i. Boleh menggalakkan pemikiran kritikal dan analitikal.
Peter Duffy, Pegawai Pembangunan Pendidikan di Hong Kong Polytechnic University, dan Dr Axel Bruns, Media dan Komunikasi, Industri Kreatif fakulti ahli di Queensland University of Technology, mencadangkan bahawa pelajar boleh mendapat manfaat daripada struktur blog dalam beberapa cara. Sebuah blog menyediakan pelajar dengan peluang untuk menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal dan menggunakan bahasa dan penulisan prinsip yang menunjukkan pemikiran analitikal dan kefahaman. Sekiranya pelajar diberi peluang menulis tugasan untuk posting blog, mereka akan mempelajari banyak manfaat seperti komitmen, penjadualan dan perancangan. Dapat dilihat juga bahawa kelebihan blog adalah mudah untuk digunakan dalam menghantar penulisan secara on-line. Pelajar dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan di samping dapat berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Melalui blog juga ia mampu menggalakkan perkembangan bahasa terutamanya bahasa Inggeris melalui pemaparan tulisan dalam blog yang ditulis.
Ia juga digunakan sebagai laluan teknologi bagi pelajar-pelajar yang tidak selesa menggunakan komputer. Semakin lama para pelajar didedahkan dengan penggunaan blog maka mereka mudah untuk menggunakan teknologi yang sedia ada. Pembinaan blog juga tidak memerlukan pengetahuan yang luas tentang kod-kod atur cara seperti HTML, CSS, PHP dan sebagainya. Dengan ini pelajar akan belajar membiasakan diri dengan aplikasi komputer termasuklah seni kemahiran reka digital, mencipta blog serta kod ccs. Blog lebih senang diselenggara kerana telah tersedia fungsi kiriman mudah serta reka bentuk yang boleh di ubahsuai melalui kaedah “drag and drop”. Layout dalam blog juga adalah bersifat mesra pengguna. Menerusi blog, perkongsian ilmu akan berlaku di antara pelajar dengan pengguna yang lain. Hal yang demikian kerana menurut Cabrera (2002), perkongsian ilmu merupakan satu aktiviti di mana ilmu (maklumat, kemahiran-kemahiran atau kepakaran) dikongsi dalam kalangan pengguna, rakan-rakan, ahli-ahli keluarga, satu komuniti atau sebuah organisasi. Penggunaan blog sebagai medium penghubung membolehkan pelajar berkongsi maklumat atau bertukar pendapat dengan pengguna yang lain tanpa sempadan atau kekangan masa (NurAzza, 2009). Melalui blog, guru dan pelajar boleh mengkritik bentuk penulisan dan idea yang bercanggah di ruang komen.
ii. Boleh menggalakkan pemikiran kreatif, intuitif dan bersekutuan (pemikiran kreatif dan bersekutuan berhubung dengan blog yang digunakan sebagai alat sumbang saran dan juga sebagai sumber untuk interlinking, mengulas pada idea-idea yang saling berkaitan).
Penggunaan teknologi menerusi blog dapat membantu pelajar berhubung secara online dengan guru atau rakan-rakan. Pelajar boleh menggunakan blog sebagai medium untuk belajar dengan cara mencari maklumat ataupun berkongsi maklumat dengan pengguna blog yang lain. Menurut Kennedy (2003) blog kini telah menjadi dimensi baru untuk guru dan pelajar bagi membentuk satu alat penerbitan yang interaktif dan segera. Blog juga satu medium yang boleh mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar. Melalui blog, pelajar tidak cepat bosan untuk belajar blog merupakan satu bentuk teknologi pembelajaran yang baru. Cara pembelajaran yang interaktif ini, membuatkan pelajar lebih gemar untuk belajar semasa berada di rumah dan tidak membuang masa mereka dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.
Selain itu, manfaat penggunaan blog dalam pendidikan juga dapat dilihat melalui fungsi blog itu sebagai medium untuk melakukan aktiviti forum. Forum secara maya adalah salah satu teknologi yang sangat berpotensi sebagai ruang perbincangan dalam kalangan pelajar. Pelajar dapat menjimatkan masa untuk berbincang di luar waktu sekolah. Melalui blog, pelajar tidak perlu berjumpa untuk membincangkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, perkongsian pendapat dan sebarang masalah tentang sesuatu mata pelajaran boleh diutarakan. Pelajar tidak perlu lagi keluar dari rumah untuk mengadakan sesuatu perbincangan. Masa dan tenaga dapat dijimatkan selain memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak dan mendalam. Apa yang penting adalah guru perlu menggalakkan penyertaan pelajar untuk terlibat dalam forum tersebut.
iii. Boleh menggalakkan pemikiran beranalogi.
Di mana pelajar dapat membuat perbandingan berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti blog, email, video dan banyak lagi.
iv. Potensi untuk akses meningkat dan pendedahan kepada maklumat yang berkualiti. Gabungan interaksi bersendirian dan sosial.
Sebagai pelajar pelbagai kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah boleh digunakan untuk menulis blog, disamping menggunakan blog untuk mencari bahan ilmiah. Misalnya, apabila diberi satu topik untuk ditulis, pelajar adalah berkemungkinan untuk mencari data yang menyokong pandangan mereka. Mereka mungkin mencari kandungan daripada pelbagai sumber dan melalui percubaan dan kesilapan, di samping turut akan mempelajari perbezaan antara sumber-sumber yang tepat atau tidak. Blog adalah alat pendidikan yang berkesan dan boleh digunakan sebagai sebahagian daripada keperluan kursus atau sebagai usaha kredit tambahan. Namun demikian, blog perlulah relevan terhadap bahan yang dipelajari di dalam kelas.
v. Pengajaran dan Manfaat Pentadbiran
Duffy dan Bruns mengatakan bahawa faedah blog kepada pelajar adalah dengan menyediakan sokongan tambahan untuk hal ehwal pentadbiran kelas. Sebagai contoh, dalam tambahan kepada surat-menyurat rasmi bertulis antara guru, pelajar dan ibu bapa, blog boleh berkhidmat sebagai lokasi pusat yang mengandungi bahan yang berkaitan dengan kelas, seperti kalendar peristiwa, jadual tugasan dan sukatan pelajaran kursus. Dengan keupayaan untuk menyokong gambar digital dan video, blog juga boleh menjadi tempat perhimpunan untuk pelajar untuk melihat imej dan video aktiviti kelas, atau yang berkaitan dengan matapelajaran. Guru juga boleh membuat sebarang pengumuman berkaitan mata pelajaran yang diajar. Guru boleh memberikan sesuatu tugasan berkaitan mata pelajaran melalui tulisan dalam blog sekiranya tidak dapat hadir semasa pembelajaran di sekolah. Melalui cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dari segi masa selain dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada di negara kita. Jelaslah, penggunaan blog pada masa kini banyak membantu dalam meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment