bagi memastikan pembangunan perisian lebih terancang dan sistematik.


2) Fasa Rekabentuk – Tujuan dilaksanakan dengan menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang terlibat.


3) Menu Utama Perisian- Pengguna akan di bawa ke menu utama perisian ini.Disini, pengguna boleh membuat pilihan permainan yang mereka ingin main.


4) Skrin Isi Pelajaran


5)Kemudahan Lain Dalam Perisian

JAWAPAN SOALAN 3

Pengunaan aplikasi video dalam pembelajaran dapat meningkatkan pembelajaran kerana penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar yang memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar. Media vedio dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja,terutama sekali tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jau untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan tayangan video pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.Ol;eh yang demikian, penggunaan vedio dalam pembelajaran berupaya untuk mempengaruhi motivasi pelajar terhadap proses penerimaan maklumat, bahkan video juga mampu membawa unsur ralistik atau keadaan sebenar yang boleh mempengaruhi perasaan dan emosi pelajar. Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di makmal boleh dirakam dan kemudianya dipaparkan kembali kepada pelajar bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar boleh menonton klip video tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan.



 JAWAPAN SOALAN 4


4 JENIS VIDEO
1. DOCUMENTARY VIDEO

-Tayangan video documentary dapat memberi penekan beberapa aspek kepada pelajar, misalnya tayangan dokumentari hidupan liar. Melalui tayangan ini pelajar dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar yang belum pernah mereka lihat.


2. DRAMATIZATION VIDEO
- Tayangan video drama , boleh membentuk sikap positif dan tingkahlaku pelajar apabila menonton cerita yang ditayangkan.


3. STORY TELLING VIDEO
- Penayangan storytelling kepada dapat menceritakan unsur-unsur pengajaran kepada pelajar.

4.VIRTUAL FIELD TRIPS VIDEO
Tayangan virtual field video, membolehkan pelajar melihat keadaan situasi sesuatu tempat misalnya, hutan hujan di Amazon. Melalui tayangan video ini dapat menambah ilmu pengatahuan kepada pelajar.


 JAWAPAN SOALAN 5.
1.Tetapkan tujuan dan objektif- Guru pasti tahu matlamat menghasilkan video dan siapakah kumpulan sasaran, serta bagaimanakah bahan itu digunakan dalam bilik darjah.


2. Penyelidikan bagi mengumpul bahan-bahan yang diperlukan- Bahan-bahan yg diperlukanj seperti gambar dan maklumat.


3.Pilih bahan-bahan yg sesuai- Bahan yg difikirkan benar perlu dan relevan


4. Menulis Skrip


5.Bersedia membuat pengambaran


6. Sediakan bahan-bahan grafik


7.Sediakan peralatan dan bahan-bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi


8. Memulakan penggambaran


9. Menyunting- Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.


10. Rakaman audio-langkah ini adalah untuk memasukan kesan bunyi


11. Prebiu- rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.


12. Gunakan dalam pengajaran- Disini guru mengunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai objektif P n P.


13. Penilaian dan penambahbaikan- guru perlu menilai bahan vedio dari segi kesesuai dalam P n P. Jika buat penambahbaikan guru, haruslah pastikan objektif penyediaan bahan tercapai. 


F  Sila refleks tentang proses dan ciri-ciri reka cipta visual

Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Proses visual digunakan dalam p & p mengunakan tayangan seperti transperensi dan projektor overhead, powerpoint digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya.

Ciri-ciri visual
1. Mudah, jelas dibaca dan difahami
2. Mesej dapat ditafsir dengan berkesan
3. Interaksi aktif di antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual
4. Membantu memfokuskan perhatiankepada maksud yang terdapat dalam visual




No comments:

Post a Comment