Cara pertama untuk guru yang ingin mengaplikasikan blog dalam bilik darjah ialah berkongsi bahan, berita, maklumat serta artikel pada blog. Bahan-bahan yang baru dimuatnaik ke dalam blog akan terpapar pada masa itu dan ini akan memudahkan pelajar untuk mengakses maklumat tersebut. Guru boleh menukarkan blog tersebut secara peribadi dan hanya boleh dikomen oleh pelajar-pelajar sahaja.
Selain daripada itu, cara yang lain adalah membina blog yang memudahkan perbincangan dalam talian berlaku. Misalnya guru boleh mengadakan ruangan untuk ber’chatting’ sesama pelajar serta guru. Walaupun begitu, pastikan perbincangan tersebut hendaklah menjurus kepada isu-isu semasa atau yang berkaitan dengan pembelajaran. Perbincangan yang diadakan lebih kepada yang berbentuk forum yang mana guru akan menyediakan soalan dan pelajar boleh memberi pendapat serta idea masing-masing mengenai forum tersebut. Guru juga hendaklah menyediakan ruangan untuk pelajar memberi idea atau komen masing-masing berkaitan gaya pembelajaran pada hari itu serta boleh juga mengutarakan cadangan-cadangan baru untuk pembelajaran yang akan datang.
Cara yang seterusnya adalah guru boleh mempelawa ibu bapa sebagai pengikut (followers) dalam blog mereka. Ini kerana mereka boleh berbincang mengenai masalah pembelajaran anak mereka. Ibu bapa boleh menghantar komen-komen yang melibatkan masalah pembelajaran atau disiplin mengenai anak mereka kepada guru yang berkenaan. Guru juga boleh berkongsi dengan ibu bapa tentang apa sahaja aktiviti-aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Dengan ini ibu bapa akan dapat mengetahui pembelajaran serta aktiviti yang disertai oleh anak mereka.
Cara yang seterusnya adalah dengan menggabungkan blog-blog pelajar yang lain dalam ruangan blog guru. Guru boleh ‘link’kan alamat web blog-blog pelajar nya supaya pelajar lain boleh melihat blog rakan-rakan mereka yang lain. Mereka boleh bertukar-tukar maklumat di samping berkongsi pengetahuan untuk meningkatkan lagi tahap pembelajaran mereka.
Seterusnya adalah guru juga boleh berkongsi tentang rancangan pengajaran hariannya di dalam blog. Ini juga membolehkan pelajar mengetahui topik apa yang akan dipelajari dan mereka boleh membuat persediaan sebelum pembelajaran dimulakan. Dengan ini kebarangkalian untuk hasil pembelajaran menjadi lebih memberangsangkan adalah lebih tinggi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik jika pelajar lebih aktif di dalam kelas.
Cara yang seterusnya adalah guru boleh membuat blog untuk menubuhkan satu kelab, kumpulan pelajar, acara atau pasukan sukan. Ini adalah untuk menarik minat para pelajar supaya dapat menggunakan perisian blog dengan lebih interaktif. Pelajar boleh berkongsi minat serta berbual mengenai hobi mereka dalam blog sebegini. Kemungkinan juga pelajar boleh merangka satu acara dalam perkongsian mereka dalam blog ini iaitu seperti mengadakan pertandingan dalam sukan dan permainan. Pelajar juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang membina untuk kelab. Sebagai contoh bagai Kelab Sains, mereka boleh membuat buku skrap. Ini secara tidak langsung mewujudkan pembelajaran di luar bilik darjah yang mana turut memberi manfaat kepada para pelajar.
Cara yang seterusnya adalah mendapatkan maklum balas atau mengumpul maklmuat dari blog guru atau blog pelajar. Guru boleh menggunakan komen serta idea-idea dalam forum yang telah dikemukakan oleh pelajar untuk mengumpul data maklum balas kaji selidik. Daripada komen-komen ini juga guru boleh menilai kelemahan serta membuat perancangan-perancangan yang lebih baik serta mengadakan aktiviti yang lebih menarik di masa akan datang.
Penggunaan blog dalam bilik darjah amat relevan jika kemudahan, gaya pembelajaran serta tahap pemikiran pelajar berada di peringkat yang baik. Penggunaan blog ini boleh disesuaikan di sesetengah sekolah sahaja di Negara kita berbanding di Negara Barat.
No comments:
Post a Comment