Pages

Sunday, 25 November 2012

2.0 Perbezaan Blog dan Website


2.0 Perbezaan Blog dan Website
Perbezaan pertama antara blog dan website adalah dari sudut capaiannya (akses). Website 1.0 hanya satu laman yang statik atau hanya berfungsi untuk memaparkan maklumat. Maklumat yang dipaparkan hanya boleh dibaca sahaja. Berbeza pula dengan web 2.0 atau blog, yang mana maklumatnya boleh dibaca dan juga ditulis. Pembaca atau pengikut (followers) blog boleh memberikan komen terhadap artikel-artikel yang dimuatnaik oleh blogger ke dalam blog.
 Perbezaan yang kedua pula adalah dari sudut paparan maklumat. Bagi website, maklumat yang dipaparkan adalah agak jarang dikemaskini. Walaupun dikemaskini, namun ianya agak sukar bagi mereka yang kurang mahir dalam komputer dan juga pembinaan laman web. Bagi blog pula, ianya cukup mudah untuk dikemaskini dan sentiasa memaparkan hasil tulisan atau penulisan terbaru dalam lamannya. Artikel-artikel yang baru ditulis (published) akan dipaparkan di bahagian atas manakala artikel yang lama akan berada di bahagian bawah (reverse chronological order).

Perbezaan yang seterusnya adalah berkaitan dengan penglibatan pengguna dalam web ini. Bagi laman web 1.0 ianya kurang interaktif dan hanya melibatkan ‘client-server’. Interaksi atau liputannya agak terhad kerana maklumat boleh dibaca sahaja berbanding dengan blog. Blog adalah melibatkan rangkaian atau jaringan ‘peer to peer’ yang mana terdiri dari beribu pengguna berbanding laman web. Laman web 1.0 lebih dikenali sebagai laman web sahaja yang mana menunjukkan bahawa tidak melibatkan banyak rangkaian pengguna kerana sifat yang statik. Manakala laman web 2.0 yang berupa blog pula adalah laman web sosial yang melibatkan ramai pengguna. Ini kerana ianya merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get).
Selain daripada itu, web 1.0 yang hanya berfungsi untuk memaparkan maklumat lebih digunakan dalam bidang bisnes, berita serta iklan. Biasanya maklumat yang terpapar adalah berupa katalog, iklan-iklan serta berita yang terdapat dalam surat khabar dan majalah. Manakala bagi web 2.0 iaitu blog pula boleh dipelbagaikan fungsinya iaitu podcasting, photoblog dan vlog. Podcasting merupakan audio blog yang mana apabila pelawat membuka blog tersebut, mereka boleh mendengar serta memuat turun audio yang terdapat dalam blog tersebut. Photoblog pula lebih keada photograph yang mana menyediakan blog yang dipenuhi oleh gambar, imej yang dipaparkan beserta dengan teks. Manakala bagi vlog pula adalah yang berupa video blog. Apabila satu-satu artikel atau teks diterbitkan dalam blog, ianya akan diikuti oleh video klip dan pengguna boleh berbincang mengenai video tersebut. Ianya terpulang kepada blogger untuk memilih sama ada menghasilkan blog berupa bisnes, blog peribadi dan juga ‘content blog’.


Selain itu perbezaan yang lain adalah dari segi kandungan bahasa program. Bagi web 1.0 ianya tampil dengan bahasa program HTML. Bagi web 2.0 iaitu seperti blog ianya tampil dengan bahasa program  XML. Manakala pengelolaan kandungan bagi web 1.0 adalah secara taksonomi atau direktori dan web 2.0 adalah secara folksonomi atau tag. Berikut adalah perbezaan secara ringkas antara web 1.0 dan juga web 2.0.



Ringkasnya, perbezaan antara web 1.0 dan 2.0 adalah amat ketara. Blog merupakan salah satu daripada web 2.0. Walau bagaimanapun. Web 2.0 adalah hasil transformasi dari web 1.0. Kekurangan ciri-ciri yang ada pada web 1.0 mencetuskan pelbagai aplikasi dalam web 2.0.

No comments:

Post a Comment