Pages

Sunday 25 November 2012

5.0 Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Menggunakan Blog Dalam Bilik Darjah.

Penggunaan blog dalam bilik darjah memberi pelbagai manfaat. Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh guru sekiranya ingin menggunakan blog di dalam bilik darjah. Ini adalah untuk memberi input serta mendapat output yang baik dan berguna dalam kalangan pelajar.

Perkara asas yang perlu ada di dalam bilik darjah jika ingin menggunakan blog adalah peralatan. Peralatan ini termasuklah laptop sama ada untuk guru atau pelajar, LCD dan juga internet. Sekiranya sekolah tersebut tidak menyediakan jaringan internet di dalam kelas, guru boleh menggunakan bilik atau makmal komputer atau pusat akses sekolah. Dengan ini barulah blog dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkara kedua yang perlu diambil kira oleh guru semasa menggunakan blog dalam bilik darjah ialah terlebih dahulu mengetahui jenis blog yang akan digunakan. Guru harus memilih jenis blog yang ingin digunakan serta apakah tujuan pemilihan jenis blog tersebut. Misalnya adakah blog tersebut digunakan untuk subjek-subjek tertentu atau untuk projek-projek yang berkaitan dengan pembelajaran. Terdapat 3 jenis tapak blog yang biasa digunakan iaitu http://blogspot.com, http://edublogs.org/, dan http://wordpress.org/. Guru-guru boleh memilih jenis tapak blog yang sesuai dengan pengajaran mereka. Biasanya, guru-guru disarankan untuk menggunakan edublog kerana ianya lebih menjurus kearah pendidikan dan lebih bersifat pelbagai guna.

Selain itu, guru juga hendaklah memastikan kandungan blog tersebut sesuai dengan keperluan atau kehendak satu-satu kursus atau subjek. Misalnya dalam kandungan blog tersebt mengandungi maklumat yang berkaitan dengan kursus, objektif kursus, sumber-sumber tambahan yang boleh diperlukan bagi melengkapkan lagi maklumat yang ada dalam pembelajaran kursus atau subjek tersebut. Guru-guru juga hendaklah memastikan pelajar membuka laman blog yang telah disediakan supaya pelajar mendapat input yang sama dan memberi perhatian semasa proses pembelajaran di dalam kelas tersebut. 

Guru boleh menyediakan blog secara berasingan antara guru dan pelajar tetapi pastikan saling berhubungan antara satu dengan lain. Blog pengajar atau guru boleh terdiri daripada ‘main blog’ dimana guru boleh memberi komen-komen am berkaitan tentang kemajuan para pelajar dalam pembelajaran mereka. Sementara itu bagi blog pelajar pula, yang mana pelajar boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan lain berkaitan tugasan serta projek yang diberikan oleh guru.

No comments:

Post a Comment