Pages

Saturday 24 November 2012

1.0 Apa itu blog?


1.0        Apa itu blog?
Blog merupakan jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Ia lebih kurang sama dengan konsep diari harian. Blog mudah diurus dan digunakan sesiapa sahaja kerana ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi kerana ia telah dilengkapi dengan pelbagai fungsi sama seperti perisian Microsoft office. Apa yang membezakan blog dengan web biasa ialah memasukkan maklumat penulisan mengemaskinikan maklumat yang terbaru akan berada di atas dan yang lepas berada di bawah (reverse chronological order). Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dengan blog pertama ialah ‘blogging’ iaitu merujuk kepada aktiviti mengemas kini atau menguruskan blog. Kedua pula ‘blogger’ yang merujuk pemilik atau penulis blog tersebut, manakala ‘article’ pula di bererti tulisan yang ditulis di blog oleh blogger. Dapat diterjemahkan bahawa blog merupakan kata kerja dalam English (verb) yang bermaksud suatu kerja (aktiviti) mengemas kini atau menguruskan blog.

1.1 Ciri-ciri dan fungsi blog.
          Blog bukan sahaja digunakan oleh blogger untuk menulis artikel tetapi para pembaca yang melawat blog tersebut juga boleh memberi komen dan pendapat mereka terhadap artikel yang ditulis itu. Namun demikian ia bergantung pada kemahuan blogger itu sama ada membenarkan ciri itu dibuka ataupun tidak. Berbeza dengan laman web statik, blog mudah untuk dikemas kini oleh mereka yang kurang berpengetahuan tentang komputer dan pembinaan laman web. Selain itu kebanyakan blog mempunyai ‘Ping’ yang bermaksud proses memberitahu enjin carian bahawa blog tersebut telah dikemas kini. Ini memudahkan enjin carian melakukan proses ‘Crawl’. Enjin carian dengan cepat melakukan proses ‘crawling’ setiap kali adanya artikel baru yang dimasukkan ke blog. Disebabkan inilah blog lebih mudah mendapat ‘ranking’ atau kedudukan terbaik di enjin carian.

1.2 Perisian blog.
            Perisian blog turut dikenali sebagai blogware ataupun blogsoftware. Antaranya ialah blogger.com. wordpress.com, wordpress, bblog, tblog.com typepad.com. Terdapat dua jenis perisian blog iaitu menyewa menggunakan ruang ‘hosting’ bersama dengan blog disebut sebagai ‘developer-hosted’ manakala sekiranya kita memasang sendiri sistem blog tersebut di ‘hosting’ blog itu sendiri dikenali sebagai ‘user-hosted’. Bagi jenis pasang sendiri iaitu user-hosted terdiri daripada wordpress, B2evolution, Bblog, Blosxom, dan Textpattern. Memasang sendiri blog lebih menjimatkan di samping memuaskan hati kerana kita dapat mempelajari hal-hal teknikal dan juga tidak ada sesiapa yang boleh memberhentikan blog itu melainkan undang-undang dan campur tangan pihak tertentu. Manakala sekiranya menggunakan blog berbayar ataupun percuma blog boleh dihapuskan atau diberhentikan sekiranya tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

1.3 Kategori blog.
            Terdapat 3 kategori blog iaitu business blog, personal blog dan contents blog. Bagi kategori business blog atau blog perniagaan, ia digunakan untuk jualan produk atau satu blog khusus untuk perniagaan yang dijalankan. Blog ini boleh digunakan untuk melakukan promosi, menulis tentang produk yang dijual, menulis berita-berita terkini, juga tips mengenai topik produk yang menjadi jualan.
Kategori kedua pula,           merupakan personal blog. Ia tidak fokus kepada satu tajuk sahaja dan tidak diwujudkan untuk melakukan perniagaan atau apa-apa yang melibatkan pendapatan. Ia diwujudkan untuk membina komuniti atau jaringan hubungan tersendiri di antara blogger-blogger yang lain. Ia mengandungi aneka ragam tulisan daripada hal-hal peribadi, gosip dan pandangan.
Satu lagi kategori blog iaitu contents blog, ia diwujudkan semata-mata untuk mendapatkan pendapatan daripada program tertentu seperti program affiliate dan google adsense. Blog jenis ini biasanya mempunyai niche atau topik yang tertentu iaitu fokus. Maka tulisan-tulisan sentiasa dimasukkan dan memberi manfaat kepada pembaca atau pelawat.
1.4 Adakah blog hanya terdapat dalam bentuk teks sahaja?
            Jenis blog mengikut kepada cara penggunaannya. Antaranya ialah Podcasting blog atau audio blog. Selain menulis blogger juga boleh menyediakan audio untuk didengar dan di muat turun oleh pembaca atau pelawat. Selain itu photoblog (photograph) merujuk kepada jenis blog yang dipenuhi oleh gambar, imej atau fotograf selain daripada penulisan teks. Vblog atau video blog pula, setiap kali dipublishkan satu-satu tulisan atau sesuatu tajuk akan dimasukkan video klip. Maksudnya, kita boleh mendengar dan melihat blogger bagi blog itu bercakap mengenai topik tersebut.

1.5 Bilakah blog itu muncul?
            Ia bermula dengan era 1990an, dengan aplikasi-aplikasi tertentu seperti board perbincangan (forum). Bermula daripada aplikasi tersebut maka lahirlah aplikasi blog yang dikenali sebagai online jurnal atau online diary pada sekitar tahun 1994 hingga 2001. Blogger turut dikenali sebagai journalist atau diarist.
          Dalam tahun 2001 hingga 2004, blog banyak digunakan untuk penulisan mengenai isu semasa terutamanya politik. Perubahan atau wujudnya perisian-perisian blog yang mudah diguna pakai, menyebabkan ia mudah diguna secara meluas untuk penyampaian sesuatu berita atau informasi.
          Namun demikian daripada penggunaan yang lebih kepada peribadi dan isu semasa, kini ia telah diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu tools pemasaran yang berkesan. Secara mudahnya, blog adalah satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran penulis, tempat mempromosi produk atau servis dan berinteraksi dengan pengguna dan pelawat.

No comments:

Post a Comment